Aku berlari ke arah Mel dengan kadar yg segera . Damn .. aku terlambat ! Mel sudah terbaring kaku dan di tangannya terdapat sekuntum bunga Nosmell .
Aku memangku kepala Mel . Salah aku ! Salah aku tak bagitahu dia awal-awal . Arghh .. Sebahagian rambutku bertukar putih . Apa nak buat ni ?
Telepati !
Come on .. come on .. arghh .. damn . Takkan tak boleh berhubung dekat taman ni ? Macam mana nk sembuhkan Mel ? Klu aku yg terkena , mungkin Mel boleh sembuhkan aku . Dia healer . Masalahnya si healer ni yg sakit . Tangannya aku genggam . Semakin sejuk .
"Mel .. tolong jangan tinggalkan aku . Kau dah janji nak kahwin dgn aku bila kita balik nanti ."
Aku merintih perlahan . Kenapalah aku boleh lupa nak bagi tahu dia yg bunga ni tak boleh dihidu . Sesiapa yg menghidunya akan terkena racun . Racun itu akan memasuki rongga hidung kemudian memusnahkan sistem saraf bermula dari bahagian kaki hingga kepala . Dan jika sudah sampai kepala .. mangsa akan mati . Sebab tu ia digelar bunga Nosmell . " No , smell " Have u ever notice ?
Jadi macam mana nk selamatkan Mel ?
Tiba-tiba sebuah pari-pari kecil seperti Tinkerbell keluar dari sekuntum bunga matahari . Dia datang dan berdiri di hadapanku menggunakan sayapnya .
"Kau nak sembuhkan dia ?"
"Gila tak nk ?!" Apa punya soalanlah pari-pari ni . Aku lenyek nanti baru tau .
"Meh aku tolong . "
"Kau boleh sembuhkan dia ?"
"Aku tak boleh ... " Huh , habis buat apa nak tolong ?
"Tapi aku tau bunga Cresantbull boleh sembuhkan dia ."
Cresantbull ? Aku mcam pernah dengar . Tak silap aku bunga tu warna kuning-hitam .
"Kau cari bunga tu .. kemudian bagi pada aku ."
Aku mengangguk . Menyesal maki-maki pari-pari ni tadi . Nasib baik dia sudi nak tolong . Aku menyerahkan Mel pada dia . Kalau dia bohong macam duyung dulu , satu taman ni aku hancurkan .
Cresantbull .. Cresantbull ..
Satu persatu jenis bunga aku tilik . Saat-saat genting macam nilah dia menghilang . Kemudian , aku terpandang sekelompok(?) bunga berwarna kuning-hitam . Oh , thank to god .
Memandangkan nak sampai ke tempat Mel tadi agak jauh , jadi aku menggunakan sayap aku . Tidak sampai beberapa saat , aku sudah tiba . Sekuntum bunga Cresantbull aku serahkan pada pari-pari tadi . Satu kelopak bunga dicabut dan digenggam . Ia bertukar menjadi cecair dan pari-pari kecil itu memasukkannya ke dalam hidung Mel .
Sekuntum .. dua kuntum .. tiga kuntum ..
Kuntuman yg keempat akhirnya menyedarkan Mel . Tangannya yg aku genggam sejak tadi sudah menjadi panas semula . Aku membantu Mel untuk duduk dan aku terus memeluknya . Ini bagaikan mimpi ngeri . Aku hampir kehilangan dia .
"Budak kecik .. terima kasih sangat-sangat sebab tolong aku ."
"Aku bukan budak keciklah ." Pari-pari tadi mendengus .
"Aku tau orang yg masuk ke dalam taman ni cuma orang yg terdesak . Dan bukan calang-calang orang yg mampu elak pukauan di sini . Jadi aku tolonglah ." Pari-pari tadi menghabiskan kata-katanya .
Dia meminta diri lalu masuk semula ke dalam rumah bunga mataharinya semula . Mel masih lemah . Aku mendukung Mel untuk membawanya turun dari puncak gunung ini . Makin lama makin bahaya . Mel memeluk erat leherku . Perlahan-lahan aku terbang turun . Sesampainya di tanah , sayap tadi aku simpan . Masih ada masa lagi 6 jam sebelum ia hilang .
"Mel .. kau okay tak ?"
"O-okay ."
"Aku hantar kau balik ke Eddvill nak ?"
Mel menggeleng-gelengkan kepala . Aku meletakkannya di dalam khemah yg baru sahaja dia bina . Tak sampai beberapa minit , Mel sudah tertidur . Mungkin masih lemah . Aku keluar dari khemah dan duduk dihadapan unggun . Bunga Nosmell yg terletak elok di dalam sebuah balang yg telah aku sihir aku perhatikan lama . Balang ini akan memastikan bunga ini tidak akan layu .
Hmm .. dua bahan dah dapat . Cuma tinggal satu bahan je lagi . Darah ahli sihir Camadian .
Dan nampaknya , aku bakal bersua muka dengan Witch Meryn tak lama lagi .
YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
AventuraSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...