"Ampun tuanku . Saya tak buat apa-apa . Yang saya tahu , sebelum Queen Lora tidur .. baginda ada makan sekeping coklat . Namun belum sempat coklat itu dimakan , baginda sudah mengantuk . Saya baringkan Queen Lora dikatilnya . Itu sahaja tuanku . Sumpah ." Jelas Dyna dengan bersungguh-sungguh.
"Aku tak percaya . Pasti kau letakkan racun pada makanan ibunda!" Jelas terpancar api kemarahan di mata Max . Entah apa yg merasuk jiwa Max ketika ini sehingga dia tidak mempercayai penjelasan gadis itu meskipun dia tahu bahawa Dayang Dyna merupakan seorang hamba yg setia .
"Sudah , Max . Kamu jangan melulu . Bagaimana kamu hendak menjadi seorang raja kalau kamu berkelakuan begini ? Seorang raja tidak akan tuduh melulu . Jangan biarkan amarah menguasai kamu Max ." King Anderson bersuara . Max terdiam . 'Aku memang tak nak jdi raja pun . Ayah yg paksa aku naik tahta .'
"Tuanku , Medine dah sampai ." Blake datang dengan seorang lelaki tua berada di sisinya . Dialah Medine . Peramal diraja . Dia boleh melihat masa hadapan dan masa lalu dengan menggunakan mangkuk kristalnya .
"Medine , beta nak tahu betul ke Queen Lora terkena racun . Boleh kamu siasat ? "
"Saya akan cuba tuanku ."
Medine duduk di tengah-tengah ruang bilik yg sunguh besar itu . Mangkuk kristal dikeluarkan . Cecair yg berwarna biru awan dituang ke dalamnya . Itu pasti air Cloudos . Salah seorang guru di Havard Jacking memberitahu air itu telah dicipta sendiri oleh Medine khas untuk digunakan untuk melihat masa hadapan . Tak sia-sia aku datang kelas hari tu . Haha .
"Boleh saya minta makanan terakhir yg Queen Lora makan ? " pinta Medine . Anderson membuat isyarat supaya makanan itu dibawa dan diserahkan kepada Medine .
Medine menyambut huluran coklat yg diberi oleh Dyna . Dia mengikis sedikit coklat itu dan dimasukkan ke dalam air Cloudos . Dikacaunya dan perlahan-lahan air tadi bertukar warna menjadi sedikit keruh . Mulut Medine terkumat-kamit membaca sihir . Tiba-tiba muncul satu imej di dalam mangkuk kristal tdi .
"Sila lihat tuanku ."
Aku dan King Anderson duduk di kiri dan kanan Medine untuk melihat imej yg berada di dalam mangkuk kristal .
WITCH MERYN !
Jelas kelihatan seorang wanita sedang membuat coklat . Tapi bukan coklat sembarangan kerana ia telah dicampur dengan sebuah posyen . Kemudian , wanita itu membunuh seorang penghantar coklat dari Candyness Factory dan menyamar menjadi lelaki itu . Dia menukar coklat yg asli dengan coklat buatannya . Dan imej yg terakhir .. Dayang Dyna mengambil bungkusan coklat tadi .
"Saya yakin posyen tadi ialah posyen menukar keabadian ." Kata Medine .
"Apa yg akan jadi kalau Lora terus dalam keadaan begini , Haze ? " tanya Anderson .
"Queen Lora akan menjadi semakin tua dan .. dan .."
"Dan apa Haze ?"
"Dan mati ."
Max dan Anderson mengeluh serentak . "Tiada cara atau apa-apa posyen ke yg boleh sembuhkan bonda ? " tanya Max setelah lama berdiam diri .
"Ada tuanku . Awaken Potion . Tapi posyen ini tidak dijual di mana-mana memandangkan bahan-bahannya sangat sukar dicari ." Jawab Haze . Masih ada harapan . Syukurlah .
"Apa bahannya ? Aku sanggup pergi dapatkan ." Max sudah berdiri . Demi bonda , ya . Dia sanggup .
"Air mata duyung Atlan . Bunga Nosmell dan darah ahli sihir camadian ."
Okay .. yg dua tu boleh dicari . Tapi yg terakhir tu .. ahli sihir camadian ? Mana nak cari ? Ahli sihir bangsa ini hampir pupus . Mereka sangat berkuasa dan jarang dijumpai . Dan mereka pun bukannya baik sangat nk serahkan darah mereka mcm tu saja . "Di mana nk dapatkan semua tu Medine ? " Anderson bertanya .
"Air mata duyung Atlan di Tasik Darkness Hiding . " Tasik itu penuh dgn kegelapan . Begitu banyak ghoul di situ . Macam mana nk masuk ?
"Bunga Nosmell di Forbidden Garden ." Taman yg terlarang . Taman yg memukau . Sesiapa yg memasukinya pasti akan dipukau dgn kekayaan , wanita-wanita yg cantik dan bayangan ahli keluarga yg sudah mati . Orang yg sudah masuk tidak akan mahu keluar . So , mcm mana nk masuk dan mahu keluar ?
"Darah ahli sihir Camadian . Yg ini sukar dan mengejutkan . " Tenang Medine berbicara .
"Apa yg sukar dan apa yg mengejutkan ? " Max berdebar menunggu ayat yg keluar dri mulut Medine .
"Yg sukar ahli sihir bangsa ini tinggal di hutan Rockfire . Dan yg mengejutkan .. ahli sihir itu ialan Meryn ."
Semua yg berada di dalam bilik terkejut . Macam mana nk bunuh Meryn sedangkan dia semakin berkuasa sekarang dengan menyerap kuasa bonda . Dahlah tinggal dalam Rockfire . Macam tak dek tempat lain nk tinggal .
Aku memandang ayahanda . Air mukanya jelas kerisauan . Siapa je yg tak risau bila orang tersayang dalam keadaan yg bahaya ? Aku pandang ibunda pula . Riak wajahnya tenang tetapi kedutan di wajahnya semakin terserlah . Ibunda umpama snow white yg menunggu kedatangan puteranya . Aku rasa aku yg patut selamatkan bonda . Walaupun ayahanda kuat dan mampu mencari bahan-bahan itu sendiri , ayahanda tidak boleh ke mana-mana . Hal negara masih berada di bawah tanggungjawab ayah dan buat sementara ini aku masih bebas . Hehe .. Jadi .. memang aku !
"Haze , berapa lama lagi masa yg bonda ada ? " Aku bertanya .
"Kira-kira sebulan ." Sebulan ? Cepatnya .
"Ayahanda . Max nk pergi ."
YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
PertualanganSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...