18 | Back To The Castle

201 18 0
                                    

Max P.O.V

Akhirnya aku sudah pulang . Pulang bersama kejayaan . Aku masih tak percaya Mel kalahkan Meryn seorang diri . Bila aku sedar , Mel sudah menayangkan botol berisi darah . Dan aku pasti itu darah Meryn kerana aku langsung tak nampak kelibat dia .

Dan sepanjang pulang ke istana . Mel asyik bercerita bagaimana dia mengalahkan Meryn . Ada lagi satu benda yg aku masih tak percaya . Dia boleh guna sihir . Tapi dia kata dia bukan magician . Pelik . Sihir hanya akan menjadi sekiranya ketiga-tiga syarat ini dipenuhi . Pertama , mempunyai tongkat sihir . Kedua , membaca sihir dgn berirama . Dan ketiga , berketurunan magician .

Namun , aku tidak mahu menghiraukan hal itu buat sementara . Yang penting bonda .

Sesampainya istana , aku terus menuju ke bilik bonda bersama Mel . Ayahanda dan Medine sudah berada di dalam bilik itu . Ketiga-tiga bahan posyen aku serahkan kepada Medine .

Dia meletakkan ketiga-tiga bahan tadi ke dalam sebuah periuk belanga . Periuk itu pula diletakkan di atas api ciptaan Medine sendiri . Api itu tidak akan merebak . Dia hanya berada di suatu tempat sahaja .

Air mata duyung Atlan dimasukkan . Kemudian , kelopak-kelopak bunga Nosmell . Dan yg terakhir sekali , darah ahli sihir Camadian . Medine membaca mantera sihir sambil mengacau perlahan-lahan bahan-bahan itu .

"Stir stir posyen .. make her eyes open .. talk and smile like always .. please don't go away .." (nyanyi ikut rentak row row the boat)

Lagu itu diulang beberapa kali sehingga proses membuat posyen itu selesai . Posyen yg sudah siap itu dituang ke dalam sebuah gelas .

"Nah tuanku . Bagi permaisuri minum ." Medine menyerahkan posyen tdi kepada ayahanda .

Ayahanda berjalan menuju ke arah bonda . Aku membantu ayah membangunkan ibu . Air diberi . Untuk seketika .. tiada apa yg berlaku .

"Kenapa takda apa-apa Medine ?" Aku bertanya .

"Sabar tuanku ."

Tidak lama kemudian , bonda membuka mata . Segala kedutan di mukanya telah hilang . Bonda aku yg cantik telah kembali . Bonda menguap . Seakan-akan baru bangun tidur . Ya , bonda memang tidur pun selama ni .

"Anderson ? Max ? Apa yg jadi ?"

"Nanti saya ceritakan . Yang pentig awak dah selamat ." Ayahanda memeluk bonda .

Kemudian ayah memberi peluang kepada aku pula untuk memeluk bonda . Selepas itu , aku bangun dan membawa bonda ke katil bonda . Sejak dari awal dia melangkah masuk ke dalam bilik ini , dia hanya berdiri di sudut bilik . Aku tak mahu dia rasa terabai .

"Bonda , inilah Amelna Xander . Dia banyak tolong Max cari bahan-bahan untuk posyen ni ."

"Amelna Xander ? " Dahi bonda berkerut sebentar . Kemudian , dia mengukir sebuah senyuman .

"Mel .. terima kasih sangat-sangat . Walaupun saya tak tahu apa yg terjadi sekarang ni .. tapi .. thanks ." Bonda menyambung .

Mel hanya memberikan senyuman . Syukur segalanya sudah kembali seperti biasa . Bonda sudah pulih . Aku rasa macam nak nangis . Tapi tak macho la pula nanti .

Aku meminta diri untuk keluar bersama Mel . Ayahanda hanya mengangguk . Semasa keluar , aku terdengar ayah sedang memberitahu bonda tentang apa yg berlaku .

"Kita nak pergi mana ?"


























"Garden of Love ."

The Awaken Potion . [C]Where stories live. Discover now