Masuk hari kedua mereka tersesat di rimba hijau ini, Rui mula memikirkan strategi yang paling berkesan untuk mereka meneruskan survival di hutan aneh ini. Sebelum mereka keluar daripada gua di pinggir hutan tadi, dia dan Elyanna sudah menukar pakaian kasual mereka kepada pakaian berseluar yang lebih selesa untuk bergerak. Setakat ini mereka belum bertembung dengan apa-apa kesukaran. Namun, siapa tahu beberapa lama sebelum maut datang mengetuk pintu mereka? Rui mengambil langkah berhati-hati. Ini soal nyawa. Bukan main-main. Tersilap langkah, nyawa menjadi pertaruhan.
Menghampiri sebatang pohon yang agak besar dan tinggi, Rui membuka beg galasnya dan mengeluarkan beberapa bilah kunai dan sepucuk pistol lalu menghulurkannya kepada Elyanna. Pantas Elyanna mengambil pistol tersebut lalu membuka bahagian peluru pistol tersebut dan melihat kod yang terukir pada bahagian dalam pistol tersebut. PG-2067. Wajahnya penuh kekaguman. Matanya bersinar bagaikan menemui harta karun berusia 10000 tahun.
"PG-2067? Like seriously?!!! Korang pakai pistol terbaik dunia untuk kegunaan biasa begini? Damn. Hebat gila. Kita bukan nak masuk sarang pembunuh upahan. Kita cuma nak melindungi diri semasa berada dalam hutan je kot," ulas Elyanna sambil menggeleng kepala sukar mempercayai apa yang dilihatnya.
PG-2067 merupakan senjata api terbaik bagi pembunuh upahan dunia bukan sahaja kerana reka bentuknya yang tidak ubah seperti pistol biasa tetapi juga kerana barel pelurunya boleh memuatkan saiz peluru yang biasa digunakan di pasaran umum dan pasaran gelap bagi senjata api. Dengan erti kata lain, PG-2067 sukar untuk kehabisan peluru kerana boleh menggunapakai mana-mana peluru biasa yang mudah didapati tanpa menjejaskan prestasi senjata itu.
"Kita bukan nak masuk sarang pembunuh upahan maka tak perlu guna senjata sebegini, begitu maksud Cik Elyanna? Hmm... Betul la kata Tuan Muda Zen yang Cik Elyanna ni reckless dan tak pandai hargai nyawa sendiri. Senjata bukan ke tujuannya untuk melindungi nyawa? Black Chess ada beratus PG-2067 tetapi kami masing-masing hanya ada satu je nyawa. Jadi, bagi King nyawa dan skill kami lagi berharga daripada senjata-senjata ni semua. Senjata bukan barang hiasan yang untuk dibanggakan dan disimpan. Cik Elyanna tahu tak yang masuk ke sarang pembunuh upahan lebih mudah daripada masuk hutan yang tidak kita ketahui ini?" Rui walaupun jarang berkata-kata namun sekali dia membuka mulut, ayatnya tepat menusuk jantung Elyanna. Bulat mata Elyannna mendengarnya.
Rui mendengus kasar, 'Dia ingat aku suka-suka nak bagi dia guna PG-2067 kalau tak kerana aku merasakan hutan ini semacam lebih menakutkan. Hatta masuk sarang pembunuh upahan seperti sarang Olympus Order dan Wolfgang pun tak menyeramkan seperti hutan ni.'
King pernah menghantar Rui berseorangan menghapuskan sarang pembunuh upahan Wolfgang. Ketika itu Rui masih lagi merupakan ketua operasi bahagian Death Token. Death Token adalah pasukan khas dalam Black Chess yang bertujuan untuk melenyapkan mana-mana musuh Black Chess tanpa sebarang kesan. Kebiasaannya, mereka akan menghantar satu token tembaga yang diukir dengan lambang Black Chess di bahagian depan dan lambang pedang tegak menembusi tengkorak di bahagian belakang token. Death Token hanya dihantar sekiranya target perlu dihapuskan tanpa meninggalkan sebarang kesan dan jejak bukti. Bak kata King, lalang perlu dicabut sehingga ke akarnya untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Jadi Rui sudah biasa memasuki sarang pembunuh upahan namun deria bahayanya tidak pernah merasakan keresahan seperti ketika berada di hutan misteri ini. Dia yakin bahawa hutan ini jauh lebih bahaya.
Memerhati keadaan sekeliling sebelum dia duduk lalu membuka beg galasnya. Jaket kulitnya yang juga kalis peluru dikeluarkan daripada beg galasnya lalu disarungkan ke tubuhnya. Dia kemudian mengeluarkan beberapa bungkusan yang dibalut kain putih lalu membukanya. Dalam bungkusan-bungkusan tersebut terdapat senjata-senjata aneh dan gear yang Elyanna tidak pernah lihat sepanjang hidupnya.
Rui mengisyaratkan kepada Elyanna untuk duduk sebelum menerangkan peralatan di hadapannya satu persatu.
"Ini kunai. Sejenis pisau terbang yang digunakan oleh puak ninja dan boleh juga digunakan sebagai pisau biasa. Yang ini, Sai. Sejenis pedang pendek yang kerap digunakan dalam pengintipan ninja kerana berbanding pedang biasa, Sai bersaiz agak kecil berbanding pedang dan lebih mudah dibawa. Yang ini rasanya Cik Elyanna biasa lihat dalam cerita-cerita ninja di televisyen, shuriken. Sesuai untuk serangan berbentuk lontaran seperti pisau dart. Ini pula alatan-alatan perisikan serba guna. Cangkuk dan tali ini boleh menampung berat sehingga 160kg.." Rui masih menerangkan sebelum Elyanna menyampuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Z.E.N : Labyrinth
Gizem / GerilimNama aku Zen. Aku remaja lelaki yang berusia 17 tahun. Semuanya nampak sempurna dan normal dalam hidup aku. Parents aku kaya, aku pelajar top di sekolah, pandai serba serbi, talented, ada rupa ... typical golden boy yang korang biasa nampak di luar...