Cik Cinderelly Redah Parti

128 5 2
                                    

Sekeping kad jemputan berwarna hitam keemasan direnung lama. Elyanna resah memikirkannya. Segala-galanya hampir terlepas daripada tangannya.

Pembunuh Mummy. Musuh-musuh dalam selimut keluarga Raja Omar. Garuda Holdings. Arghhh!!! Semak kepala memikirkannya.

Lagi seminggu. Sempatkah dia berbuat sesuatu untuk menghadapi tarikh itu?

Fail-fail bersusun tinggi atas meja di kamar peribadinya. Nampaknya saudara-maranya memang sengaja meletakkan beban projek Garuda di atas pundaknya. Konon sebagai melatih dirinya untuk menjadi pewaris Garuda, padahal ini semua untuk memastikan dia kelihatan seperti seorang loser dan agar mereka melihatnya sebagai pewaris yang lemah serta tidak layak mewarisi kepimpinan ibunya.

Elyanna membuka ultrabook miliknya lalu cuba mencari apa-apa yang boleh digunakannya bagi menentang Emir. Ditelitinya satu persatu maklumat yang dipaparkan oleh skrin ultrabook tersebut.

Ditaipnya nama Nazrin Emir b. Zarin pada ruangan carian yang disediakan enjin carian EYES. Dalam masa 3.28 saat hampir ratusan keputusan hasil carian diberikan. Elyanna menilik satu persatu maklumat yang terpapar. Dahinya berkerut memikirkannya.

-Nazrin Emir, tokoh kepimpinan remaja peringkat antarabangsa dalam kem International Youth tahun ni.

-Long lost heir of Zinnirah Holding.

-Pemidato terbaik Piala Diraja peringkat Kebangsaan.

-Penjaring terbaik Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Majlis Sukan Malaysia.

-Zen's Fan club. Kelab Peminat Presiden Zen Sekolah Tinggi Raja Mahyuddin.

Ooo emm jiii... Gila hapa siap ada kelab peminat bagai. Ingat si Zen tu selebriti ke hapa? Ceh. Harap muka je angelic tapi perangai ala-ala dajal dan syaithonnirajim. Dah la ketawa macam kanak-kanak dapat mainan baru semasa menyeksa musuhnya sampai mati. Seram gilosss weh.

-Top 5 hottest President of Student Council of Schools in Meleisea.

Berjam juga Elyanna duduk di hadapan ultrabook itu meneliti segala maklumat. Dia bagai tidak percaya bahawa segala maklumat tentang Emir sangat bersih. Tiada langsung maklumat yang menunjukkan keburukan Emir yang dia boleh gunakan untuk menentang lelaki itu.

Tritt ttitter. Bunyi kicauan burung yang menandakan notis masuk Twitter daripada telefon peribadi Elyanna. Tangannya terus mencapai telefon bimbitnya. Ligat tangannya skrol skrin telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia terfikir, bukan ke akaun media sosial yang paling banyak menyimpan buruk baik seseorang? Dia pantas membuka semua laman media sosial utama. Snapchat, ANOL, KIK, Wechat dan semua jenis laman media sosial. Dia menaip nama penuh Emir ke dalam kotak carian namun hampa.

Emir Nazrin? Bukan. Sultan Nazrin Shah Ibni Raja Azlan Shah? Tu nama ayah kepada Sultan Perak sekarang. Aishhh. Bukannya nama cucu Tan Sri Zamir.

Nazrin Emir b. Zarin tiada dalam hasil carian.

Damn. Membela ke hapa budak Emir ni. Takkan budak hot stuff macam dia ni tak ada IG ke Wecheat ke Snappier ke ANOL mahupun apa-apa media sosial? Pelik tapi benar. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu dengan pantas mendail satu nombor sulit. Kenalannya yang paling pakar dalam bidang informasi dan teknologi maklumat.

"Hyena. Ni aku, Elly. Aku perlukan kau untuk mendapatkan maklumat sulit peribadi dan latar belakang kehidupan seseorang untuk aku. Namanya, Nazrin Emir b. Zarin. Cucu Tan Sri Zamir yang lama menghilangkan diri. I need the information ASAP. Paling lewat dalam minggu ni juga."

"Got it," suara di hujung talian sana menjawab malas.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Z.E.N : Labyrinth Where stories live. Discover now