Game : Catch-Me-Not

149 12 9
                                    

Semalam, aku melancarkan satu permainan rancangan realiti di bawah nama Catur Hitam. Kira ni game sosial terbesar Catur Hitam pada kali ni. Game ni dipanggil Catch-me-not. Hampir beribu remaja, aku dan ahli-ahli Catur Hitam jemput untuk menyertai game tersebut melalui URL yang diviralkan dalam aplikasi sosial AnotherLife (ANOL).

ANOL ni macam Facebook, Instagram dan WhatsApp bergabung jadi satu entiti tapi berbezanya ANOL ni lebih popular dalam kalangan golongan muda dan remaja. ANOL tu pun sebenarnya pada asal, aku cipta untuk kegunaan komunikasi ahli Black Chess dan dinamakan The Society tapi atas cadangan Ryuuji Abe, ketua Black Chess cawangan Jepun (Kuroshogi), aku ubahsuai dan buka kepada orang ramai terutama sekali para remaja.

Zaman sekarang, remaja yang tiada akaun ANOL sangatlah tak remaja. Dengan tagline ; Let's be connected. Now Or Later with @NOL.

Jadi melalui ANOL ni lah Black Chess menyebarkan pengaruh mereka dan secara tidak langsung menyebarkan pengaruh aku juga sebab aku pengasas organisasi antarabangsa, Black Chess

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jadi melalui ANOL ni lah Black Chess menyebarkan pengaruh mereka dan secara tidak langsung menyebarkan pengaruh aku juga sebab aku pengasas organisasi antarabangsa, Black Chess.

Kali ini aku keluarkan satu game sosial khusus untuk pelajar high school iaitu Catch-me-not. Game ni mudah sebab dalam game ni mereka perlu masukkan satu nama Queen Bee di sekolah mereka dan 2 nama Knight of Queen Bee. Selepas itu, pelajar yang mempunyai akaun ANOL akan menerima arahan daripada Board of Black Chess tentang acara sepanjang permainan sosial ini dijalankan.

Peraturan utamanya mudah. Sesiapa yang tertangkap dengan pihak berkuasa akan dikira gagal dalam permainan dan sesiapa yang berjaya menyelesaikan tugasan tersebut akan diberi ganjaran berbentuk wang ke dalam akaun banknya. Mudah dan lumayan bukan? *sengih keji*

Hai, kami daripada Lembaga Catur Hitam bahagian Malaysia ingin menjemput anda menyertai permainan sosial Catch-me-not yang baru dilancarkan pada hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai, kami daripada Lembaga Catur Hitam bahagian Malaysia ingin menjemput anda menyertai permainan sosial Catch-me-not yang baru dilancarkan pada hari ini. Sekiranya anda bersetuju, wang sebanyak RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun anda serta merta sebagai wang bonus awal permainan dan anda juga perlu mencalonkan satu nama Queen Bee dan 2 nama Knight of Queen Bee pada ruangan yang disediakan.

Queen Bee : Nurhanie binti Othman

Knight of Queen Bee :
1. Muhammad Ashman bin Badri
2. Azmin Safiuddin bin Zufri

Z.E.N : Labyrinth Where stories live. Discover now