Aku membawa Mel ke sebuah taman bunga yg terdapat dalam istana ini . Masa Mel mula-mula datang dulu , aku tidak sempat membawanya berjalan-jalan di sekitar istana .
Sebaik sahaja memasuki taman itu , Mel terkaku . Apa yg keluar dari mulutnya hanya perkataan 'cantik' . Tangannya ralit memegang bunga-bunga di situ .
Taman ini sememangnya cantik . Bonda sendiri yg menjaga taman ini . Bonda pernah memberitahu aku bahawa disinilah , ayah melamar bonda . Sebab tu bonda namakan taman ni Garden of Love . Hari ini , aku bertekad untuk mengulangi peristiwa itu .
"Mel .. thanks ."
"Sudahlah Max . Naik muak saya dengar perkataan terima kasih hari ni ." Aku tersenyum mendengar balasannya .
"Mel .. aku nak tanya boleh ?"
"Tanyalah ."
"Mak kau magician ke ? Sebab aku peliklah dari tadi . Macam mana kau boleh guna sihir . Kau dah tepati dua syarat . Tapi kau takda syarat yg ketiga . Macam mana kau boleh guna sihir ?"
"Saya tak tahu Max . Ibu saya meninggal masa saya umur empat tahun . Saya langsung tak ingat apa-apa pasal ibu . A-ayah pun t-tak pernah bercerita pasal bonda ." Air mata Mel menitik .
Hatinya pilu setiap kali teringat pasal ibunya . Dia rindu ibunya . Jujur , dia cemburu melihat Max bersama Queen Lora tadi . Hidup Max sempurna . Ada ayah dan ibu . Sedangkan dia cuma punya ayah yg tak bertanggungjawab dan ibu yg sudah meninggal dunia .
"Hey hey .. aku mintak maaf okay ?" Air matanya aku seka menggunakan hujung jari .
Sekuntum bunga mawar merah dan mawar putih aku petik . Kemudian aku suakan pada Mel .
"Kau ingat lagi tak janji aku masa kita dekat kedai makan di pekan Aega dulu ?"
"Yg mana ya ?" Mel cuba mengingat kembali .
"Kejap .. yg pasal awak ajak saya .."
"Yup . Bunga putih tu tanda ikhlasnya cinta aku dekat kau . Yg merah tu pula tanda betapa besarnya cinta aku pada kau . Mel , marry me ?"
Aku dapat melihat muka Mel bertukar menjadi merah . Malulah tuu .. hahaha .
"Erm .. erm .. yes ." Mel terus berpaling dari menghadap aku selepas mengucapkan ayat keramat itu .
Aku hanya mampu berkata yes berkali-kali di dalam hati dan menepuk tangan tanpa berbunyi . Control macho beb .
"Hey , Mel . Pandang sini ."
"Ap .."
CUPP
"Thanks . I love you ." Mel memegang bibirnya . Comel gila bila dia malu .. Haish , sabar-sabar .. malam pertama nanti habis aku kerjakan kau Mel .
Datang dah mood membiru aku .. pergilah kau shytonn .. shuh .. shuh ..
"I love you too , Max ."
YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
AdventureSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...