Aku segera membawa Mel keluar untuk melihat apa yg telah terjadi . Seekor Basilisk sedang menyerang pekan Aega . Dia melibas rumah-rumah tumpangan di sekeliling kawasan ini dengan menggunakan ekornya . Orang ramai menjerit ketakutan dan lari bertempiaran . Tapi aku hairan .. macam mana seekor Basilisk boleh terlepas ke sini ?
Basilisk ialah seekor reptilia . Ia mempunyai lapan kaki dan mempunyai duri-duri merah yg tajam di bahagian atas badan . Rupanya lebih kurang macam naga cuma ia tidak mempunyai sayap . Saiznya pula sebesar rumah dua tingkat . Tapi Basilisk jarang membuat kekacauan di tempat yg ramai orang . Ia biasanya dijumpai di dalam hutan . Dan kalau datang ke sini sekali pun .. pasti kerana disuruh oleh tuannya . Ya . Basilisk boleh dikira haiwan peliharaan . Ia hanya boleh dikawal menggunakan mantera sihir . Jadi siapa yg hantar ?
Basilisk itu mengaum dengan lantang sekali . Dia datang ke arah kami . Aku dan Mel segera berlari ke tempat yg agak selamat namun haiwan itu mengejar kami dari belakang . Damn .. pahal dia kejar duh ? Atau memang kitorang target dia ? Kami berlari lagi dan haiwan itu semakin menghampiri . Akhirnya kami masuk ke dalam hutan dan bersembunyi di belakang sebatang pokok yg berusia .
"Huh .. huh .. A-apa benda tu Max ? K-kenapa dia kejar ki ... "
Aku segera menekup mulut Mel apabila haiwan itu menghampiri kami . Aku membuat isyarat kepada Mel supaya diam . Haish .. sah , memang kitorang yg dia cari . Tapi kenapa ? Aku berdoa di dalam hati agar haiwan itu tidak menjumpai kami walaupun aku tahu peluang untuk terselamat sangat tipis kerana Basilisk mempunyai deria bau yg hebat . Dan nampaknya doaku tidak diperkenankan . Kepala Basilisk muncul di sebalik pokok yg kami duduki dan mengaum dgn kuat . Aku berundur ke belakang . Mel seperti biasa di sorok di belakangku . Pedang dikeluarkan sebagai langkah seterusnya . Basilisk tadi melangkah ke hadapan . Aku menghunuskan pedang ke hadapan juga . Tiada gerakan apa-apa daripada haiwan itu selama beberapa saat . Bila aku terleka sebentar , ia terus menyerang . Mujur aku sempat menangkis . Aku cuba panjat ke atas kepalanya dan mencucuk kepalanya dengan pedang berkali-kali . Basilisk mengaum kesakitan . Tak guna ! Pedang aku tak dapat menembusi kulitnya hingga ke tengkorak . Tebal gila kulit dia . Banyak lemak ke cana ?
Basilisk cuba melibas aku yg berada di atas kepalanya menggunakan ekornya yg panjang . Cis , sikit lagi nak mengena . Aku mencucuk pedangku lagi di tempat yg sama dengan harapan tusukanku semakin mendalam dan akhirnya dapat menembusi tengkoraknya namun gagal .
"Mel .. aku nak Great Axe !"
Mel mengangguk dan mula mencipta di tempat persembunyiannya . Aku cuba bertahan daripada terjatuh dari kepala Basilisk yg sedang mengoyang-goyangkan badannya supaya aku jatuh . Aku terhuyung-hayang di atas badan reptilia itu seperti sedang menunggang kerbau jantan . Hiyakk .. cowboy .
"Max !"
Mel menjerit seraya membalingkan kapak yg selesai diciptanya . Aku menangkap kapak itu dengan cekap dan tangkas . Wrong move .. I can die because of this axe . Aku duduk dan kedua-dua kaki aku kepitkan di salah satu duri besar yg terdapat di kepala reptilia itu untuk menahan aku daripada jatuh . Sebelah tangan memegang kapak manakala sebelah lagi memegang tongkat . Aku mengenakan sihir ke atas tongkat ini supaya ia menjadi besar dan ringan . Senang nak belah kepala dia ni .
"Getting bigger .. getting lighter .. with the spell make it real .."
Berjaya . Kapak itu membesar dua kali ganda . Aku segera mengimbangkan diri semasa berdiri . Haiwan ini masih bergoyang-goyang agar aku jatuh . Tapi nampaknya .. dia yg akan jatuh dulu . Aku segera menetak kepala reptilia itu di tempat yg aku cucuk tadi . Dan kepalanya terus terbelah dua . Tengkorak serta saraf-saraf pembuluh darah kelihatan di depan mata . Darah merah merecik terkena pokok-pokok di seliling kawasan . Akhirnya ia rebah ke bumi dan aku melompat turun dari kepala haiwan yg sudah terbelah itu . Sekelip mata ia menjadi debu . Namun sebelum ia terbang di tiup angin .. ia membentuk sebuah ayat .
"Better you stop ."
'Better you stop' ? Apa maksud dia ? Setelah beberapa saat ia hilang .
"Sapa yg hantar dia Max ?"
"Aku tak tahu ."
*
Aku dan Mel terpaksa tidur di dalam hutan . Takkan nak balik pekan . Pekan tu pun hampir hancur . Mel membina khemah untuk kami dan aku membuat unggun api . Dua buah ikan yg baru aku tangkap satu jam tadi aku cucuk dengan sebatang kayu dan membakarnya di dalam api . Lapar pulak lepas bertarung . Mel duduk di sebelahku . Ikannya aku beri pada dia . Masak sendiri .. haha . Mel menguap .. mengantuk lagaknya .
"Makanlah sikit dulu sebelum tidur . Esok pagi tak payah makan dah ."
"Ermm .. yelah."
Masing-masing mendiamkan diri .
"Max .. awak rasa Witch Meryn ke yg hantar Goxsell tadi ?"
Aku senyap . Aku pun tak tahu . Tapi memang tak mustahil dia yg hantar .
"Mungkin."
"Saya rasa dia dah tahulah yg kita nak pergi cari bahan posyen ni . Dia nak kita berhenti supaya rancangan dia tidak gagal . Sebab tu dia hantar makhluk untuk bunuh kita ."
Masuk akal jugak apa yg perempuan ni cakap . Apabila ikan tadi sudah siap dimasak , aku terus memakannya . Begitu juga dengan Mel . Selepas itu , kami masuk ke dalam khemah . Mel baring berbantalkan lengan aku manakala aku berbantalkan lengan aku yg sebelah lgi . Aku cuba memejamkan mata . Bunyi-bunyi cengkerik seakan menjadi bedtime song .
"Mel .."
"Hmm .. ?"
"Kalau betul apa yg kau cakap , kita kena berhati-hati dan kita dalam bahaya ."

YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
AdventureSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...