Dan Meryn segera mengunci pergerakan kami menggunakan sihirnya . Aku tidak dapat bergerak . Begitu juga dengan Mel . Kami terkaku seperti batu . Meryn mengasingkan kedudukan aku dan Mel . Dia meletakkan kami di dalam sebuah kurungan .
"Well .. well .. well .. anak tunggal Queen Lora dah sampai . Nak selamatkan ibu ya ? Ada jumpa tak dgn penyambut-penyambut tetamu aku ? Basilisk ? Cactuar ?"
Aku tersenyum sinis .
"Ada . Semua aku dah jumpa . Siap hantarkan diorang ke neraka lagi . Dan tak lama lagi giliran kau pula !"
"HAHAHA .. Aku ? Tengoklah diri kau . Terkurung . Senjata-senjata kau pun aku dah ambil . Macam ni lah .. aku nak habiskan kuasa mak kau dulu baru aku hapuskan kau , okay ? HAHAHA ."
Aku mendengus geram . Meryn leka bermain dgn posyen-posyennya . Sesekali dia menyanyi . Dia seakan tidak mempedulikan kami . Apa yg aku nk buat sekarang ? Tongkat dah tak ada .
Aku merenung Mel di sebelah . Dia sudah duduk bersila . Aku pun turut sama duduk . Tongkat dan busur kelihatan jelas di depan mata , namun terasa kecewa bila tidak dapat mencapainya .
Tiba-tiba aku teringat suatu mantera . Palang besi aku pegang dgn kedua belah tangan . Aku memejamkan mata .
"The strength of kind .. the strength of light .. open this camber .. let me out .."
Aku membaca mantera itu berulang kali . Semakin lama besi yg aku yg aku pegang semakin bengkok .
Krek~ Krek~
Akhirnya aku berjaya melompat keluar dari kurungan itu .Tapi disebabkan bunyi besi membengkok yg sangat kuat tadi , Meryn perasan akan cubaanku meloloskan diri . Dia ingin mengunci pergerakan aku semula namun aku lebih pantas mencapai tongkat yg berada di atas tanah . Lalu aku segera menyerangnya menggunakan sihir serangan yg basic .Meryn tertunduk kesakitan . Serangan tadi mengena tepat pada perutnya .
"Tak guna kau !"
Meryn bangkit lalu cuba menyerangku menggunakan sihir . Aku membuka medan penghalang . Sihir tadi terpantul semula pada Meryn namun dia sempat mengelak . Dia membaca suatu mantera sihir . Dengan serta-merta diri menjadi banyak . Lebih kurang berpuluh-puluh dan mereka mengelilingi aku .
Paling tak guna .. diorang serang aku serentak dengan menggunakan sihir . Medan sihir aku besarkan dan aku buat bulatan untuk melindungi diri aku . Namun medan ini tidak bertahan lama . Serangan daripada berpuluh-puluh 'Meryn' yg datang dari pelbagai arah meruntuhkan medan perlindungan aku . Aku bagaikan terkena renjatan elektrik yg berkuasa 70 volt . Akhirnya aku jatuh terkulai .
Salah satu antara berpuluh-puluh 'Meryn' berkata
"Aku nak bagi kau hidup lama sikit tapi kau dah pilih untuk mati awal ."
Kakinya memijak dadaku . Ditekan kemudian dia menyepak aku sehingga aku tercampak dan terhantuk di dinding gua .
"MAX!!"
"Hey perempuan ! Kau jangan sentuh dia lagi .. grr .. grr .. " Mel menyambung .
Aku tak mampu untuk bangun lagi . Mataku berpinar-pinar . Darah mengalir keluar dari mulut .
"Kalau aku sentuh dia kau nak buat apa ? Lawan aku ? HAHAHA .."
"Kau .. kau jangan cabar aku !"
"Marilah lawan ! Pengecut ! " Mel cuba menaikkan amarah Meryn .
"Apa kau cakap ?!" Meryn segera pergi ke arah Mel . Kolar baju gadis itu dicekak kasar .
"J-jangan sentuh d-dia .. kau l-lawan aku .." Aku berkata perlahan . Namun mereka seolah tidak memperdulikan kata-kataku . Tiba-tiba segalanya menjadi kelam . Perkara terakhir yg aku lihat ialah Mel menarik tangan Meryn yg sedang mencekak kolar bajunya dan menyebabkan Meryn terhantuk di palang besi .
Aku harap kau okay , Mel . Aku gagal lindungi kau dan selamatkan bonda .
YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
AdventureSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...