Mimpi Paling Liar

109 8 0
                                    

Cuti sekolah pertengahan tahun, aku beritahu Tengku Azhar untuk membawa Elyanna bercuti bersamaku di sebuah pulau. Kononnya untuk berkenalan lebih rapat dan sempena pertunangan kami berdua. Dan, ya kami dah pun bertunang selepas seminggu majlis ulang tahun kelahiran aku hari tu. Of course, Tengku Azhar terima peminangan aku sebab pada tanggapan semua orang, aku dan Elyanna sepasang kekasih yang sedang asyik masyuk bercinta.

Sebenarnya banyak pihak cuba untuk menggagalkan rencana pertunangan kami tetapi aku lebih pantas bertindak dan mereka tak sempat nak buat perancangan untuk memintas rencana aku. Menurut Elyanna, sepupu-sepupunya sebenarnya cuba untuk mencari jalan menghubungi aku di belakangnya. Malang buat mereka, aku tak ada akaun media sosial yang mereka boleh stalk dan nombor telefon peribadi aku pun private. Mereka cuba mendekati datukku dan cuba mengipas datukku agar tertarik kepada anak gadis mereka namun aku sudah terlebih dulu memperkenalkan Elyanna kepada datukku. Aku dah sehabis usaha angkat Elyanna di hadapan datukku , kau rasalah datuk aku yang sangat memanjakan cucu-cucu dia nak dengar cakap orang lain? Hahahaha. Nampak sangat pihak yang di sana tu silap percaturan.

" 'Lalat' banyak sangat hinggap di pejabat Dadda sejak majlis ulang tahun kelahiran Emir hari tu. Semak pandangan mata Dadda dibuatnya," komen Tan Sri Zamir sambil menghirup perlahan kopi pekatnya. Aku tersenyum mendengar komen Dadda.

"Jadi Dadda datang kafe ni, ajak Emir teman Dadda minum kopi ni sebab nak mengelak daripada lalat-lalat tu ke?" aku ketawa sedikit. Terkilat ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya apatah lagi datukku sendiri. Sudah mafhum isi hatinya. Dia ketawa lalu mengangguk senang.

Encik Fairuz, setiausaha peribadi dan orang kanan datukku sedikit terkejut melihat datukku ketawa. Kemudian, dia tersenyum seraya berkata lembut, "Saya tak pernah nampak Tan Sri ketawa dan senang hati begini. Tuan Muda Emir, awak benar-benar mengubah kehidupan Tan Sri."

Aku tersenyum mendengarnya dan aku faham kenapa datukku nampak terlalu tegas, garang dan keras kepala sebelum ini. Datukku sebenarnya susah hati mengenai pertelingkahan dalam keluarga besar Zamir. Anak-anaknya meninggalkan dia berseorangan untuk mempertahankan Zinnirah Holding sedangkan Zinnirah Holding adalah lambang cintanya kepada almarhumah isterinya, Sharifah Zinnirah Syed Ali. Empayar perniagaan yang dibina susah payah demi membalas jasa isterinya yang sanggup bersusah senang bersamanya setelah keluarga mertuanya membuang mereka kerana tidak merestui pernikahan mereka atas alasan Zamir bukan daripada keturunan Sayyid dan Sharifah. Lantaran itu aku sanggup menjadi pewarisnya. Datukku keseorangan mempertahankan memori bersama isterinya dan aku mendapat maklumat nenekku sebenarnya mati diracun oleh saudara-maranya. Jadi, sebagai cucu yang baik, aku patut balas balik perbuatan saudara-mara datuk aku kan?

Kadangkala aku rasa takdir yang menjadikan aku seorang yang kejam dan sejujurnya tiada siapa boleh salahkan aku bersikap kejam sejak aku kecil. Dengan kehidupan aku yang sadis, aku cuma ada dua pilihan. Membunuh atau dibunuh dan sudah tentulah aku lagi sayangkan nyawa aku maka aku lagi rela membunuh. Dunia akan mengatakan aku bersalah kerana membunuh manusia lain tetapi untuk pengetahuan kau, dunia ini sebenarnya ikut Law of Jungle. Siapa yang mempunyai kuasa tertinggi akan selamat tetapi kalau kau berada di rantaian makanan paling bawah, kau takkan dapat mengelak daripada menjadi makanan mereka yang di atas.

Aku pilih Elyanna sebagai PIC atau partner in crime aku sebab nasib kami berdua sama dan aku dapat lihat potensi pada Elyanna ni boleh dikembangkan lagi. Oleh sebab itu aku nak bawa Elyanna ni pergi bercuti dengan aku. Jadi aku fikir aku mahu ambil kesempatan minum dengan Dadda ni untuk minta izin dia untuk bercuti meluangkan masa bersama Elyanna.

"Fairuz, bagaimana saya tak senang hati sekarang ni? Saya ada pewaris yang berkaliber untuk menerajui Zinnirah Holding pada masa akan datang. Dalam masa beberapa bulan ni, awak sendiri tengok perubahan dan kemajuan yang Emir bawakan untuk Zinnirah Holding. Saya senang hati bila memikirkan syarikat yang saya bangunkan demi almarhumah Puan Sri Zinnirah akan dimajukan oleh cucunya sendiri. Saya akhirnya dapat menunaikan janji saya kepada isteri saya untuk tidak membiarkan zuriat keturunan kami hidup susah seperti yang Zinnirah terpaksa lalui selama 25 tahun bersama saya," Dadda akhirnya meluahkan perasaannya.

Z.E.N : Labyrinth Where stories live. Discover now