"Max , kenapa rambut awak warna ungu ?"
U-ungu ? What da .. ? Tak mungkin aku dah jatuh cinta pada dia . Tak .. tak mungkin . Tapi rambut ni tak pernah menipu . Mungkin ke ciuman tadi yg buat aku jadi macam ni ? Damn .
"Max , awak sebahagian dari orang gasarkan ? Cuma emosi awak ditunjukkan melalui rambut bukannya mata . Dan saya pernah dengar .. kalau mata orang gasar bertukar menjadi ungu maknanya dia dah jatuh cinta . So , awak suka saya Max ?" Soalan dari Mel mengancam .
"Mana ada . Tak mungkin aku suka budak mentah macam kau ." Aku terus berjalan dengan pantas meninggalkan Mel dibelakang . Habislah . Warna ni tak nak hilanglah pula . Kalau betul aku jatuh cinta , maknanya warna ni takkan hilang dan rambut aku akan kekal hitam-ungu buat selamanya . It's nice but for now no thanks . Aku berhenti di sebuah tanah berumput yg agak lapang . Aku nak buka portal untuk ke Pekan Aega . Pekan tu berhampiran dengan gunung Lenn di mana di atas puncak gunung itulah terletaknya Forbidden Garden .
Aku memanggil Mel untuk berdiri rapat denganku semasa aku ingin membuka portal tetapi panggilanku tidak disahut kembali . Aduh .. aku lupa yg aku dah tinggalkan dia . Aku kembali semula untuk mencari Mel .
"Mel .. Mel .. Mel .. MEL !" Panggilanku langsung tidak disahut . Aku berhenti di kawasan tasik tadi . Kawasan ni tempat terakhir aku dengan Mel sebelum aku berjalan tinggalkan dia . Aku mencari dan memanggil nama Mel disekeliling kawasan tasik ini . Kelibat Mel langsung tak kelihatan .
"Mel .. mana kau ? Tak lawaklah ! Keluarlah ! Lambat aku tinggal !"
Sunyi .. takkan Mel kena tangkap dengan duyung-duyung tadi ? Mereka sudah nyawa-nyawa ikan dibelasah olehku tadi . Takkanlah Goxsell ? Mel .. mana kau ? Aku terduduk di atas tanah . Mel .. maafkan aku sebab tinggalkan kau . Argh .. aku memang tak guna . Tiba-tiba aku merasakan seperti bahu aku disentuh oleh satu tangan . Aku berpaling ke belakang dan .. MEL ! Aku terus memeluknya .
"Mana kau pergi ? Kau okay tak ?" Tanyaku sambil membelek-belek tubuhnya untuk mencari sebarang kesan luka .
"Saya okaylah . Saya ada je dengan awak dari tadi . Ni .. saya bersembunyi dalam selimut halimunan ni ." Mel menjawab seraya menunjukkan sebuah selimut di tangannya .
"Kau ni ! Tak kelakar kau tau tak ? Lain kali bila aku panggil , jawablah ."
"Saya saja je nak uji awak . Kata tak sayang saya . Tapi bila saya hilang .. terus hilang arah ." Mel ketawa kecil . Aku merengus . Ada je budak ni nak sakat aku .
"Jomlah ." Aku menarik tangan Mel.
"Tak nak pergi selagi awak tak cakap yg awak sayang saya ."
Haish .. ngada-ngada betullah . Aku menarik tangannya dengan lebih kuat tetapi Mel masih tidak berganjak walau seinci pun .
"Yes , I love you ." Aku terus mencempung tubuh Mel yg kecil itu dan berjalan menuju ke kawasan lapang tadi . Mel memukul dadaku perlahan tanda minta diturunkan .
"No sweetheart . Tadi tak nak jalankan ? Now , biar aku jalankan ." Akhirnya Mel akur dan menyembamkan mukanya ke dadaku . Apabila sudah tiba , aku menurunkan Mel dan mengeluarkan tongkatku . Mel berdiri rapat sambil memegang tanganku .
"Aega Town .. open your portal .. open your dimension .. we bengging to you with all the patient .. "
Aku menarik tangan Mel dan memasuki portal tersebut . Setelah beberapa saat , aku dan Mel terjatuh di Aega Town . Pekan ini terletak di seberang negaraku iaitu di Yallaria Kingdom . Pekan ini sangat meriah ketika waktu malam . Lampu-lampu nilon menghiasi setiap kedai dan rumah tumpangan . Aku bercadang untuk makan dahulu sebelum pergi menyewa sebuah bilik di rumah tumpangan . Aku dan Mel berhenti di gerai makanan yg berhampiran dgn tempat aku jatuh tadi . Dua lamb steak di pesan bersama sebotol arak terbaik di Yallaria . Apabila makanan tiba , aku mengucapkan terima kasih kepada pelayan tadi dan kami mula makan . Masing-masing mendiamkan diri sehingga aku menegur Mel kerana di bibirnya terdapat sedikit sos makanan tadi . Alahaii .. macam budak-budak .
"Mel , kat mulut kau ada soslah ." Aku menghilangkan kotoran tadi menggunakan hujung jariku . Mel hanya tersenyum .
"Mel , kau sayang aku ?"
Sepi . Mel seakan tidak mendengar pertanyaanku .
"Mel ! Aku tanya ni ." Aku mula memasamkan muka . Mel ketawa terbahak-bahak . Tak guna punya perempuan .
"Tak jawab sikit pun nak merajuk ke ? "
Pertanyaan Mel dibiar sepi . Balasan .
"Yes , I love you . Dah lama saya suka awak Max . Sejak awak selamatkan saya lagi . Awak hero saya ." Mel tersenyum . Matanya aku tatap untuk mencari kebenaran di sebalik kata-kata tadi . Matanya bersinar . Aku yakin dia ikhlas . Wah .. wah .. dah macam cerita cinta pula .
"Mel , lepas kita balik nanti dan bila semuanya dah selesai .. kita kahwin nak ?" Aku berkata seraya memegang tangannya .
"Kalau awak sudi nak kahwini saya , saya okay ja ."
Secara spontan aku menepuk tangan dan menjerit 'Yes' dengan kuat . Hampir semua mata para pelanggan di sini memandang aku . Aku meminta maaf . Over sangatlah pula .
"Awak ni .. overlah . Tak payahlah sampai menjerit-jerit ."
"Terjeritlah , Mel . Happy u know . Thanks ."
"No , I'm the one who should say thank you . Kalau awak tak selamatkan saya hari tu , saya takkan kenal Max Anderson yg handsome dan hebat ni . Apatah lagi jatuh cinta pada dia ."
Aku hanya tersenyum . Kembang kempis apabila dikata begitu . Kami menyambung aktiviti makan kami yg terhenti sebentar tadi . Usai makan , kami pergi ke sebuah rumah tumpangan yg berdekatan .
"Max , saya tak nak duduk dalam bilik sorang-sorang . Saya tidur dengan awak boleh ?"
"Ehh .. mana boleh . Kau pernah tengok sijil lahir kau tak ? Kau perempuankan ? Mana boleh sebilik . Kau tak takut ?"
"Takut apa ? Saya lagi takut kalau duduk sorang-sorang ."
"Takut aku buat apa-apa dekat kau . You know .. lelaki .. perempuan .. satu bilik .. anything can happen .." Aku menayangkan senyuman nakal . Mel terdiam . Mesti cuak perempuan ni .
"Okaylah ." Berkata perlahan .
"Ala .. jomlah . Jangan risau aku takkan buat apa-apa ."
Aku menyewa sebuah bilik dan mengajak Mel masuk . Aku menyuruhnya tidur di katil dan aku pula tidur di sofa . Mel hanya menuruti perintahku . Malam itu kami cuba tidur setenang yg mungkin kerana hari esok pasti mencabar .
Tiba-tiba aku terdengar jeritan orang ramai dari luar .
Dan aku juga terdengar bunyi ngauman . Apakah ?
YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
AdventureSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...