Aka Manto adalah kisah urban legend dari Jepun tentang roh yang berniat jahat menghantui tandas awam dan sekolah. Jika seseorang itu duduk di dalam tandas (biasanya di hujung cubicle), suara misteri akan meminta mereka jika mereka mahu kertas merah atau kertas biru.
Jika mereka menjawab kertas merah, badan mereka akan dihiris sehingga pakaian mereka berwarna merah akibat kesan darah. Jika mereka memilih kertas biru, mereka akan dicekik sehingga wajah mereka bertukar menjadi biru. Sebarang percubaan untuk memainkan Aka Manto dengan meminta warna yang berbeza akan menyebabkan mereka diheret kepada alam ghaib.
Jika mereka berkata kuning Aka Manto akan memasukkan kepala mereka di dalam lubang tandas tetapi nyawa mereka akan selamat. Jika mereka mengatakan tiada kertas, Aka Manto akan beredar.
YOU ARE READING
Smiley CreepyPasta | Malay
HorrorAMARAN!! ORANG YG LEMAH SEMANGAT ATAU MENGANDUNG DISARANKAN JGN BACA !! +baca citer ni malam2 amat digalakkan +Do not COPYRIGHT +RABU DAN AHAD AUTHOR PUBLIC HOLIDAY 🙆♡ +ACTIVE NOW 💙 UPDATE IN PROGRESS ( MONDAY, TUESDAY, THURSDAY, FRIDAY AND SATURD...