14 | Rockfire Forest

204 17 2
                                    

Untuk kali yg kedua aku membuka portal untuk ke hutan Rockfire . Kali ni aku dan Mel melangkah masuk tanpa sebarang gangguan .

Tidak sampai beberapa minit aku sudah terjatuh ke atas tanah . Aku bangun dan menghulurkan tangan pada Mel . Mel bangun dan menepuk-nepuk habuk yg berada di kainnya .

Aku berjalan beriringan dgn Mel . Ini merupakan kali pertama aku melihat hutan ini . Unik . Warnanya merah seakan sedang terbakar dan di sepanjang jalan juga terdapat banyak batu kerikil . Jika hutan lain , laluannya berumput .. di Rockfire , jalannya berbatu .

Sekarang kami perlu mencari sebuah gua yg diliputi dgn lumut berwarna merah . Dahan-dahan pokok yg sesekali menghalang jalan , aku tepis . Mel pula tidak habis-habis menggaru-garu lengannya yg digigit nyamuk .

"Kau okay ?"

"O-okay.Nyamuk ni je banyak sangat ."

Aku tersenyum . Rambut Mel sudah serabai sejak bertarung dgn Magaera tadi . Aku berhenti dari berjalan .

"Kenapa ?"

"Sini kejap."

Mel berdiri di sisiku . Aku pusing menghadapnya . Tocangnya di sebelah kiri aku tarik . Kemudian , sebelah kanan . Rambut Mel yg panjang hingga ke punggung itu aku lurut dgn tangan .

"Nah ." Getah rambut yg bereben pink itu aku serahkan semula .

"Ikat balik rambut kau . Serabai je aku tengok tadi ." Aku menyambung .

Mel mengambil dan mengikat rambut dgn gaya pigtails semula .

"Okay ?"

"Comel. "Aku memeluk Mel .

"Comel macam aku . Hahaha .."

Mel menolak aku . Mukanya masam seketika kemudian dia ikut ketawa bersama aku . Tiba-tiba tawanya berhenti . Aku turut berhenti . Aku pandang ke depan .

"Apa yg kau pan...dang ?"

Beratus-ratus Junior Cactuar berada di hadapan kami . Dan Jumbo Cactuar ada dua serta Cactuar King ada satu . Cactuar ialah sejenis monster yg berupa seperti kaktus .

Junior Cactuar ialah Cactuar yg pling kecil . Saiznya hanya sebesar paras lulutku . Dia hanya mampu 100 melepaskan jarum yg menyakitkan tetapi tidak beracun .

Jumbo Cactuar ialah Cactuar stage kedua . Saiznya dua kali ganda saiz Junior Cactuar . Mereka hanya boleh mengeluarkan 5 jarum yg beracun tetapi ianya hanya boleh dilakukan pd jarak yg dekat . Mangsa yg terkena pula akan mati dalam masa 6 jam .

King Cactuar pula adalah yg paling besar . Saiznya mampu mencapai setinggi ogre . Jarumnya panjang dan sangat tajam sehingga mampu menembusi badan manusia .









"Mel .."Aku memanggil perlahan .








"Hurm ..?"










"LARI!!!"

Aku segera mencapai tangan Mel dan berlari ke belakang . Sesekali aku pusing ke belakang dan aku melihat mereka mengejar . Tak guna betul . Dahlah datang macam nak berperang . Meryn punya kerja lagi ke ? Kalau ya .. mesti gua tu ada dekat depan tadi . Sebab tu diorang cuba halang .

"Ouch!"

"Ouch!"

"Ouch! Ouch!"

"Sakitlah tak guna !"

Aku dan Mel menjerit-jerit ketika berlari . Jarum-jarum Junior Cactuar mencucuk-cucuk badan kami berdua . Batu kerikil yg berada di jalan menyukarkan lgi pelarian . Tiba-tiba aku tergelincir dan terjatuh menonggeng .

"Argh!!"

Satu jarum yg tercucuk dipunggung aku cabut . Jahanam kau ! Rambutku bertukar merah . Sihir di baca dan medan sihir meliputi tubuh kami agar jarum-jarum tdi tidak lagi terkena pd kami . Aku pun bodoh tak guna sihir ni awal-awal . Aku segera berlari ke arah ratusan Junior Cactuar . Satu persatu aku belah menjadi dua . Ada juga yg aku penyek dgn kaki . Mel yg dibelakang turut membantuku menggunakan pedangnya . Darah hijau hampir menukarkan warna di kawasan sekeliling kami .

"Mel .. kau urus budak ni boleh ? Aku nak urus abang dia ."

Mel mengangguk . Aku meluru ke arah Jumbo Cactuar . Jarum beracunnya tidak mampu menembusi penghalang aku . Dengan serta merta aku memotong kepala Jumbo Cactuar yg pertama dan ia jatuh terkulai . Tiba-tiba Jumbo Cactuar yg kedua menyerang dgn pantas . Aku tidak sempat mengelak kerana baru selesai membunuh yg pertama . Aku terus tercampak beberapa meter .

Batu kerikil yg melekat di tangan aku hilangkan dgn menyapu di seluar . Kali ni aku tak nak pakai pedang . Great Axe aku keluarkan dari kotak magikku yg kecil . Walaupun kecil , ia mampu menyimpan banyak barang . Macam cakera padat . Cuma sebut nama , dan barang itu akan dikeluarkan .

Aku berjalan pantas semula ke arah Jumbo Cactuar yg masih tinggal . Dahannya yg cuba menyerang aku potong . Kemudian , tubuhnya aku belah dua . Disebabkan masih tidak puas hati , aku belah kepada empat .

"Arghh!!"






































"MEL!!"

The Awaken Potion . [C]Where stories live. Discover now