Pulau Anak Patung

4.2K 300 20
                                    

Dari jauh kelihatan sebuah pulau kecil yang mempamerkan suasana suram dan menyeramkan dengan ratusan anak patung sengaja dibiarkan tergantung pada pokok-pokok di pulau tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari jauh kelihatan sebuah pulau kecil yang mempamerkan suasana suram dan menyeramkan dengan ratusan anak patung sengaja dibiarkan tergantung pada pokok-pokok di pulau tersebut. Terletak di bahagian selatan Bandar Raya Mexico berhampiran dengan terusan Xichimico, pulau kecil itu yang dikenali sebagai Isla de las Munecas atau Pulau Patung telah menjadi tarikan pengunjung untuk mengalami sendiri suasana berada di pulau yang menyeramkan itu.

Menurut cerita penduduk tempatan, pulau itu telah ditemui oleh seorang lelaki bernama Julian Santana Barrera sebelum dia mengubah pulau tersebut menjadi Pulau Patung dengan alasan untuk menenangkan roh seorang kanak-kanak perempuan. Kisahnya bermula apabila Barrera menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mati lemas di perairan pulau tersebut kira-kira 50 tahun lalu. Beberapa hari kemudian, lelaki itu menemui sebuah anak patung tidak berapa jauh dari lokasi mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui dan percaya kemungkinan anak patung tersebut milik kanak-kanak malang itu.

Sejak daripada peristiwa itu, Barrera mendakwa seringkali terlihat kelibat roh kanak-kanak selain terdengar suara seperti orang yang kelemasan sedang meminta tolong.

Bagi menenangkan roh kanak-kanak itu yang dipercayai tidak tenteram, Barrera telah menggantung patung yang ditemuinya sebagai cara untuk menunjukkan rasa hormat dan simpati atas kematian kanak-kanak itu. Bagaimanapun, usaha tersebut gagal apabila roh kanak-kanak misteri itu terus menghantui hidupnya sebelum Barrera menghias pulaunya dengan ratusan anak patung yang digantung pada pokok-pokok untuk mententeramkan roh kanak-kanak tersebut.

Pada tahun 2001, lelaki tersebut telah ditemui mati secara misteri yang dipercayai kerana lemas di sekitar perairan yang sama mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui. Akhirnya, kisah misteri yang menghantui pulau itu tersebar luas sehingga menarik minat orang ramai untuk mengunjungi pulau tersebut dan merasai pengalaman berada di situ. Menurut pengalaman pengunjung yang pernah berada di Pulau Patung itu, suasana di pulau tersebut cukup menyeramkan, malah kelihatan suram dan gelap walaupun pada waktu tengah hari.

Patung-patung yang tergantung pada pokok menambahkan lagi suasana tidak menyenangkan apabila ada di antara patung tersebut tidak mempunyai tangan dan kepala selain mata anak patung yang dicungkil. Beberapa saksi mendakwa, mereka pernah terlihat kepala dan tangan anak patung yang digantung bergerak, malah turut mendengar anak patung tersebut berbisik antara satu sama lain. Persoalan tentang jumlah ratusan anak patung yang terdapat di pulau itu telah menimbulkan tanda tanya dari mana Barrera mendapat anak patung tersebut.

Seorang kenalan kepada lelaki itu yang enggan dikenali memberitahu, selepas Barrera sering diganggu roh kanak-kanak itu, dia kelihatan seperti dirasuk dengan terus mengumpul anak patung yang dibeli dan menggantungnya diseluruh pulau tersebut. Orang ramai mendakwa bahawa Barrera telah dirasuk oleh semangat atau roh jahat yang ada di pulau tersebut dan membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik di Pulau Patung itu.

Sejak kematian Barrera, Pulau Patung menjadi terkenal dan telah dikomersialkan sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan menarik di Mexico pada hari ini.

Smiley CreepyPasta | MalayWhere stories live. Discover now