Aku memandang senjata baruku, Silver Thread atau Si-T (sebutannya : siti). Tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. Benang rantainya diperbuat daripada gentian benang sutera labah-labah Darwin Bark Spider. Manakala pisaunya yang diberi gelaran Death Fang diperbuat daripada aloi platinum-titanium. Pemicu Silver Thread sendiri diperbuat daripada aloi titanium-silver. Empat bahan ni sahaja aku gunakan untuk membentuk senjata ciptaanku. Gentian sutera labah-labah, titanium, silver atau perak dan platinum.
"Zen, kau nak cuba dulu ke senjata baru kau ni?" Ryuuji-kun, ketua bahagian Kuroshogi mendekatiku. Dialah orang yang membantu menempa senjata baruku ini. Dia pewaris utama kilang dan syarikat membuat senjata dan alatan logam terbesar di Jepun. Silver Thread berjaya direalisasikan dengan bantuan dia kerana Ryuuji-san sendiri tukang yang menempanya. Reka bentuknya memang sudah lama aku buat namun sebelum ini aku tidak dapat mencari orang yang tepat untuk merealisasikan senjata idamanku sehinggalah aku bertemu Ryuuji. Hasil tangannya sangat halus, kemas dan bermutu tinggi.
"Kau tahu, sepanjang aku berusaha menyiapkan senjata ini aku berasa sangat teruja untuk melihatnya melayang sebagai flying dagger versi moden. Bila aku membayangkan Silver Thread ini terbang ke udara dari tangan kau, aku tak dapat menahan keterujaan aku sehingga aku rasa aku hampir orgasm membayangkannya," ujar Ryuuji lagi sambil memeluk tubuh mengelinjak keghairahan.
'Aku harap dia tak gunakan SiT sebagai sex toy dia sebelum dia serahkan pada kau senjata ni walaupun dia fetish sangat luar biasa pada senjata,' J muncul tiba-tiba dalam ruang fikiran, mengusikku. Bodoh la, J ni. Ada ke patut dia fikir begitu.
'J, behave. Jangan nak mengarut banyak sangat. This is Ryuuji. We both know he's better than that,' balasku kepada J.
'Hahahaha. I'm just saying. Who knows,' J menyanyi riang. Tak pasal terbayang dalam otak aku yang Ryuuji... Arghhhh. Tak guna J. Aku serius tak nak bayangkan Ryuuji buat begitu! Aku boleh dengar J ketawakan aku. So funny J that I forgot to laugh. *sarkastik dan aku membulatkan mata kepadaku secara mental*
Ryuuji memang begitu. Dia mempunyai obsesi yang tidak sihat terhadap senjata terutamanya senjata yang dirasakan berpotensi hebat. Bagi dia, membuat senjata ibarat sedang menikmati hubungan cinta berahi yang penuh kenikmatan dan sensual. Apatah lagi kali ini aku memberinya peluang untuk menempa senjata yang aku reka khas sesuai dengan kemampuanku bermain senjata. Aku tersenyum puas meneliti Silver Thread.
Bagi menyiapkan satu Silver Thread yang sempurna sahaja memakan masa hampir 5 tahun. Dua tahun pertama aku menggunakan rantaian perak namun, benang perak tidak bertahan lama dengan gaya serangan aku yang ganas menyebabkan aku membuat kajian untuk mencari bahan yang lebih sesuai untuk menggantikan perak sebagai rantai. Dua tahun kedua, aku mula mengkaji bahan aloi yang sesuai dijadikan pisau Death Fang. Kini, di tahun ke-5, barulah Silver Thread dapat dihasilkan dengan sempurna.
Aku menekan picu bagi mengeluarkan sedikit bebenang halus daripada SiT untuk menyalurkan kuasa mindaku ke seluruh bebenang dalam SiT. Lama betul sebelum keseluruhan benang bersadur dengan tenaga mindaku. Aku sedikit keletihan. Aku memandang Ryuuji lalu mengangkat kening sebelum bertanya, "Berapa panjang bebenang kau mampatkan dalam SiT ni?"
Ryuuji tertawa kecil sebelum menjawab "Hehehe. Kau rasa? Ok. Sebenarnya dalam pemicu tu aku dah mampatkan adalah lebih kurang sepanjang dalam 500 meter. Dan setiap semeter tu boleh meregang sehingga 40 meter lagi. Bagaimana pendapat kau?"
500 meter dikalikan dengan 40 meter... Hmm.. Dalam 20000 meter? Holy meatball. Tu dah 20 kilometer dah tu. Aku merenung senjata di tanganku kemudian kembali memandang Ryuuji dengan penuh ketakjuban. Kalah labah-labah weh. Spiderman pun tak sampai setara ni.
"Kau dah mengalahkan Spiderman kepunyaan Hollywood, kau tahu. Siapa sangka orang Asia menjadi Spiderman yang sebenar malah berjaya mengalahkan Spiderman ciptaan Hollywood?"Ryuuji tersengih mengusik. Aku sekadar tersenyum malas.
YOU ARE READING
Z.E.N : Labyrinth
Misteri / ThrillerNama aku Zen. Aku remaja lelaki yang berusia 17 tahun. Semuanya nampak sempurna dan normal dalam hidup aku. Parents aku kaya, aku pelajar top di sekolah, pandai serba serbi, talented, ada rupa ... typical golden boy yang korang biasa nampak di luar...