Catur Hitam

140 13 4
                                        

Kota ini mempunyai sisi gelap yang tersendiri. Terdapat banyak organisasi bawah tanah yang menyusur masuk mempengaruhi para remaja dan yang paling berpengaruh sekali adalah Black Chess atau di kota ini mereka dipanggil sebagai Catur Hitam. Black Chess adalah satu persatuan kerahsiaan yang hanya dianggotai remaja dan belia istimewa. Anggota Black Chess terdapat di seluruh dunia dan rangkaian mereka sangat unik di samping mempunyai semangat persaudaraan yang sangat tinggi. Di peringkat tempatan, Black Chess dikenali dengan pelbagai nama. Di Jepun, dikenali sebagai Kuroshogi. Di China namanya Hēi qí. Di Belanda namanya Zwart Schaak. Di Arab namanya Shatranjul Aswad. Kalau di Malaysia dan Indonesia ni mestilah namanya Catur Hitam. Walaupun nama Black Chess di setiap bahagian dunia ada yang sama dan ada yang berbeza tetapi bagi setiap negara mereka akan menamakan kumpulan Black Chess mereka dengan nama tambahan lain. Contohnya Catur Hitam di Malaysia dinamakan Tentera Catur Hitam tetapi di Indonesia namanya Lasykar Catur Hitam. Di Brunei namanya Kesatria Catur Hitam dan di Singapore namanya Black Chess Troop dan begitulah seterusnya di negara-negara lain.

Tidak ramai yang mengetahui nama sebenar ahli-ahli Black Chess namun khabar angin mengatakan ketua Black Chess merupakan orang Asia dan itu tidak menghairankan kerana orang Asia dikatakan banyak melahirkan generasi genius sejak beberapa dekad yang lalu. Bukan itu sahaja, ahli-ahli Black Chess mempunyai kod keahlian mereka yang tersendiri dan kod tersebut saling berbeza antara satu sama lain. Khabar angin menyatakan bahawa kebanyakan ahli Black Chess diterima masuk sebagai ahli Mensa kerana mereka sangat genius dan ini menaikkan lagi kredibiliti Black Chess pada mata para remaja.

Aku berjalan masuk dan mencelah dalam khalayak ramai. Dengar cerita sekumpulan ahli sedang berpakat untuk mencari dan mendedahkan identiti ketua merangkap pengasas Black Chess sendiri. Oleh sebab itu, aku lebih rela pakai pakaian biasa dan menyelinap masuk bercampur gaul dalam kalangan ahli-ahli biasa. Orang kata, 'if you cannot beat them, try to confuse them'. Jadi ini yang aku cuba buat. Cuba nak alih perhatian orang ramai daripada aku. Kekuatan yang sebenar hanya apabila tiada siapa tahu kelemahan kita dan hanya orang yang bergaul rapat dengan kita sahaja boleh mengesan kelemahan kita sebab itu sayang adalah kelemahan kita.

"Ni kali pertama King akan hadir sendiri mesyuarat Catur Hitam. Selalunya dia hanya akan hadir guna internet conference"

"Kau rasa King tu macam mana orangnya?"

"Aku dengar macam-macam khabar angin pasal dia. Jom kita cari dia?"

"Jom. Aku pun rasa nak cari dia. Selama ni dia main sorok-sorok dengan kita. Kita akan cari dia hari ni dan dedahkan identiti King yang sebenarnya di khalayak umum Catur Hitam."

Aku ketawa kecil apabila mendengar mereka yang lalu lalang sekelilingku berkata-kata. Nak cari aku padahal aku duduk dalam kalangan mereka juga. Aku tersenyum mengejek.

"Aku rasa mereka takkan jumpa atau berjaya dedahkan identiti King pada malam ni," seorang berhampiranku lelaki berkata.

"Oh iya kah? Kau terlalu pesimistik,"ulas ku ringkas. Sengaja menduga.

"Kau rasa kalau kau di tempat King dan kau tahu orang sedang cari kau. Adakah kau akan masuk secara terbuka ataupun bersembunyi? Aku bercakap ikut logik dan pengalaman aku. Aku ikut Black Chess dah lama. Aku kenal cara pemikiran King. Lagipun dia idola aku. Dia jenis puppet master. Mana mungkin dia akan tunjukkan diri dia," lelaki tersebut memberi penerangan. Aku senyum. Dia bercakap benar dan aku rasa kalau dia tahu King yang sebenarnya ada di depan dia, agaknya bagaimana reaksi dia ye?

"Kau bijak. Aku, Nez. Kau?" Aku bertanya lalu menghulurkan salam perkenalan. Dia senyum lalu menyambut jabat salam ku, "Aku Kei. Aku sr. knight dalam Catur Hitam," balas Kei. Senior Knight bukan calang-calang orang boleh dapat. So, ni rupanya si Kei yang aku pilih untuk jadi Sr Knight dalam Catur Hitam. Dia dah banyak berubah sejak aku jumpa dia 7 tahun yang lalu.

Z.E.N : Labyrinth Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang