Welcome, J

198 11 36
                                        

Nota penulis : Lupa nak bagitahu. Genre untuk Z.E.N ialah noir fiction. It's a dark story. Jadi kalau rasa tak mampu nak baca cerita yang dark, gore, evil begini, dinasihatkan untuk berhenti membaca. Akhir kata, everybody has their own hidden beast. So beware of what you wish *evil smirks*

...........................................................

Aku berjaya lepas daripada cengkaman iblis itu. Namun, aku terlepas bukan kerana pihak polis yang melepaskan aku. Tapi kerana usaha keras aku dan pertolongan satu suara misteri.

Geraldi dah mati seminggu sebelum pihak polis berjaya menemui aku dalam gudang terbiar itu. Serius lah. Takkan 3 bulan tu mereka tak dapat menjejaki aku lebih awal? Hebat sangat ke orang-orang Geraldi ni sampai pihak polis lambat jumpa aku? Aku malas nak fikir. Yang penting sekarang aku bebas. Bebas daripada neraka Geraldi.

Ibu dan Ayah aku terus memeluk aku erat apabila aku melangkah keluar daripada gudang tu. Mereka menangis teresak-esak sambil memelukku erat. Ibu paling kuat esakannya. Haih, keluar air mata darah sekalipun benda dah jadi. Apa boleh buat. Yang penting aku survive dalam pertarungan ni. Dan aku belum lagi mahu merasai kematian. Bukan aku tak tahu orang-orang Geraldi masih memburu aku. Aku perlu cepat pergi daripada kawasan ini.

"Something off with this kid

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Something off with this kid. Dia nampak terlalu tenang. Selalunya kebanyakan budak yang melalui keadaan begini akan melalui trauma yang sangat dahsyat. Bukan singkat masa penderaan yang dilaluinya. 3 bulan tahu?" Dr Ismadi berkata kepada pembantunya.

Pembantu Dr Ismadi menjegilkan mata, terkejut. "Seriously, doc? 3 bulan?

Pembantu yang kedua pula menyampuk, "Saya dah tengok keadaan fizikal dia, Dr Ismadi. Teruk sangat. Lubang juburnya mempunyai kesan koyak yang agak teruk dan tubuhnya penuh kesan luka dan lebam. Dia bernasib baik kerana tiada organ pentingnya mengalami pendarahan dalaman yang sangat teruk. Cuma kecederaan fizikal dia seolah-olah tiada harapan untuk dia pulih namun dia hanya luka luaran. Ini satu keajaiban!"

Budak berumur 5 tahun. Hidup dan masih bernafas meskipun 3 bulan didera secara seksual oleh sekumpulan pedophile. Ajaib bukan?

"Adik, sakit tak kakak bersihkan luka ni?" Soal jururawat yang membersihkan luka-luka di badanku. Aku menahan pedih saat kapas dilembapkan dengan iodin itu disapukan pada lukaku. Aku mengangguk menyatakan sakit.

"Tahan sikit ya. Kakak nak sapukan ubat," dia memujuk lembut. Aku menahan sekuat hatiku daripada menitiskan air mata.

"Wow, adik ni kuatlah. Nangis pun tak masa sapu ubat. Kalau budak lain, dah meraung kuat satu wad ni boleh dengar," kakak jururawat manis itu memuji ku. Heh, tu baru sikit kak. Kalau aku boleh survive 3 bulan penderaan Geraldi, sakit sedikit begini tak begitu sakit padaku. Aku memang kuat bahkan sudah cukup kuat sehingga mampu menghapuskan Geraldi dengan tangan aku sendiri. Yang tinggal saki-baki geng Geraldi. Selepas kesemua mereka dihapuskan, aku akan benar-benar bebas.

Z.E.N : Labyrinth Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang