Nama aku Zen. Aku remaja lelaki yang berusia 17 tahun. Semuanya nampak sempurna dan normal dalam hidup aku. Parents aku kaya, aku pelajar top di sekolah, pandai serba serbi, talented, ada rupa ... typical golden boy yang korang biasa nampak di luar...
Dua tiga menjak ni aku ada dengar berita yang seseorang menyalahgunakan nama Black Chess. Aku siasat perkara ni sedalam-dalamnya kerana aku yakin ahli Black Chess takkan berani melakukan perkara seperti itu. Mereka tahu prinsip aku; No mercy. Akhirnya malam tadi setelah berhempas pulas menggodam data dan statistik video daripada seluruh bandar, aku dapat juga mengenali identiti pelakunya.
Orangnya sangat berani dan licik. Pada siang hari, dialah Cik Muda yang paling sempurna tetapi pada malam hari dialah Cik Comel Hoodie Merah yang nakal dan gemar melakukan prank ke atas komuniti gelap bawah tanah dengan menggunakan nama Black Chess. Silap besarlah wahai Cik Comel Hoodie Merah kalau kau ingat kau akan terlepas begitu saja selepas menyalahgunakan nama organisasi aku. 'Tapi aku suka dia. Dia je perempuan yang terlebih berani guna nama Black Chess untuk buat nakal begitu,' J ketawa kecil. Dia berasa terhibur kot bila melihat ada seorang gadis kecil yang langsung tak takut dengan nama organisasi aku.
'Sama ada terlebih berani atau pun terlebih bodoh sebab sengaja cari maut dengan menggunakan nama Black Chess. Kalau dia terjumpa musuh Black Chess dan mereka bertindak membunuh dia untuk melunaskan dendam mereka terhadap kita, bukankah menyusahkan diri dia sendiri? Bukannya kita yang akan bertanggungjawab jikalau dia ditimpa kecelakaan atas kebodohan dia sendiri,' pantas aku membidas J. J ketawa lagi. Mudah terhibur betul J pada malam ni.
'Jadikan, aku rasalah malam yang penyangak-penyangak tu nak serang kita tetapi dihalang oleh Cik Comel Hoodie Merah dengan menunjukkan sesuatu kepada kumpulan penyangak tu adalah lencana id palsu Black Chess la eh?' J meluahkan kemusykilannya. Aku rasa betul apa yang dikatakan oleh J. Malam tu apa yang menyebabkan kumpulan penyangak tu lari adalah lencana id palsu Black Chess, sebab itulah kumpulan penyangak jalanan tu lari lintang pukang.
'Tsk. Tsk. Ironi sangat. Dia cuba melindungi King of Black Chess dengan menggunakan lencana id palsu Black Chess. Ouch, it must be a huge blow to your big swollen ego,' J masih tak habis lagi mengejek aku. Pfttt... Tak guna betul J ni. Bab menganjing aku, dia nombor satu.
'Kau tahukan J, rupanya dia budak satu sekolah dengan kita. Aku tak pernah menyangka sekolah kita ada seorang puteri yang sedang menyamar menjadi si pengemis. Penyamaran dia betul-betul berhasil dan mungkin kita pun tak tahu sekiranya kita tak siasat latar belakang dia habis-habisan. Silap besar dia bermain dengan nama Black Chess. Kalau tak, dah tentu dia tak termasuk dalam radar kita,' aku membalas malas kata-kata J. J tertawa kecil.
'Dia tersilap langkah tu sebab dia tak menyangka ketua Black Chess tu satu sekolah dengan dia,' J tersengih menyakat. Aku tak sabar nak ke sekolah hari esok. Siapa sangka pergi sekolah rupanya boleh membuatkan aku teruja? Hahahaha. Teruja nak melihat puteri pewaris legasi besar bermain role-play sebagai si nerd miskin. Que sera sera, whatever will be will be.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku memerhatikan gadis nerd berkaca mata besar itu dari jauh. Heh, lain betul wajah dia sekarang jika nak dibandingkan dengan wajah sebenar dia. 'Kuasa magis solekan wanita, bro. Muka macam ikan kembung pun boleh cantik jadi Emma Maembong,' J menyampuk.