Harp dan pedang dicapai dan di sandang di bahuku . Aku berenang semula ke dasar tasik . Tak mustahil dia yg menculik Mel kerana duyung Atlan merupakan duyung yg istimewa . Mereka menjadi duyung apabila di dalam air dan menjadi manusia apabila di darat . Cuma mereka tidak mampu bertahan lama di darat . Tapi kenapa dia nak culik Mel ? Arghh !! Rasa bersalah menguasai diriku . Aku tak patut tinggalkan Mel sorang-sorang dari awal . Macam mana dia nak bernafas dengan lama di dalam tasik ni ? Dari luar tasik ni nampak kecil tapi bila berada di dalam .. fuhh .. boleh sesat . Dekat mana aku nak cari Mel ?
Ayahanda !
Aku cuba berhubung dengan ayah . Come on .. bersambunglah ..
Ayah .. ayah boleh nampak tak Mel dekat mana ?
Ayah tak tahu . Air di dalam mangkuk kristal ini kabur bila ayahanda cuba melihat Mel . Tapi gambaran yg samar-samar menunjukkan Mel berdekatan dengan tempat yg ada batu karang berwarna ungu gelap .
Ungu gelap ? Aku macam pernah nampak tadi . Telepati diputuskan . Aku segera berenang menuju ke tempat itu . Dan ... sememangnya tepat . Di sebalik sebuah batu karang yg besar , aku dapat melihat Mel di ikat di sebatang tiang dan di sekelilingnya terdapat banyak ikan duyung Atlan sedang memegang tombak masing-masing . Sejak bila duyung Atlan jadi kanibal ? Kalau betul Mel dalam bahaya . Di mulut Mel terdapat satu topeng . Mungkin alat bantuan pernafasan . Pandai .. Sabar , Mel . Aku datang selamatkan kau . Aku keluar dari tempat persembunyian sementaraku . Pedang di genggam dengan rapi .
"Lepaskan perempuan tu !" Semua mata memandang ke arahku yg muncul tiba-tiba . Gulp .. alamak .
"Wah , ada manusia yg sukarela nak jadi makanan kitalah . Tangkap dia !!" Duyung yg mula-mula aku jumpa tadi memberikan arahan . So , dialah ketua ? Heh .. tak mudah nak makan aku . Aku cuba berenang dengan stabil dan menyerang duyung-duyung yg cuba membunuhku . Satu-satunya cara untuk membunuh duyung Atlan adalah dengan memotong ekor mereka . Jadi aku kena berenang ke bawah untuk memotongnya . Satu persatu mati di tanganku . Air yg tadinya jernih telah bertukar menjadi warna merah . Semakin lama , semakin banyak pula duyung yg menyerang . Tombak mereka sesekali menembusi kulitku . Nampaknya aku seorang sahaja tak mampu . Tongkat magik dihayun ..
"Water Gollum alive and up .. help me finish them up .."
Muncullah sebuah golem air yg sebesar orang gasar di sebelahku . Kami berdua bersatu padu membunuh duyung-duyung . Dari samar-samar air yg telah bertukar keruh , aku dapat melihat ketua duyung berada dekat dengan Mel dan dia seolah bersedia untuk membunuh Mel . Sebahagian rambutku bertukar merah . Sial .. berani kau sentuh Mel . Aku terus meluru ke arah ketua duyung tadi sambil dilindungi oleh golem air . Aku cuba menyerang ekornya dari belakang namun dia menyedari dan menepis pedangku menggunakan ekornya sehingga pedangku terlepas dari genggaman . Tongkat magic dipegang dan aku menyerangnya menggunakan sihir basic . Akibat terleka , sihir tadi mengena tepat pada perutnya . Dia terdorong ke belakang . Aku mengambil peluang ini untuk membuka ikatan Mel .
"Max!! Belakang awak !!" Mel menjerit .
Aku pandang ke belakang dan serta merta dadaku di cakar . Tak guna . Aku menendangnya untuk menghasilkan jarak antara kami . Myhtril Harp diserahkan kepada Mel . Aku cuba untuk memegang kedua-dua belah tangan ketua duyung itu namun dia kuat melawan . Aku menyerangnya menggunakan sihir sekali lagi dan ianya berkesan . Duyung itu sudah kelihatan lemah sedikit . Aku terus mengilas kedua tangannya ke belakang .
"Mel .. mainkan !!"
Mel memainkan melodi Tears of Mermaids . Apabila melodi itu dimainkan bersama Myhtril Harp , ia telah menghasilkan satu gelombang bunyi yg menyakitkan pendengaran bagi bangsa duyung Atlan . Menurut lagenda yg pernah aku dengar , melodi ini telah dicipta dan disihir oleh seorang pemuda untuk menyakitkan seekor duyung yg telah mengkhianati dan mencuba untuk membunuhnya setelah beberapa hari duyung itu diselamatkan olehnya daripada ditangkap oleh seorang nelayan . Ketua duyung itu dan duyung-duyung yg lain menjerit kesakitan sambil menutup telinga mereka agar melodi itu tidak dapat didengari . Memandangkan ketua duyung itu berada di tempat yg paling hampir dengan sumber melodi itu , dia telah merasai kesakitan yg berganda-ganda sehingga dia menitiskan air matanya . Aku cuba mencapai bekas posyen di dalam poketku untuk memasukkan air mata duyung Atlan itu . Bekas itu telah disihir terlebih dahulu agar air selain air mata duyung Atlan tidak dapat memasuki bekas itu .
Akhirnya bahan Awaken Potion yg pertama berjaya aku dapatkan . Aku segera melepaskan duyung tadi dan menarik tangan Mel untuk naik ke permukaan tasik sementara duyung-duyung itu tidak berdaya untuk menyerang . Naik sahaja ke darat , aku terus memeluk Mel . Sebahagian rambutku bertukar putih pula .
"Mel , aku minta maaf sebab tinggalkan kau sorang-sorang . Aku minta maaf sangat . Kalau bukan sebab aku .. kau mesti tak apa-apa tadi ."
Aku menangis . Ya . Tak salah bagi seorang lelaki untuk menangis . Mereka manusia juga . Pelukan dibalas dengan pelukan dan Mel mengusap perlahan belakang badanku . Aku dapat merasakan kehadiran cahaya ketika aku menangis sambil menutup mata . Semakin lama , kesakitan semasa bertarung tadi beransur hilang . Mel menggunakan kuasa healingnya untuk mengubati aku .
"Takpa lah Max . It's not your fault . Lagipun saya selamatkan ? Dan kita dah dapatkan air mata duyung tu ."
Aku melepaskan pelukan dan menatap mata Mel . Dia mengusap pipiku yg basah dek air mata . Tiba-tiba dia memberikan aku sebuah kucupan di bibir . What da .. ? Mel memalingkan badannya ke belakang . Begitu juga aku . Masing-masing tidak berani menghadap antara satu sama lain . Mukaku membahang . Dan aku tau , Mel juga begitu . Jantungku berdegup kencang . Apa ni .. ? Aku mengakhiri keawkwardkan antara kami dengan mengajaknya untuk meneruskan perjalanan . Tiba-tiba Mel bersuara ..
"Max , kenapa rambut awak warna ungu ? "
YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
AdventureSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...