Tandas Berhantu Di Asrama
Hari ini Author nak kongsi sebuah kisah seram yang datangnya dari seorang pengirim yang hanya ingin dikenali bernama Zaidi. Peristiwa yang menyeramkan ini berlaku di sebuah asrama yang terletak di Pahang. Mari kita ikuti kisah beliau:
Saya sudah bekerja sebagai warden di asrama ini sejak tahun 2001. Keinginan saya untuk menjadi cikgu tidak kesampaian maklumlah semua cukup-cukup makan aja kat sekolah dulu. Maka saya pilih kerjaya warden ini agar saya dapat mendekati pelajar-pelajar dan membantu mereka apa yang saya mampu.
Selalunya yang bertugas pada waktu malam ada 3 orang. Kami bergilir-gilir memantau keadaan sekitar sekolah tersebut. Seperti biasa pada sekitar jam 2.00 pagi saya pergi memantau bilik-bilik asrama untuk memastikan keselamatan dan juga memastikan pelajar-pelajar semuanya sudah tidur.
Kecuali pada hari peperiksaan, lampu asrama selalunya akan dipadamkan pada jam 11 malam.Bangunan ini mempunyai 4 tingkat. Tingkat 1 dan 2 adalah bilik darjah dan bakinya adalah asrama.
Dengan berbekalkan lampu suluh saya menuju ke asrama. Malam itu cuaca agak panas dan berbahang. Keadaan di tingkat 1 dan 2 seperti biasa tiada apa-apa yang ganjil berlaku. Di tingkat 3 keadaan sunyi sepi, kadang-kadang terdengar suara dengkuran pelajar-pelajar.
Di bilik yang ke 3 saya terperasan di atas pintu bilik tersebut seolah-oleh seperti kelibat sesuatu yang bertenggek di atasnya. Tetapi bila saya pandang kembali kelibat tersebut hilang dari pandangan. Saya tidak endahkan dan teruskan perjalanan saya ke bilik sebelah.
Semasa saya ingin menaiki tangga ke tingkat 4, saya terdengar tapak kaki orang berlari turun dengan begitu pantas ke bawah. Saya pandang ke bawah tetapi tak nampak apa apa pun. Saya bergegas kebawah maklumlah kot kot ada pelajar yang melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Setibanya di lantai 1 saya tidak nampak sesiapa walaupun setelah saya puas mencari.
Sejurus selepas itu saya kembali naik ke atas. Semasa menaiki tangga saya dengar dua kali, ye dua kali tapak kaki berlari naik dan turun Saya cuba jenguk ke atas dan ke bawah tetapi tidak nampak sesiapa pun.
Pada setiap tingkat ada tandas yang terletak dihujung sekali. Lampu bilik air pada ketika itu menyala dan kedengaran paip air terbuka di dalam salah satu bilik mandi. Tertanya-tanya juga siapa yang mandi malam-malam gini.
“Hello! Ini encik Zaidi, siapa kat dalam tu? Hello! Jangan main-main eh” Tiada siapa yang menyahut dan bunyi air yang mengalir masih kedengaran.
“Siapa kat dalam ni? Jangan main-main eh! Cepat keluar!”
Tiba-tiba lampu tandas itu dipadamkan! Saya terkejut dan tergamam sebentar. Naluri pada ketika itu menyuruh saya meluru keluar dari tandas. Dalam perjalanan ke pintu keluar saya ternampak kelibat yang berlari di depan bilik tandas.
“Eh jangan main-main eh! Saya kalau tangkap awak teruk nanti.”
Terus terang saya tak tahu nak buat apa. Nak keluar takut nak tunggu kat dalam pun takut.
Beberapa saat kemudian dengan hati yang berbelah bagi pada ketika itu saya dengar bunyi paip air ditutup dan sayup-sayup terdengar suara orang menangis. Tanpa membuang masa saya nekad dan berlari keluar, turun tangga dan terus ke bilik warden.
Setelah saya kongsi pengalaman saya. Kawan-kawan terkejut dengan apa yang berlaku kerana asrama ini memang tidak pernah ada apa-apa gangguan yang berlaku sebelum ini.
YOU ARE READING
Smiley CreepyPasta | Malay
HorrorAMARAN!! ORANG YG LEMAH SEMANGAT ATAU MENGANDUNG DISARANKAN JGN BACA !! +baca citer ni malam2 amat digalakkan +Do not COPYRIGHT +RABU DAN AHAD AUTHOR PUBLIC HOLIDAY 🙆♡ +ACTIVE NOW 💙 UPDATE IN PROGRESS ( MONDAY, TUESDAY, THURSDAY, FRIDAY AND SATURD...