Segi Tiga Hitam

79 6 9
                                    

Segi tiga Hitam atau nama lainnya, Blind Black Triangle (BBT) menurut Rui merupakan kawasan misteri tak ubah seperti Segi Tiga Bermuda. Segala alatan elektronik dan elektromagnetik semuanya tidak berfungsi di sini. Jarum kompas juga berpusing-pusing, tidak boleh berfungsi di kawasan ini. Telefon bimbit lagilah langsung tidak berfungsi. Menurut Rui, kawasan ini mempunyai kecelaruan gelombang yang sangat dahsyat sehingga menganggu kesemua alat komunikasi dan perhubungan. Sebab itulah kebanyakan kapal terbang ke kapal laut ke akan terhempas dan karam sekiranya mereka merentasi kawasan ini. 

Sumpah aku agak cuak sekarang ni. Memang malanglah nasib aku terdampar di kawasan ni. Kalau aku tahu, aku takkan ikut Zen pergi bercuti kali ni. Bercakap mengenai Zen, aku tak tahu status dia sekarang ni. Selamat ke tidak? Cedera parah ke tidak? Tapi entah kenapa hati aku yakin yang dia selamat.

"Rui, awak rasa Zen dekat mana ya? Bagaimana keadaan dia ya?" aku memandang Rui yang sedang mengumpul ranting kering dan kayu api. Rui mengangkat kepalanya memandangku tepat sebelum berkata, "Saya tak pasti, Cik Elyanna. Entah Tuan Muda Zen sempat keluar sebelum kapal terbang meletup pun kita tak tahu."

"Saya... Saya yakin dia selamat. Hati saya yakin dia selamat. Kita mesti cari dia dengan yang lain lagipun dia janji dia akan bawa saya pulang," aku membalas yakin.

Rui tersenyum lembut lalu berkata, "Cik Elyanna percaya Tuan Muda Zen masih hidup. Saya pasti hubungan kalian berdua sangat kuat."

Aku ketawa terbahak-bahak sampai berair mata, membalas,"Hubungan kami kuat? Hahahaha. Nonsense. Saya yakin dia hidup sebab orang kata yang selalu meninggal awal atau nyawa tak panjang ni, orang baik-baik. Memandangkan Zen bukanlah orang baik-baik, mesti nyawa dia liat nak mati kan. Hahahahaha."

Rui terkebil-kebil mendengar jawapan Elyanna sebelum mengeluh lemah. 'Tuan Muda Zen, bertabah lah. Jauh perjalanan tuan dengan cik muda ni,' Rui menggelengkan kepalanya.

Rui melangkah masuk ke dalam gua dengan berhati-hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rui melangkah masuk ke dalam gua dengan berhati-hati. Matanya ligat memerhati persekitarannya. Lampu picit mini yang sentiasa dibawa bersamanya disuluh ke hadapan dengan berhati-hati. Takut-takut terprovok bahaya yang tidak dijangka, naya sahaja nanti. Langkahnya diatur sesenyap yang mungkin. Pergerakannya kemas membuatkan Elyanna yang sebelum ini bangga dengan kemahiran parkour yang dimilikinya, rasa mahu menyembunyikan wajah di mana-mana lubang kerana malu. Dia cuba meniru pergerakan Rui dan berusaha meminimumkan bunyi pergerakannya.

"Rasanya tempat ni selamat kot. Tak ada sebarang tanda binatang berlindung di sini dan kawasan di sini agak terbiar berbanding sekitarnya. Kita mungkin selamat untuk berehat di sini malam ni," ujar Rui selepas beberapa kali memeriksa kawasan gua tersebut.

Krukkk... Perut Elyanna berbunyi kuat. Wajahnya memerah malu. Nampak sangat dia tidak biasa berlapar seperti hari ini. Rui hanya tersenyum. Namun dia tidak berani untuk mengusik cik muda kaya itu kerana dia faham Elyanna tidak pernah merasa kelaparan sejak kecil.

Z.E.N : Labyrinth Where stories live. Discover now