Nama aku Zen. Aku remaja lelaki yang berusia 17 tahun. Semuanya nampak sempurna dan normal dalam hidup aku. Parents aku kaya, aku pelajar top di sekolah, pandai serba serbi, talented, ada rupa ... typical golden boy yang korang biasa nampak di luar...
Ketakutan ada banyak jenis. Ada orang takut untuk jatuh cinta. Itu namanya philophobia. Ada orang takut untuk percaya kepada orang lain. Itu adalah pistanthrophobia. Bagi orang yang takut gelap pula mereka menghidap nyctophobia dan bagi orang yang takut berada di ruang tertutup dan kecil seperti lif maka orang tersebut adalah penghidap claustrophobia.
Jadi, apa pula yang paling menakutkan bagi mereka yang mengagungkan populariti di media sosial?
*sengih keji*
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hanie bangun dan mendapati dirinya berada di bilik rawatan sekolah dan Pn. Mufida, guru bertugas pada minggu tersebut sedang memeriksa bilik rawatan tersebut. Kepalanya masih berpusing pening. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum merebahkan semula kepalanya mencecah bantal katil bilik rawatan sekolah.
"Bagaimana aku boleh berada di bilik rawatan ni? Aku buat apa dan apa jadi selepas aku cari Ashman dan Azmin tadi eh?" Hanie termangu-mangu mengimbas kembali memorinya.
Satu persatu memori diimbas kembali. Jumpa Azmin dan Ashman di perpustakaan. Baca terma dan syarat permainan serta peraturan-peraturan dalam permainan Catch-Me-Not. Terakhir, bilangan follower akaun ANOL dia menurun.
Apa? Follower dia semakin berkurang?!! Hanie kembali cemas lalu cepat-cepat log masuk akaun ANOL miliknya. Tinggal 400 follower je daripada 88.8k follower dia yang sebelum ni. Dia rasa nak pengsan lagi. Sakit kepalanya apabila teringat pengikutnya di laman sosial ANOL itu semakin menyusut. Pengaruh. Dia semakin kehilangan pengaruhnya. Diurut perlahan kepalanya yang berdenyut-denyut itu.
"Sakit lagi ke kepala kamu tu, Hanie? Nanti cikgu beritahu mak kamu supaya bawa kamu balik ke rumah. Pucat sangat muka kamu ni," Cikgu Mufida menegur Hanie. Hanie sekadar tersenyum lemah.
'Memang aku rasa nak balik je sekarang ni. Tak nak dah jumpa sesiapa di sini. Sejak aku menjadi Queen Bee, segala pengaruhku musnah,' Hanie naik sebal.
"Cikgu keluar dulu. Mak kamu kejap lagi datang jenguk kamu. Cikgu Fazilah tadi ada mesyuarat dengan Pengetua," Cikgu Mufida memberitahu sebelum beredar keluar bersama fail di tangannya. Hanie sekadar mengangguk.
Tidak lama kemudian, pintu ditolak. Hanie berpaling dan mendapati Ashman dan Azmin berada di muka pintu. Hanie mencebik, menyampah.
"Korang nak apa lagi? Aku serabut dengan semua ni. Status aku, pengaruh aku, follower aku semuanya dah berkurang selepas aku jadi Queen Bee ni. Tambah pula dapat Knight of Queen Bee macam korang berdua. Do something to fix this!" Hanie mula naik histeria. Dia sememangnya tidak boleh menerima hakikat dia telah kehilangan pengaruh yang sangat besar.
"Kami akan cuba sedaya upaya yang kami mampu," ujar Azmin sambil menelan air liur, gementar. Sejujurnya, dia sendiri tak tahu bagaimana mahu menarik follower di media sosial kerana dia sendiri bukan ANOLfemes seperti Hanie dan selalunya dia yang follow akaun sosial orang lain, bukan orang follow dia. Apa sebenarnya yang boleh menarik orang ramai untuk follow akaun sosial seseorang?