Aku terasa seperti ada sesuatu yg bergerak-gerak di lenganku . Aku membuka mata . Rupanya Mel sudah bangun . Aku keluar dari khemah dan Mel mengikutiku .
"Awak nak pergi mana ?"
"Mandi . Pastu aku nak pergi memburu . Jomlah mandi sekali dekat sungai depan tu ." Aku tersengih nakal .
"Gila."
"Apa kau cakap ?"
"Takda apalah ."
Mel melangkah laju meninggalkan aku . Dia menuju ke sungai . Kata tak nak . Aku menanggalkan sarung pedang dari badan . Segala senjata aku letak di dalam khemah . Cuma tongkat sahaja yg aku bawa untuk berjaga-jaga .
Sesampai saja di sungai , aku melihat sebuah dinding berbentuk kotak yg besar . Mesti Mel yg buat ni . Hahaha .. nasib baik air masih boleh mengalir . Kotak sihir kut .
Aku mandi bersebelahan dgn kotak itu . Setelah beberapa minit aku dan Mel selesai mandi serentak . Selepas itu aku pergi memburu . Dapatlah seekor kijang yg kecil . Aku memotongnya lalu memanggang di atas(?) unggun api . Apabila telah siap , aku memberikannya kepada Mel dan kami makan bersama .
"Max"
"Hmm"
"Kat mana kita nak cari ahli sihir tu ? Masih wujud lagi ke ?" Aku berhenti makan sebentar .
"Cuma tinggal seorang je lagi . Dan dia tinggal di dalam sebuah gua di hutan Rockfire . Witch Meryn ."
"Meryn ? Tu bukan ke .. ?"
"Ye . Aku tahu . Habis makan kita pergi . Kita dah takda banyak masa ."
Ya . Sudah hampir tiga minggu kami keluar mencari bahan . Malam tadi aku berhubung dgn ayah . Keadaan ibunda semakin merisaukan . Medine sudah tak mampu berbuat apa-apa . Kini , segala beban semakin terasa .
Selesai makan , kami mengemas barang . Kemudian , aku membuka portal . Belum sempat aku dan Mel melangkah masuk , kami sudah diserang oleh sesuatu dan jatuh terduduk .
Megaera ?
Mageara ialah seorang gadis yg mempunyai empat kaki seperti labah-labah dan dua kaki seperti manusia biasa . Manakala mukanya tertutup dek memakai topeng perang zaman Rom .
"Kau nak ap .. arghh!!"
Belum sempat aku bertanya dia telah mengangkat dan membalingkan aku ke arah sebatang pokok . Celaka . Pantas gila dia ni !
Aku cuba untuk bangun . Mataku kabur dek pening dan sakit kerana dibaling . Bila pengelihatan kembali normal , aku melihat Mel sudah ada di tangan Mageara .
"Lepaskan dia , setan ! Kau nak apa hah ?"
"Lepaskan ? Okay ."
Dia terus melambungkan Mel ke atas dan mengurungnya di dalam sebuah medan sihir . Berani dia sentuh Mel .. grr .. Rambutku bertukar merah .
"Meryn suruh aku bunuh korang . Tawaran dia lumayan . Baik korang menyerah dan aku akan bunuh korang baik-baik . " Magaera menyambung percakapannya .
Meryn ? Again ?
Tanpa membuang masa aku terus meluru ke arahnya sambil menghunuskan pedang . Namun dia sempat mengelak dan memanjat pokok . Aku terus menebang pokok itu . Dia jatuh ke tanah semula dan berlari ke arahku . Kukunya yg panjang dan keras itu berlawan dengan pedangku .
Ting ! Ting !
Satu persatu seranganku ditepisnya .
Huh .. huh .. huh ..
Penat . Aku membaca mantera . Pedang tadi sudah berjaya diklon . Dengan pantas aku memotong kesemua kuku-kukunya menggunakan kedua-dua belah pedang . Magaera menjerit dengan sangat nyaring . Pedang terjatuh dan aku menutup telinga . Nak pekak woi !
Magaera terus menyerang aku menggunakan salah satu kakinya dan ia tertusuk ke dalam perutku . Tajam macam pedang kaki dia . Aku terjatuh kesakitan . Kaki manusianya memijak aku .
"Arghh!!"
"Kau akan mati sekarang .."
Hampir saja kakinya hendak menusuk kepalaku , tiba-tiba Magaera menjerit lagi . Nyaring gila !
"Kau ni memang suka menjerit ke hah pompuan ?"
Suara tu ! Aku kenal suara tu . Aku membuka mata . Di sebelah kiriku terdapat salah satu kaki Magaera yg telah dipotong . Di kanan pula ..
Blake !
YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
Phiêu lưuSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...