15 | Cave

194 17 3
                                    

Satu jarum King Cactuar terkena pada lengan Mel . Pedangnya terjatuh . Ni lagi jahanam ! Jaga kau , hantu galah ! Aku segera berlari ke arah Mel apabila melihat dia ingin memijak Mel . Kapak aku halakan ke atas dan ia menusuk tepat pada kaki King Cactuar itu . Darah hijau melekat di kapak . Kaktus itu terjatuh dan aku mengambil peluang untuk menyerangnya . Aku lompat ke atas badan memotong kepalanya . Serta-merta ia bertukar menjadi debu . Baki-baki Junior Cactuar yg tinggal aku hapuskan sekelip mata . Aku berlari semula ke arah Mel .

"Kau okay tak ?"

"Okay je . Akukan healer ."

Mel memberikan senyuman yg melegakan hatiku . Jarum-jarum yg masih melekat di badan Mel aku cabut . Kemudian , aku cabut yg berada di badan aku pula . Aku memberikan Mel sebuah pelukan dan kucupan di dahi sebelum meneruskan perjalanan ke gua tempat tinggal Meryn .

"Awak tahu ke gua tu dekat mana ?" Mel melontarkan soalan .

"Tau . Kita cuma kena patah balik dekat tempat mula-mula kita jumpa kaktus-kaktus tu semua je . Aku rasa diorang nak halang kita daripada masuk tadi . Sebab tulah aku rasa gua tu ada berdekatan tmpt tu ."

Mel mengangguk sahaja . Seperti yg aku jangka , gua itu memang di situ . Aku dan Mel bersembunyi di sebalik pokok apabila melihat beberapa Ogre menjaga pintu masuk gua itu . Nampaknya Meryn memang dan rancang semua ni . Pedang dan Great Axe aku simpan di dalam kotak magik .

"Mel .. aku nak busur panah boleh ?"

"Erm .. kejap ."

Tangan Mel meraba-raba tanah . Mel mencapai beberapa biji batu kerikil dan ranting kayu yg berhampiran . Matanya dipejam dan cahaya putih kelihatan . Mujur ia tidak bersinar terlalu cerah . Kalau tidak tempat persembunyian kami pasti terbongkar .

Panah diserahkan kepadaku . Bekas yg berisi anak panah aku sandang di belakang . Sebilah(?) anak panah aku tarik . Di hujung anak panah itu aku celup ke dalam suatu posyen yg aku beli dari kedai Pak Cik Phantom . Posyen itu posyen beracun . Jika racun itu termasuk dalam darah , mangsa akan mati dengan serta merta . Barang di kedai Pak Cik Phantom sememangnya hebat dan sangat berguna . Belilah barang di Doughlass . Murah dan hebat . (Promote jap)

Anak panah aku halakan ke leher ogre yg sedang memegang tukul berdurinya . Busur aku tarik kemudian aku lepaskan .

Swushh~

Tepat mengena ke lehernya ! Ogre itu menjerit kesakitan dan sekelip mata ia bertukar menjadi debu . Ogre-ogre lain yg melihat kejadian tadi menunjukkan reaksi hairan . Kemudian , kepala mereka asyik memandang ke kiri dan kanan . Mungkin mencari dari mana datangnya anak panah tadi .

Sebelum diorang jumpa baik aku hapuskan semua . Satu persatu anak panah aku ambil dari belakang dan aku sasarkan ke arah mereka . Ada yg terkena pada perut dan ada yg terkena pd lengan . Akhirnya , kesemua Ogre menjadi debu . Apabila keadaan sudah selamat , aku keluar dari tempat persembunyian .

"Jom."

Tangan Mel aku tarik . Perlahan-lahan kami melangkah masuk ke dalam gua . Dari luar sampai dalam , seluruh dindingnya diliputi dengan lumut merah . Jalannya pula berlopak dan berair .

Apabila hampir sampai ke hujung gua , tempat persembunyian Meryn dijumpai . Meryn juga berada di situ . Dia sedang merenung bola kristalnya . Meja batunya bersepah dengan botol-botol posyen serta buku-buku sihir .

Aku dan Mel ingin bersembunyi di sebalik gua . Kalau nak dapatkan darah dia .. kena ambil hidup-hidup . Sebab kalau dia mati , dia akan terus bertukar menjadi debu .

Ketika aku memikirkan cara untuk mengambil darah Meryn , tiba-tiba Mel terjatuh ke dalam lopak air . Bunyi percikan air yg sangat kuat menarik perhatian Meryn .



















Meryn berpaling !


















Dan bersambung di bab yg seterusnya . Hehe ..

The Awaken Potion . [C]Where stories live. Discover now