Rumah Sewa

1.8K 107 4
                                    

Selalunya bila saya beritahu yang saya menyewa sebuah rumah ramai yang pelik. Maklumlah Singapura ni kan kecik je. Kenapa sampai nak sewa menyewa pulak. Sebenarnya saya dulu tak sewa pun rumah tapi kerana banyak kelas saya jam 8-9 pagi dan rumah pulak agak jauh jadi saya banyak kali ponteng kelas kerana lambat bangun dan sebagainya. Akhirnya saya buat keputusan untuk sewa sebuah rumah dengan beberapa pelajar luar negara yang lain.

Ada 3 orang dalam rumah ini termasuk saya. Setiap seorang sebilik. Antara benda yang menarik tentang rumah ini ialah kalau berjalan kaki dalam 5-10 dah sampai ke universiti. Harga pun berpatutan.

Memandangkan saya orang Singapore maka saya lah yang banyak berinteraksi dengan ajen rumah. Kawan-kawan lain selalunya setuju semua yang telah dibincangkan antara saya dan ajen. Alhamdulilah kami dapat menyewa sebuah rumah 5 bilik dengan harga $1500 sebulan. Agak murah kalau nak dibandingkan dengan market rate. Master bedroom dikunci dan kami gunakan bilik-bilik yang lain.

Pada hari kami berpindah kami dapati rumah itu kosong, tiada perabot, tiada tv. Yang ada hanyalah katil setiap seorang, kipas dan almari kain. Tiada apa-apa yang istimewa di rumah itu. Kami dibenarkan memasak tetapi seingat saya tidak pernah kami masak pun.

Hari pertama tiada apa-apa kejadian yang pelik berlaku mungkin kerana terlalu penat mengangkat barang-barang kami semua tidur awal pada malam pertama. Rutin harian kami ialah kuliah di pagi sampai tengah hari dan kadang-kadang hingga ke petang. Ada yang balik awal ada pula yang merayap selepas itu.

Pada hari kelima kami berpindah iaitu pada hari Khamis kedua-dua kawan saya telah mengambil keputusan untuk belajar di kampus kerana mereka akan menghadapi kuiz pada keesokkan harinya. Saya pula pergi ke shopping mall berdekatan untuk makan malam dan jalan-jalan.

Sekitar jam 8.30 malam saya sampai ke rumah. Saya dapati kawan-kawan serumah masih belum pulang. Telefeon bimbit saya berdering sebaik sahaja saya melangkah kaki ke dalam rumah. Seperti biasa ibu menelefon untuk tanya hal ehwal saya pada malam tersebut.

Semasa berbual dengan ibu saya dapati keadaan di rumah agak dingin walaupun sebenarnya Singapura sedang dilanda musim panas yang agak kronik pada ketika itu. Seingat saya hampir sebulan tidak hujan pada ketika itu.

Sambil sibuk melayan ibu yang bertanyakan tentang itu ini tiba-tiba kedengaran bunyi barang jatuh di dapur.

“Razif, bunyi apa tu?” Tanya ibu saya.

“Tak ada apa-apa bu. Barang jatuh je kat dapur tu.”

Saya menuju ke bilik saya dan menamatkan perbualan saya dengan ibu. Saya capai tuala dan terus menuju ke tandas yang berada di dapur. Saya buka lampu dapur dan cuba lihat barang apa yang jatuh tadi. Peliknya tiada suatu pun barang yang jatuh. Nampaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Saya terus ke tandas, tutup dan mengunci pintu. Tiba-tiba saya terdengar sekali lagi bunyi barang yang jatuh. Kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Saya buka pintu tandas dan saya dapati lampu di dapur sudah dipadamkan. Saya buka lampu kembali dan cuba cari apa yang jatuh.

Sedang saya cuba mencari barang apakah yang jatuh saya dikejutkan dengan bunyi pintu diketuk.

Tok… Tok.. Tok… Tok… Tok… Tok…

Tok… Tok.. Tok… Tok… Tok… Tok…

Rupa-rupanya salah seorang kawan bilik saya pulang ke rumah tetapi beliau tertinggal kunci di dalam biliknya. Saya bukakan pintu untuknya dan sekali lagi bunyi barang jatuh. Kami dua-dua terkejut dan kawan saya yang berasal dari India yang bernama Ravi mengatakan:

“Bro, who is that in the kitchen?” 

Saya menoleh ke arah dapur dan terus terdiam. Di dapur rumah kami kelihatan seorang wanita memakai pakaian gaun biru sedang duduk di meja makan.

“Wah bro, you bring chick into our house ah? You so daring man. Hahahaha.”

Saya masih lagi terkaku dan bertanya-tanya di dalam hati. Siapa eh perempuan ini? Bila masa di masuk rumah ni. Kata-kata kawan saya tadi tidak saya endahkan.

“Razif, you don’t want to introduce her to me ah? She is a student from our uni is it?”

Saya berbisik ke telinga dia sambil berkata:

“I don’t know who is she, I was alone when I came home. I am shocked to see a woman in our house.”

Beliau menambah:

“Bro if you want to have scandal ah just tell me and David. We can go home later ah bro hahahaha.”

Saya tarik tangan beliau dengan muka yang serius sambil berkata:

‘Ravi, I’m serious, I don’t know who she is.”

Raut wajah Ravi mula berubah. Beliau mula memahami apa yang berlaku pada saat itu. Saya menarik tangan beliau masuk ke dalam bilik saya. Di dalam bilik saya terangkan kesemuanya kepadanya. Kami buat keputusan untuk tidur sebilik pada malam tersebut.

Keesokkan paginya kami tanya kepada David sama ada beliau ada melihat sesuatu yang ganjil semasa beliau pulang ke rumah semalam. Beliau kata tiada apa-apa yang ganjil tetapi memarahi kami kerana tidak menutup lampu tandas dan dapur.

Penampakkan wanita berbaju biru ini semakin menjadi-jadi semenjak malam tersebut. David sendiri pernah menceritakan semasa beliau pulang ke rumah pada waktu Maghrib, beliau dapati ada seorang wanita sedang berdiri betul-betul disebelah pintu masuk rumah. Kejadian itu membuatkan beliau terpekik dan lari lintang pukang ke bawah blok.

Antara kejadian yang menyeramkan ialah apabila saya tersedar pada waktu malam dan dapati wanita berbaju biru itu sedang memerhatikan saya dari hujung katil. Saya hanya boleh tutup mata dan membaca surah-surah yang saya hafal. Akibat kepenatan saya tertidur.

Kawan-kawan serumah saya juga diganggu dengan teruk. Banyak lagi gangguan yang kami hadapi dan tak cukup untuk saya kongsikan semuanya. Semasa saya menulis kisah ini kami masih lagi menetap di rumah yang sama tapi sekarang kami tidur sebilik dan dalam proses mencari rumah yang baru.

Smiley CreepyPasta | MalayWhere stories live. Discover now