Hai. Nama aku Zen tapi itu bukan nama sebenar aku. Aku pun kadang-kadang lupa nama sebenar aku siapa sebab mak ayah aku pun panggil aku dengan nama Zen. Nama sebenar aku hanya digunakan untuk hal-hal rasmi je. Jadi aku jarang guna nama sebenar aku sampaikan nama pada tag nama sekolah aku pun aku letak nama Zen walaupun kalau ikutkan nama pada tag nama tu perlu ikut nama sebenar tetapi atas budi bicara guru-guru, aku dibenarkan guna nama tersebut pada tag nama rasmi aku sebab mereka pun dah biasa panggil aku dengan nama Zen. Malah ada cikgu-cikgu yang tak pernah tahu nama sebenar aku siapa.
Kalau ikutkan kehidupan aku nampak sangat normal dan sempurna. Aku ketua pelajar di sekolah ni. Pelajar harapan sekolah. Ketua pasukan debat sekolah. Presiden kelab bola keranjang. Keluarga aku pun keluarga yang normal. Ayahku seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta dan ibuku adalah seorang pensyarah di sebuah universiti awam. Aku ada seorang adik perempuan yang berusia 5 tahun walaupun aku dah umur 17 tahun. Jauhkan jarak umur aku dengan dia? Beza 12 tahun kot.
"Urm.. Abang Zen. Awak sibuk tak?" Seorang gadis menegur aku yang sedang duduk di tepi padang.
Aku tersenyum lalu menggeleng, "Tak. Tak sibuk pun. Duduk berehat sementara menunggu pemandu saya sampai."
Dia tersipu-sipu malu apabila aku melemparkan senyuman kepadanya lalu menghulurkan kepadaku sepucuk surat. Aku lambat-lambat mengambilnya. Ni yang aku malas ni kalau balik sekolah dengan pemandu. Nak kena tunggu lagi. Tak pasal-pasal kena layan minah-minah gedik yang sibuk menghimpit, mencari publisiti murahan. Ah, sudah. Kalau ikutkan hati, nak aja aku jerkah dia sampai terkencing. Acah tersipu-sipu malu konon, menggedik dengan aku ni tak malu pula.
"Awak baca ya! Nanti esok awak balas surat saya tu boleh kan?" Selepas memberi ku surat itu, dia berlari mencapai beg sekolahnya lalu masuk ke kereta ibunya. Ya, dia anak salah seorang guru di sekolah ini. Tapi itu tak membezakan dia dengan budak perempuan lain yang sama sepertinya, sibuk mencari bakal imam masing-masing. Puihhh. Gatal tekak aku bila menyebutnya.
Mari kita baca surat dia ye. Menunggu Pak Ali sampai untuk menjemput aku pulang dari sekolah memang membosankan dan sementara ada bahan bacaan picisan aka surat cinta ni, marilah membaca untuk mengisi waktu kebosanan abadi ni.
Ke hadapan Abang Zen yang dicintai dalam diam,
Wow, ayat pertama dia pun dah cukup untuk aku muntah hijau sebaldi. Ok, kita baca lagi.
Nama saya Nurhanie binti Osman. Pelajar tingkatan 4 Alpha. Saya tahu Abang Zen mesti tak kenal saya tapi saya kenal Abang Zen. Saya sudah jatuh cinta pandang pertama kepada Abang sejak saya melihat Abang bermain bola keranjang di gelanggang semasa kejohanan bola keranjang dua tahun lepas.
"Wah, wah ada orang perhatikan kau main bola keranjang sejak dua tahun lepas. Abang Zen, I love you," suatu suara menganjing. Tak guna betul kau, J. Seronok betul kau menganjing aku.
"Kau diam, J. Kau annoying kau tahu," aku menjerkah J. Pandai kau, Hanie. Memang aku tak kenal pun siapa kau. Budak 4 Alpha. Kelas pandai tapi sayang...
"Eh, dia tak tahu ke selain kau pandai main bola keranjang, kau juga pandai main bola di ranjang?" J menganjing lagi. Bad pun, J. Surely bad pun. Aku sengih nakal. Mungkin sebab itu kot pemain bola keranjang juga kebanyakannya playboy sekolah. Selain minat bola keranjang, kami juga mata keranjang. Hahahaha.
Abang Zen yang kurindui,
Saya selalu perhatikan abang dari jauh. Yelah, abang ketua pelajar sedangkan saya pengawas biasa. Abang hebat segala-galanya sedangkan saya biasa-biasa sahaja. Pandai sangat pun tak, cantik sangat pun, tak. Saya ada juga tanya-tanya daripada kawan-kawan dan mereka mengesahkan bahwa Abang Zen tidak pernah mempunyai girlfriend. Jadi, saya fikir tak salah jikalau saya mahu mencuba nasib. Adakah masih ada ruang di hati Abang Zen untuk menerima Hanie sebagai kekasih hati?Dah tahu aku banyak reject perempuan, masih lagi nak cuba nasib. Memang menyebalkan. Perempuan sekarang lagi suka buka kangkang daripada buka buku ke hapa. Pantang nampak lelaki hensem sikit dah buat perangai bohsia. Macam terdesak nak mengawan.
Hanie tahu Abang Zen hensem, semua pelajar perempuan dalam sekolah ni tergila-gilakan abang dan ramai juga yang telah menghantar surat cinta kepada abang namun kesemuanya abang tak terima. Mungkin apa yang abang cari dalam gadis idaman abang tidak ada pada mereka tetapi ada pada Hanie? Belum cuba belum tahu. Hanie mungkin tidak ada apa-apa kelebihan luar biasa namun cinta Hanie pada abang sangat luar biasa.
Kahkahkah. Geli lah syiall. Apa yang kau ada yang perempuan lain yang aku pernah reject tu takde? Aku tengok sama je. Sama-sama takde otak. Otak duk kyahhh!!! Kyahhh!! Kyahhh!!! tengok drama bodoh pukul 7 di TV 3 tu lepas tu dok sibuk update status 'sedang mencari bakal imamku', tak pun 'walaupun dimana awak berada, saya tetap setia hingga ke hujung nyawa'.
Hanie tahu banyak perkara tentang Abang Zen. Abang Zen suka makan nasi goreng jika rehat di kantin dan minuman kegemaran abang ialah kopi O' panas. Abang suka makan kuih donut dan kuih pau. Tapi abang lebih suka makan pau kelapa dan kaya je. Abang tak suka makan pau kacang merah. Warna kegemaran abang ialah hitam dan merah. Hampir semua barangan abang berwarna hitam dan merah. Abang paling suka quote "Scintillate Zenith" dan selalu tulis quote ni bawah tandangan abang dalam buku biodata kawan-kawan abang. Abang suka manisan. Abang selalu beli segenggam gula-gula di koperasi sekolah. Abang Zen seorang yang kidal. Tapi Abang Zen makan pakai tangan kanan. Dan Abang Zen ada sepasang lesung pipit. Hanie suka sangat lesung pipit abang. Comel sangat bila abang senyum.
Bodohnya. Mana ada orang makan tangan kiri. Tu tangan basuh berak. Aku tak sebodoh tu nak guna tangan kiri untuk makan. Memanglah aku kidal tapi aku boleh menulis guna dua-dua tangan kot.
"Wow and double wow. Memang teliti betul dia stalk kau. Tak sangka kau famous Amos sampai layak ada stalker macam ni," J sekali lagi menganjing aku. Nasib aku dan kau tak pernah berpisah, J. Kalau tak, dengan kau kau sekali aku flush dalam mangkuk tandas.
"Aku tak suka diperhatikan. Budak ni akan membahayakan kita. Kalau berterusan begini, dia boleh menyedari kewujudan kau, J" aku mula khuatir.
"Ya. Dan aku pun tak suka keadaan ni. Kalau boleh, biarlah kewujudan aku menjadi rahsia kita berdua je," J mula serius. Ini gawat. Aku perlu bertindak pantas.
"Rileks, Zen. Ingat, kita buat kerja dalam senyap tapi efektif. Jangan gopoh dan jangan terlalu beremosi. Kita buat kerja pakai otak. Bukan pakai hati," bisik J halus. Aku kembali bertenang.
"Kau tengok isi surat ni. Semuanya berkisar pada kebaikan kau. Kesempurnaan palsu kau. Semuanya masih di bawah kawalan kita. Kau masih malaikat pada mata dia," J merasionalkan aku.
"Jadi, sebelum dia sedar kau malaikat bersayap hitam... lebih baik kita hapuskan dia dan kita sibukkan dia dengan hal selain kita. Biar fokus dia beralih kepada benda lain," bisikan halus J meracun kemanusiaan aku. Aku tersenyum. Malaikat bersayap hitam, huh? Dah lama aku tak dengar istilah tu keluar daripada mulut J. Aku memandang kiri dan kananku. Selepas memastikan tiada sesiapa di sekeliling ku, perlahan-lahan aku keluarkan rantai dengan loket perak berbentuk oktagon dengan corak sepasang musang-serigala dalam bulatan fengshui yang tersembunyi dek lapisan singlet putih di bawah kemeja biru pengawasku.
J, kita ada projek baru.
YOU ARE READING
Z.E.N : Labyrinth
Mystery / ThrillerNama aku Zen. Aku remaja lelaki yang berusia 17 tahun. Semuanya nampak sempurna dan normal dalam hidup aku. Parents aku kaya, aku pelajar top di sekolah, pandai serba serbi, talented, ada rupa ... typical golden boy yang korang biasa nampak di luar...