3 | Upgrade

311 30 0
                                    

"Ayahanda . Max nk pergi ."

Ayahanda berjalan ke arahku . Kedua-dua belah tangannya memegang kepalaku . Sebelah di kiri dan sebelah di kanan . Tiba-tiba ..

"AYAH!!"

Ayahanda ni buat lawak ke apa ? Ada ke patut dia pergi goncang kepala aku . Setelah aku menjerit , ayah memberhentikan goncangannya . "Kau dah gila ke Max ? Otak kau masih ada dalam tu kan ?" Aduhai , ayahanda ..

"Mestilah ."

"Kamu sedar tak kamu ckp apa ?"

"Nak pergi cari bahan untuk posyen tulah ."

Pang !!

Ayah menampar pipiku . Rambutku yg telah hitam bertukar merah kembali . Ayah ni memang ... grr .. "Ayahanda tak benarkan . Kamu tu masih mentah . Kuasa sihir pun tak seberapa . Biar ayah yg pergi . Lagipum kamu ada majlis pertabalan esok ." Ayahanda membantah . Dan hati aku semakin panas . Mentah ? Tak seberapa ? 4 tahun aku bersekolah dkt sekolah yg pling terbaik di Eddvill . Aku dah sedialah .

"Ayah . Majlis tu kita tangguhkan lah dulu . Kita tunggu sampai bonda sedar . Ayah , Max dah besar . Dah 18 tahun . Kuasa Max mampulah nk dapatkan semua bahan tu . Ayah kena jaga negara kita . They need you . Please let me go ." Aku harap sangat ayahanda benarkan . Ayahanda diam sejenak . "Baiklah ." Aku mengukir senyuman . Killer smile babe .

"Tapi .."

Alamak .. ada tapi pulak ..

"Kamu kena update tongkat sihir kamu di Doughlass dan bawa seorang teman bersama kamu ." Alah .. tuje ? Kacang ja .

"Okay tuanku ." Aku menunduk hormat .

Selepas berbincang sedikit lagi tentang Queen Lora , kami semua bersurai . Ayah sudah kembali tidur disamping menjaga ibu . Aku melangkah perlahan menuju ke bilik aku semula . Kejap .. ada sesuatu yg aku perlu buat . Aku menuju ke The Room Of Maid . Aku nk jumpa Dyna .

Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik dibuka . Kelihatan seorang wanita tua berusia 40-an membuka pintu . Wanita itu menunduk hormat . "Dyna ada ? Saya nk jumpa dengan dia sekejap ." Yup . Aku tak biasa bahaskan diri aku 'beta'. Rasa macam agung sangat . Even I'm the prince . Well , aku sedar yg aku ni nakal dan selamba . Sebab tu aku tak rasa yg aku ni layak digelar dan menggelar diri aku ni raja .

"Ada tuanku . Sebentar . Dyna!!!" Wanita tadi melaung nama Dyna . Boleh tahan .. Dyna datang dengan kadar yg segera selepas mendengar namanya dipanggil . Wanita tadi meninggalkan kami berdua . "Ada apa tuanku nk jumpa saya ?"

"Saya nk minta maaf . Sebab tak percayakan kata-kata awak dan tuduh awak meracuni bonda ."

"Oh takda apalah tuanku , saya faham ." Dyna mengukir senyuman. Aku pun membalas senyuman itu dengan senyuman . Kemudian muka Dyna kelihatan merah . Tapi muka aku tak .. hihu .

Selesai sudah . Aku berjalan menuju ke bilikku . Sesampainya di bilik , aku terus merebahkan diri di atas katil . Semuanya berlalu dengan cepat . Baru sebentar tadi aku mendapat tahu bahawa bonda diracuni . Dan esok majlis pertabalan dibatalkan . Dan aku akan pergi ke tempat-tempat yg berbahaya tidak lama lagi . Dan aku cuma ada sebulan untuk selamatkan bonda .

Bonda ...

Air mata jantanku menitis . Aku tak nak kehilangan bonda . Hmm .. aku nak pergi dengan sapa eh ? Kawan ? Aku mana ada kawan . Yang ada pun kawan fake . Kawan yg berkawan sebab inginkan kesenangan . Well , I'm the prince . Time susah dan perlukan pertolongan diorang takkan tolong . Aku tahu semua tu . Takpa lah .. mana tahu esok jumpa sesiapa yg boleh aku ajak . Tak pun jumpa jodoh .. hihu .

*

Aku berjalan menuju ke Doughlass. Keadaan di pasar ini sungguh sesak . Orang ramai berkali-kali melanggar bahu aku . Kalaulah diorang tahu siapa aku .. mesti sekarang ni ada red carpet depan aku . Tapi itulah , majlis pertabalan terpaksa ditangguhkan hari ini . Segala perhiasan di istana di simpan semula dan makanan-makanan untuk majlis itu diberi kepada orang miskin . Dan hari ni .. aku kena menaik taraf tongkat sihir aku di Doughlass .

Douglass merupakan sebuah kedai yg menjual peralatan sihir . Buku sihir , tongkat magic , bola kristal dan banyak lagi ada dijual di dalam kedai ini . Kualitinya sangat bagus . Bagi aku .. paling bagus di Eddvill Kingdom . Tetapi kedai ini tidak begitu diketahui . Mungkin kerana kedai ini terletak di tempat yg agak sunyi dan jauh sikit dari pasar yg sesak dan bising .

Kringg~
Loceng di pintu berbunyi menandakan ada pelanggan masuk . Dan dia ialah aku . Max Anderson . Pak cik Phantom menyambut kedatanganku di kedainya . Dia merupakan salah seorang kawan ayahanda . Senanglah nk minta diskaun . Hehe ..

"Selamat datang tuanku . Sudah besar rupanya tuanku . Lama patik tak berjumpa dengan tuanku . " Pak cik Phantom berkata dengan ceria . Walaupun sudah berumur 53 tahun , dia masih kelihatan gagah .

"Tak perlulah berpatik-tuanku . Biasa-biasa sudahlah pak cik . Saya datang sini sebenarnya nk menaik taraf tongkat saya . And .. saya nk beli beberapa posyen . Sebagai persediaan sebelum mula mencari bahan untuk Awaken Potion . Well .. pak cik mesti ada dengar cerita pasal bonda kan ?"

"Ouh .. begitu . Ya .. pak cik ada dengar . Kalau macam tu .. pak cik akan bagi kamu servis yg terbaik ." Pak cik Phantom mengukir senyuman .

Tongkat sihir diambil dan diletakkan di dalam sebuah kotak bertutup yg sama panjangnya dengan tongkat aku . Pak cik Phantom mula membaca mantera sihirnya . Kotak itu mula bercahaya kuning keemasan . Sesekali di selangi dengan warna jingga . Sementara menunggu tongkat aku siap , aku berjalan-jalan di dalam kedai itu untuk melihat posyen . Dalam kedai itu cuma ada aku dan Pak cik Phantom .. so bebaslah aku untuk berjalan .

Usai memilih , beberapa botol posyen di letakkan di kaunter .Tongkat juga telah siap dinaik taraf . Cantik .. kayunya menjadi nipis dan semakin tajam di bahagian hadapan . Badannya juga berlekuk-lekuk . Cuma warnanya yg tidak berubah .

 Cuma warnanya yg tidak berubah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Berapa semua ni pak cik ?"

"Takpalah .. pak cik buat ni percuma . Ambillah ."

"Mana boleh macam ni .. pak cik tak boleh bersikap pilih kasih hanya kerana saya seorang putera ." Dua uncang berisi 30 syiling emas aku letakkan di atas meja . Phantom terpaksa menerima .

"Terima kasih ." Aku mengukir senyuman dan meminta diri untuk pulang ke istana . Sebaik sahaja aku keluar dari kedai itu , tiba-tiba lenganku di peluk oleh seorang gadis dalam keadaan yg terketar-ketar .



Dan dibelakang gadis itu ..

The Awaken Potion . [C]Where stories live. Discover now