10 | Forbidden Garden

226 22 0
                                    

Pagi itu burung berkicauan dengan tenangnya . Aku dan Mel sudah sedia ada di hutan Lenn akibat cuba melarikan diri dari Basilisk . Melarikan diri sangat . Jadi , kami terus saja berjalan menuju ke gunung Lenn .

Setiap langkah kami jalan dgn penuh berhati-hati . Tidak sampai satu jam , aku sudah sampai di gunung itu . Forbidden Garden terletak di puncak gunung itu jadi aku terpaksa memikirkan cara untuk naik ke atas .

Nak suruh Mel cipta jet ? Mengarutlah .

Nak kenakan sihir supaya boleh terapung ? Tak naklah .

Kejap .. aku lupalah aku ada beli posyen The Wings masa dekat kedai Pak Cik Phantom . Posyen tu boleh tumbuhkan sayap dan ia mampu bertahan selama satu hari . Dan mereka yg meminumnya boleh menyimpan sayap itu di dalam badan jika tidak digunakan buat sementara . Aku mengeluarkan posyen tadi lalu meminumnya sehingga habis .

"Posyen apa tu ?" Mel bertanya tetapi aku tidak membalasnya . Aku merasakan perubahan pada diriku . Terasa ada sesuatu yg ingin keluar dari belakang badanku .

Prakk!!

Bajuku terkoyak sedikit di belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bajuku terkoyak sedikit di belakang . Sayap tadi sudah tumbuh . Gempak . Sayap ni warna hitam ! Terasa diri ni macam demon pulak . Hahaha .. Mel ternganga .

"Amacam ? Hebat tak ?" Aku berkata seraya menutup mulut Mel . Masuk lalat ... sia-sia ja . Mel tersengih .

"Mel .. kita nak terbang tau . Kau peluk aku kuat-kuat eh ?"

"Okay ."

Aku memeluk Mel dgn rapi . Sayap dikibar beberapa kali sebagai cubaan . Akhirnya aku terbang . Aku cuba mengimbangkan diri daripada jatuh . First time ada sayap , kekoklah . Mel hanya menutup mata di dalam dakapan aku .

"Mel .. bukaklah mata . Cantik tau pemandangan dari atas ni ."

"Tak nak . Takut ." Mel menggelengkan kepalanya .

"Takda apa-apalah . Aku ada . Bukaklah . Kalau tak aku jatuhkan kau ."

"MAX!!"

Haha .. takut betul perempuan ni . Perlahan-lahan Mel membuka matanya . 'Wow' ialah perkataan pertama yg keluar dari mulutnya . Pemandangan dari atas ni sememangya sangat cantik . Pohon-pohon hutan dapat dilihat tumbuh dgn tebal sekali .

Setelah beberapa minit , akhirnya kami tiba di pucak gunung itu . Sayap aku simpan di dalam badan . Waktu nak turun nanti baru keluarkan semula . Taman yg terlarang jelas berada di hadapan kami . Mel mula melangkah masuk namun aku pantas menghalang .

"Kau gila ke ?"

"Hah ?" Aku mengeluh .

"Mel , ada sebab kenapa orang panggil taman ni taman yg terlarang . Sesiapa sahaja yg memasuki taman ni pasti akan dipukau . Sama ada dgn kekayaan , kecantikan makhluk di sini ataupun dgn bayangan ahli keluarga yg telah pergi . Kalau kau masuk tanpa sebarang perlindungan . Pasti kau akan ditimpa bahaya ."

"Habis mcm mana nak masuk dgn selamat ?"

Aku memakaikan Mel sebuah rantai . Aku juga memakai rantai yg sama .

"Dengan rantai ni .. kau takkan dipukau . Pastikan tak tertanggal ."

Mel mengangguk . Dia sememangnya seorang gadis yg senang mengikut arahan . Kami berpimpinan tangan memasuki taman itu . Cantik . Pelbagai jenis bunga terdapat di sini . Namun disebalik kecantikan , terdapat kejahatan yg sukar ditangani .

"Macam mana bentuk bunga tu Max ?"

"Ermm .. warna dia hitam dan bunganya lebih kurang sebesar tapak tangan kau ."

"Hitam ehh .. Max , saya cari kat sana ya ?"

"Okay . Tapi hati ii . Ada apa-apa terus menjerit ."

Mel mengangkat ibu jarinya tanda 'okay' . Aku mula mencari di bahagian aku . Manalah bunga tu ? Dekat sini ada hampir beratus-ratus jenis bunga . Nasib baik senang nak cari . Asal hitam ja .. mesti bunga tu .

Setelah hampir setengah jam , aku terdengar Mel menjerit memanggil namaku .

"Max .. saya dah jumpa ." Aku dapat melihat tangan kecilnya memanggil aku dari celah-celah timbunan bunga .

"Kejap .. aku datang tempat kau ."

Aku berjalan perlahan ke arah Mel . Senangnya lahaii nak cari bahan kedua ni .

Sekejap ..


















Aku harap Mel tak cium bau bunga tu !

The Awaken Potion . [C]Where stories live. Discover now