Bab 14

4.1K 76 1
                                    

ADUH! Memang tepat seperti yang aku jangka. Aku pula yang naik lelah mengikut jejak ibu. Ibu seolah-olah tidak berasa penat langsung!

"Aik, kenapa ni? Penat?" Pecah ketawa ayah melihat aku yang sudah terbongkang di atas sofa.

"Penatlah, ayah. Isteri ayah tu ligat sangat. Tak larat Auni nak kejar."

"Hmmm... Macamlah Auni baru kenal dengan ibu Auni tu. Ikutkan sahajalah. Ibu seronok sangat nak buat persediaan perkahwinan Auni tu."

Aku memejamkan mata seketika. Hendak membuka mulut pun aku rasa sudah tidak mampu sekarang. Aku tersedar sebaik sahaja azan maghrib berkumandang dari surau yang berhampiran dengan rumah kami. Cepat-cepat aku bangun. Tak sangka, aku terlelap rupanya.

"Sudah-sudahlah termenung tu! Pergi naik mandi. Sembahyang. Lepas tu turun makan malam. Lepas makan, kalau nak sambung tidur barulah sambung semula."

"Kenapa ibu biarkan Auni tidur tadi? Kepala Auni dah sakit ni tidur selepas asar."

"Tahu pun... Lain kali lepas balik dari mana-mana, penat macam mana sekalipun, mandi dulu, bagi badan tu segar sikit. Kemudian berehatlah. Kalau dah balik penat-penat terus terbongkang, mana tak datang rasa nak tidur tu." Ibu mula berleter. Sebelum leteran ibu menjadi semakin panjang sehingga boleh dibuat telenovela, lebih baik aku cepat-cepat naik ke atas membersihkan diri. Ibu kalau dah mula berleter, memang payah mahu berhenti.

Selesai sembahyang, aku mengambil Quran dan mula mengaji sementara menunggu masuknya waktu isyak. Hatiku tenang dan damai tatkala mengalunkan ayat-ayat suci. Ayah memang menitikberatkan pelajaran agama kami adik-beradik.

Seawal usia tujuh tahun, kami adik-beradik telah pun khatam Quran dan ayah amat berbangga dengan pencapaian kami itu. Kata ayah, Quran inilah bekalan untuk mereka apabila tiada nanti, dan dia berharap anak-anak tidak akan putus-putus mengirimkan bekalan ini buat mereka apabila mereka sudah meninggalkan dunia ini bertemu Sang Pencipta.

Selesai solat isyak, Tasnim masuk ke bilikku.

"Kak Auni, Abang Fahim telefon tadi. Dia kata, dia cuba call handphone Kak Auni, tapi Kak Auni tak angkat. Dia call guna telefon rumah. Tasnim nak panggil Kak Auni tadi, tapi Tasnim dengar Kak Auni tengah mengaji, jadi Tasnim tak mahu ganggu. Abang Fahim kata, nanti dia telefon Kak Auni semula."

Huh! Time orang tak free inilah baru dia nak telefon. Time aku tertunggu-tunggu panggilan dari dia, tak pula dia nak call. Eee... Benci betul!

"Kak Auni dengar tak apa yang Tasnim cakap tadi?"

"Dengar."

"Habis tu diam aje?"

"Tasnim nak Kak Auni jawab apa? Dah dia kata nak call nanti, tunggu sahajalah. Takkanlah Kak Auni nak melompat pula dengar dia nak call?" Isy, geram pula aku dengan cik penyibuk seorang ni.

"Sekurang-kurangnya, tanyalah Tasnim cakap apa dengan dia? Bagaimana suaranya? Dia tanya apa lagi tadi?"

"Nanti Kak Auni tanya dia sendiri bila dia call nanti. Sekarang Kak Auni nak makan dulu. Perut Kak Auni dah lapar sangat ni. Tasnim dah makan?"

Malas aku mahu melayan Tasnim. Itu dia belum tahu Fahim pernah menelefonku sebelum ini. Kalau dia tahu, tujuh hari tujuh malam belum tentu aku selesai disoal siasat olehnya.

"Tengoklah tu. Pandai aje Kak Auni ni nak mengelak tau. Tapi janji dulu, nanti cerita kat Tasnim, Kak Auni cakap apa dengan dia. Tasnim nak tahu juga."

Kan... Betul apa yang aku cakap. Aku dah agak, cik penyibuk ni takkan senang-senang lepaskan aku.

"Okey. Nanti bila dia call Kak Auni cerita pada Tasnim, ya?"

Dia Pilih AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang