"Max .. penatlah ."
Mel duduk di tanah berumput . Haih .. baru sikit je ni . Aku pun penat juga sebenarnya tapi takda lah tunjuk . Hilang macho aku . Akhirnya aku mengambil keputusan untuk duduk sebentar . Tiba-tiba Mel merapati aku dan meletakkan kepalanya di ribaku .
"Tumpang baring eh ?"
Aku membiarkan sahaja Mel membuat begitu . Aku mengusap rambutnya yg berwarna putih . Haih , dia ni suka sangat buat rambut style pigtails . Geram pulak aku yg tengok . Rasa nak gigit-gigit ja . Sementara bermain-main dengan rambut Mel , aku cuba berhubung dengan ayahanda melalui telepati .
Hai Max .. penat ?
Tak guna , ayahanda perli . Mana ada penat . Mel yg penat . Tu yg rehat sekejap.
Hahahahahahahah ..
Sudahlah ayah . Jauh lagi ke tasik tu ? Dah hampir 4 jam kitorang berjalan-jalan dalam hutan ni . Tak jumpa pun . Goxsell jumpalah .
Dah nak sampai dah . Lebih kurang 3km lagi .
3km ? Jauhnya . Dalam juga hutan ni . Ayah .. bonda macam mana ?
Huh .. macam yg Witch Meryn harapkan lah . Tapi Medine sedang cuba untuk melambatkan proses penuaan .
Hmm .. okaylah ayah . Nanti kita berhubung lagi . Max nak berehat.
Serius ke nak berehat ? Ke nak buat apa-apa dengan Amelna ?
AYAH!!
Telepati diputuskan . Tak guna punya ayah . Aku mendengus geram . Mel yg sudah tertidur tadi terjaga semula akibat terganggu dengan dengusan aku yg sedikit kuat .
"Kenapa ?" Mel bertanya dalam keadaan yg mamai sambil mengosok-gosok matanya .
"Takda pape ." Haish , takkan lah aku nak bagi tau apa yg ayahanda cakap tadi . Mel memusingkan kepalanya menghadap mukaku .
"Jauh lagi ke ?"
"Tak . Sikit ja lagi ."
"Max .. macam mana nk dapatkan air mata duyung tu ? I mean takkan dia senang-senang nk bagi air mata dia ."
Pertanyaan Mel dibiar sepi . Sekali sekala kena pulau apa salahnya . Jujur , aku pun tak tahu . Medine tak cakap pula cara nk buat duyung tu menangis . Cari duyung tu dululah baru fikir . Gerr~ Gerr~ Aku terkejut sedikit ... okay . Aku tak pasti tu bunyi binatang buas or Darkness di sini .
"Max .. laparlah ." Mel bersuara . Lahh .. bunyi perut dia ke ?
"Kau kan inventor , takkan tak boleh ubah sesuatu menjadi makanan ?" Aku cuba mengujinya . Sebenarnya aku sudah pun membawa makanan . Saja nak tahu kehebatan dia .
"Makanan mana boleh ..." Mel membuat muncung . Eee .. rasa nak kiss ja . Comel . Aku ketawa melihat perlakuannya . Beg galas dibuka . Sekeping roti berinti blueberry dihulur dan Mel pantas mengambilnya .
"Makanlah.Habis makan kita sambung jalan ."
"Awak tak makan ?"
"Ladies first ." Mel mencebik lalu menyambung aktivitinya yg terhenti . Haih .. comelnya . Boleh jatuh cinta kalau terus macam ni . Aku pun mengambil sekeping roti dan makan di sebelah Mel . Udara di hutan yg segar sangat menenangkan .
*
"Mel , kita dah sampai ."
Sebuah tasik yg sangat jernih airnya kelihatan di hadapan kami . Di dalamnya terdapat anak-anak ikan yg sedang berenang-renang . Di sekeliling tasik itu ditumbuhi dengan bunga-bunga yg sungguh cantik . Tapi mana duyung Atlan tu ? Kelibatnya langsung tidak kelihatan . Aku cuba berhubung dengan ayah .
Dah jumpa ?
Ya.Max dah jumpa tasik tu . Tapi tak nampak pula duyung Atlan tu . Macam mana nak panggil ?
Cara nak panggil duyung tu dengan menyanyikan lagu Mermaids Come . Tapi kamu kena mainkan melodinya menggunakan Myhtril Harp .
Kalau nak buat dia menangis pula ?
Mainkan melodi Tears Of Mermaids .
Baiklah . Terima kasih ayah .
Hubungan diputuskan . Mana nak dapatkan Myhtril Harp ? Takkan nak suruh ayahanda teleport ? Makan masa sehari berjam-jam .
"Mel , kau boleh buat Myhtril Harp ?"
"Setakat Harp biasa bolehlah ."
"Bolehlah . Tolong buatkan ? "
Mel mengangguk . Beberapa ranting kayu dan akar pokok diambil . Dia membaca mantera dan cahaya putih bersinar di tangannya . Terciptalah sebuah harp . Mel menyerahkannya kepadaku . Aku cuba menukarkan harp ni menjadi Myhtril Harp menggunakan sihir .
"I make a spell to this harp .. hopefully it come into the Myhtril Harp .."
Berjaya . Harp yg biasa tadi sudah bertukar . Corak dan ukirannya berubah menjadi seni yg halus . Warnanya biru sejernih air di tasik ini . Sekarang , kena menyanyi . Haish .. suara aku tak merdu . Nanti duyung tu tak datang pula .
"Mel , kau tau lagu Mermaids Come ?" Mel mengangguk .
"Nah , nyanyi lagu tu untuk panggil duyung tu . Nanti kalau nak buat duyung tu menangis , mainkan melodi Tears of Mermaids ." Kataku sambil menyerahkan harp tadi kepada Mel . Pada mulanya dia agak terkejut tapi akhirnya dia menerima . Mel duduk di pinggir tasik . Kakinya di lunjurkan ke dalam tasik itu .
Mermaids come here ,
I'm calling you ,
Don't you want to see me ?
Mermaids come here ,
I'm sorry but I need your help,
Don't you want to help me ?
Mermaids come here ,
You such a good girl ,
Come to see us ,
I'll give you a gift as the change .Buih-buih mula timbul di permukaan tasik . Seekor duyung Atlan yg sangat cantik telah muncul . Ekornya berwarna kuning keemasan dan rambutnya yg keperangan panjang sehingga ke paras pinggang . Di kepalanya terdapat sebuah makhkota kecil .
"Ada apa wahai pasanga muda ?"
"Kami datang untuk meminta air mata kau . Bonda , Queen Lora sedang sakit ."
"Boleh . Tapi sebagai balasannya . Kau kena membantu aku mendapatkan sesuatu dulu ."
"Tolong apa ?"
"Carikan semula kura-kura emasku . Sudah tiga hari aku mencarinya tapi sehingga hari ini aku masih belum menjumpainya . Entah lari ke manalah dia tu ."
Cari kura-kura ja ? Senang saja tu . Aku mengangguk tanda setuju . Aku meletakkan pedang di atas tanah . Hanya tongkat magik yg aku bawa menyelam sekali . Sebelum menyelam , aku mengenakan sihir ke atas diriku sendiri supaya aku mampu bertahan lebih lama di dasar tasik . Mel tidak ikut menyelam , jadi aku menyuruh dia menjaga barang-barang dan jangan ke mana-mana . Aku terus terjun ke dalam sungai bersama duyung tadi hingga ke dasar laut . Aku cuba mencari kura-kura emas peliharaan duyung tadi . Setiap celah batu karang aku cari dengan teliti . Begitu juga di dalam timbunan rumpai .
Setelah hampir satu jam , aku mengalah . Aku nak tawar-menawar balasan yg di minta oleh duyung tadi . Kura-kuranya sudah hilang . Terimalah hakikat . Mintalah benda lain . Makanan ke ... aksesori ke .. Tiba-tiba aku menyedari yg duyung tadi telah meninggalkan aku sejak aku mula mencari . Mana dia pergi ? Aku berenang ke permukaan semula . Damn .. takkanlah dia ambil Amelna ?
YOU ARE READING
The Awaken Potion . [C]
AventuraSeseorang yg dia sayang telah termakan racun angkara seorang ahli sihir Camadian . Racun pertukaran keabadian . Dia cuma punya masa sebulan atau org yg dia sayangi itu mati . Prince Max Anderson bertekad untuk mencari bahan-bahan untuk membuat The A...