Tragedi Hari Jadi Chuckie

3.5K 237 50
                                    


“Hidup ini umpama picagari depan mata. Nikmatilah pemandangan dunia sebelum dicucuk jarum kotor masuk ke dalam mata sendiri.” –Ema Mahmud-

Bunyi deringan alarm Iphone memecahkan mimpi indah jejaka itu. Ditambah lagi cahaya pagi di celah-celah tirai langsir bilik memedihkan lagi pemandangannya. Sebelah tangannya meraba-raba mencari Iphone sebelum menutup semula bunyi alarm yang sudah cukup membuat gegendang telinganya panas mendengar.

Sekejap sahaja matanya yang layu kembali segar 80 peratus selepas melihat skrin Iphone menamparkan ribuan notifikasi di Instagram, Twitter dan WhatsAap miliknya. Terus jejaka itu menggosok-gosok mukanya sebelum memeriksa segala notifikasi yang belum dibaca. Shakir nama diberi. Dia bukanlah seorang artis ataupun anak Dato mahupun anak CEO seperti dalam drama Melayu petang. Dia hanyalah jejaka biasa terkenal meletakkan Chuckie sebagai nama glamornya dan memiliki puluhan ribu pengikut di Instagram dan Twitter. Rata-rata adalah perempuan kerana dia memiliki rupa paras yang cukup menarik perhatian mereka. Dia bukannya seorang yang mudah perasan dengan wajah kacak tapi itulah kenyataan harus dia telan sepahit-pahitnya. Lah sangat.

Sedang Chuckie membelek-belek segala mesej dari peminat,

KNOCK! KNOCK! KNOCK!

“Woi Chuckie! Bukak pintu!”

“Jap!” Terus Chuckie bangun dari katil dan menyarungkan t-shirt putih sebelum keluar dari bilik. Sebenarnya dia bukanlah rajin kalau disuruh buka pintu sewaktu bangun dari tidur tapi memandangkan hari ini adalah hari istimewa dalam hidupnya, dia jadi bersemangat.

Kakinya melangkah laju keluar dari bilik. Pergerakannya makin laju apabila kedengaran pintu utama makin kuat diketuk. Hatinya menyimpan perasaan geram yang amat kerana hanya bunyi ketukan dia merasakan si tetamu seolah tidak sabar disambut tuan rumah.

Tombol pintu dipulas laju. Muncul sosok tubuh seorang jejaka sebaya, lebih tepat rakan baiknya Zul sedang berdiri dengan penampilan segak tuxedo lengkap. Chuckie mula berasa hairan.

“Weh, pehal?”

Zul agak sedikit kaget dengan pertanyaan Chuckie.

“Pehal kau kata? Kau tu dah bersiap belum? Member dah lama tunggu kau!”

“Hah? Tunggu aku? Maksud kau?” Chuckie semakin hairan.

“Aik, aku ada mesej kau malam ni ada parti Halloween kat rumah Randy. Kau baca tak?”

“Owh, sorry, sorry. Aku lom baca mesej kau. Phone aku bertimbum mesej fans aku. Maklumlah hari ni-“

“Weh, pehal rumah kau gelap sangat ni?! Kau tak bukak lampu?”

“Huh?” lantas Chuckie mengalihkan pandangannya ke belakang. Dia seolah dapat merasa saluran pembuluh darah mengalir dengan laju hingga ke jantung dalam sekelip mata tatkala melihat keadaan dalam rumahnya menjadi gelap gelita.

“Ta... tapi... kan pagi-“ Dia seperti tidak mampu meneruskan kata-katanya dek lidahnya kelu saat dia mengalihkan semula pandangannya ke depan. Terkejut. Sungguh, dia betul-betul terkejut. Padahal baru sebentar tadi keadaan dalam rumah agak cerah. Dia masih ingat lagi dia sempat mengerling jam Iphone yang dia bangun tepat pukul 10 pagi sewaktu dia menutup alarm. Melihat langit di luar rumah depan mata sekarang sudah gelap.

“Chuckie?” tegur Zul.

“Zul, kol berapa jam sekarang?”

Zul melirik jam tangan, “Pukul 8.20 malam. Kenapa?”

Chuckie membeliakkan matanya. Mustahil. Ini mustahil! Terus dia memeriksa jam Iphone di gengaman sejak tadi. Ya, sekarang skrin jam menunjukkan pukul 8.21 malam.

Smiley CreepyPasta | MalayWhere stories live. Discover now