1 | Sleep

476 35 9
                                    

"Queen Lora . Coklat yg tuanku pesan dari Candyness Factory dah sampai ." Kata dayang Dyna sambil membawa sebuah bungkusan yg sederhana besar .

"Bawa kemari ."

Queen Lora membuka salah satu daripada 5 keping coklat yg berada di dalam kotak yg baru tiba itu . "Marilah makan sekali Dyna ."

"Tidak mengapa.Tuanku makan dahulu." Queen Lora menguntum senyuman kecil . Sudah lama dia memesan coklat dari kilang yg paling terkenal di Eddvill ini . Akhirnya sampai juga .

'Kenapa warnanya ada sedikit berbeza ? Perisa baru kot .' Fikir Lora di dalam hati . Ya . Warnanya agak kehitam-hitaman . Segigit .. dua gigit .. tiga gigit .. sudah hampir separuh coklat itu dimakan oleh Lora . Tiba-tiba coklat itu terlepas daripada tangan . Lora menguap perlahan . Matanya semakin lama semakin berat . Dia tersengguk-senguk .

"Tuanku .. tuanku tak apa-apa ? "

"Beta mengantuk ."

Dyna pelik . Makan coklat boleh mengantuk ? Paling teruk yg dia pernah dengar , coklat boleh buat orang lupa ja . Dyna memapah Queen Lora ke katilnya . Dibaringkan permaisuri itu dan diselimutkannya . Queen Lora tidur dengan begitu nyenyak . Dyna keluar untuk menyimpan baki coklat tadi dan membuat kerjanya yg lain .

"Dayang Dyna . Mana Queen Lora ?" Tanya King Anderson .

"Queen Lora sedang tidur di kamarnya tuanku ." King Anderson mengangguk . Dyna meminta diri dan berlalu pergi .

"Blake , panggilkan Prince Max. Beritahu dia beta mahu berjumpa dengannya di dewan utama sekarang ." Arah Anderson kepada pembantunya yg sangat setia, Blake . Sudah hampir sepuluh tahun Blake berkerja dengan kerabat diraja .

"Baik tuanku ."

Blake menuju ke bilik Putera Max . Max Anderson . Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik putera tunggal King Anderson , tiba-tiba sebuah pisau tumpul menuju ke arahnya . Mujur sempat ditangkap . "Prince Max . Berapa kali saya nk cakap .. jangan main tongkat sakti tuanku di dalam bilik . Bahaya . Kalau tuanku nk main pergilah main dkt luar ." Kata Blake sambil meletakkan pisau tdi di atas meja .

Max tersengih sinis . "Aku malaslah . Ada apa kau datang ni ?"

"King Anderson panggil tuanku pergi dewan utama skrang ."

Max mengeluh . Dia mencapai jaket diraja putih miliknya dan berjalan menuju ke dewan utama . Ni mesti pasal esok . Esok ? Esok adalah majlis pertabalan diraja . Di Eddvill Kingdom , putera yg sudah mencapai umur 20 tahun sudah layak menjadi raja . Dan majlis pertabalan akan dijalankan pada hari jadi putera tersebut . Sebenarnya aku pun tak faham kenapa ayahanda nk serahkan takhta pada aku . Ayah masih kuat . Dan aku masih mentah bab-bab menguruskan negara . Okay .. pembetulan . Bukan mentah tapi malas .

Max menunduk hormat pada ayahnya . Walaupun Max seorang budak yg nakal tapi dia tahu batas dan adab . 4 tahun dipaksa bersekolah di Harvard Jacking sudah cukup nengajarnya . Dari segi menguruskan negara , adab-adab dan cara menggunakan tongkat magic . Max bangun dan duduk di sebelah King Anderson .

"Sudah sedia untuk esok Max ?"

"Tak."

Anderson mengeluh . Anaknya yg sorang ni memang suka berloyar buruk . "Kamu jangan buat hal Max . Atau ayah ambik tongkat sakti kamu ."

"Yela-yela . Jangan risaulah . Max takkan buat benda gila . Cuma .. Max tak ready sangat ."

"Jangan risau Max . Blake ada . Dia boleh ajar kamu . Ayah yakin kamu boleh jaga negara kita ni ." Max mengangguk . Selepas itu mereka berdua berbual-bual mengenai hal magic . Oh , I means .. about sorcery .

*

Anderson menuju ke katilnya . Kelihatan Lora yg sedang tidur . 'Dari petang sampai sekarang tak bangun lagi ? ' Anderson pelik . Tidak pernah isterinya itu tidur selama ini . Dia terperasan sesuatu . Muka Lora berkedut ? Walaupun usia isterinya sudah hampir mencecah umur 35 tapi isterinya itu masih kelihatan cantik . Tiada sebarang kedutan sebelum ini .

"Lora .. Lora .. "

Tiada jawapan .

"Lora .. Lora .. LORA !!" Anderson menjerit di telinga isterinya . Pelik . Biasanya bila dia mengusik begini isterinya pasti akan bangun dan memarahinya . Dia meletakkan kepalanya di atas dada Lora . Jantungnya masih berdegup . Anderson keluar dan memanggil Blake . Dia berasa tidak sedap hati dengan keadaan Lora . "Tolong panggil Haze , Blake ."

Setelah beberapa minit memeriksa keadaan Queen Lora , tabib diraja yg bernama Haze itu membuka mulut . "Maafkan patik tuanku . Patik tidak dapat mengesan penyakit Queen Lora . Baginda seakan tidur . Jantungnya berdegup normal. Tapi berdasarkan keadaan ini , naluri patik kuat mengatakan yg Permaisuri sudah termakan racun ."

"Racun ?" Anderson mengerutkan dahi .

"Ya tuanku . Terdapat sebuah posyen beracun yg digunakan untuk mengambil keabadian dan kecantikan seseorang . Posyen itu akan menidurkan mangsanya buat selamanya dan mangsanya akan menjadi semakin berusia dalam masa yg singkat . Manakala si pembuat posyen akan menyerap keabadian si mangsa . Sebelum inikan Queen Lora tidak pernah ada sebarang kedutan dia mukanya . Tetapi kini ada . Sebab tu patik yakin Permaisuri telah terkena racun ini ."

King Anderson mengurut kepalanya . "Blake , panggil Medine ."

"Baik tuanku ."

"Ayahanda .. kenapa ni ? Kenapa dengan bonda ?" Max masuk ke kamar beradu milik orang tuanya . Sebentar tadi dia berjalan-jalan di koridor untuk merasai kebebasan terakhir sebelum dia ditabalkan menjadi raja . Pftt .. ayat acah gila . Tiba-tiba dia terlihat bilik orang tuanya dipenuhi dengan ramai orang .

"Bonda kamu terkena racun ."
Max tersentak . Dia pantang bondanya disakiti . "Bonda makan apa ? Siapa yg bertanggungjawab ni ?!" Beberapa helai rambut Max bertukar menjadi merah . Ya . Beberapa helai rambut Max yg berada di bahagian depan itu menunjukkan emosinya . Jika hitam , dia tenang . Jika merah , dia marah . Jika putih , dia sedih . Jika biru , dia cemburu . Dan jika ungu , dia sedang dilamun cinta . Itulah keistimewaan seorang manusia bernama Max Anderson .

"Siapa yg jaga ibu ? Dayang ! " Jeritan Max bergema di bilik itu . Anderson hanya berdiam diri . Dia kenal akan perangai anaknya itu . Kalau dia mengamuk .. memang tiada siapa yg boleh kawal .

"Ampun tuanku . " Dayang Dyna datang dan menunduk hormat dalam keadaan yg terketar-ketar .

"Aku nk kau jelaskan segalanya ."

The Awaken Potion . [C]Where stories live. Discover now