Ini adalah urban legend yang berasal dari Jepun. Urban legend ini dikatakan kisah benar yang terjadi di Bandar Ueda, Nagano, Japan.
#urbanlegend Terjatuh
Ada satu tandas di syarikat kami ini agak aneh. Ramai yang selalu tersadung sesuatu dan terjatuh. Tapi tiada sebarang objek yang menyebabkan mereka tersadung jatuh.
Semalam kawan saya Yuki berada di tandas itu. Apabila dia keluar, dia tersadung sesuatu dan jatuh ke atas lantai hingga melukakan lututnya. Kami bawa dia ke bilik rehat dan sapukan ubat di lututnya.
"Awak ok tak?" saya bertanya.
"Emm ok la. Sakit sikit je." Yuki menjawab.
"Awak ni cuailah. Haha." Ketawa Sakura, salah seorang kawan pejabat kami.
"Eh tak la." Yuki mencelah. "Sato-san dari sales department pun terjatuh juga kat tandas ni minggu lepas. Minggu sebelum tu juga Honda-san pun terjatuh."
"Tapi walaupun awak dah tau, awak masih boleh jatuh?" Jawab Sakura. "Awak ni memang kelam kabutlah. Awak kena berhati-hati selepas ini."
Saya tidak berkata apa-apa. Saya tidak mahu beritahu kepada sesiapa mengapa mereka boleh terjatuh.
Beberapa hari kemudian, Sakura terjatuh di tandas ini. Dia kata seperti tersadung sesuatu walaupun tiada apa sebarang objek di bawah lantai.
"Hah siapa yang kelam kabut sekarang?" ejek Yuki kepada Sakura.
"Eh tak lah." Sakura mengadu. "Awak ingat tak masa awak jatuh haritu, awak ada rasa terlanggar sesuatu tak?"
"Apa maksud awak?" Tanya Yuki.
"Saya rasa seperti terlanggar sesuatu, tapi tiada apa-apa pula di lantai ni. Em tak tahu lah. Imaginasi saya agaknya." Kata Sakura.
"Midori, awak pun kena hati-hati, jangan terjatuh macam kami pula. Nanti pelik pula bila kita bertiga berbalut kaki sama-sama." Kata Yuki kepada saya.
Saya hanya mengangguk sambil ketawa kecil. Tapi saya tahu yang saya tidak akan jatuh seperti mereka. Ini kerana di dalam tandas ini hanya saya sahaja yang boleh nampak dia...
Iaitu mayat perempuan yang terbaring di lantai ini... yang menyebabkan mereka semua terjatuh.
YOU ARE READING
Smiley CreepyPasta | Malay
HorrorAMARAN!! ORANG YG LEMAH SEMANGAT ATAU MENGANDUNG DISARANKAN JGN BACA !! +baca citer ni malam2 amat digalakkan +Do not COPYRIGHT +RABU DAN AHAD AUTHOR PUBLIC HOLIDAY 🙆♡ +ACTIVE NOW 💙 UPDATE IN PROGRESS ( MONDAY, TUESDAY, THURSDAY, FRIDAY AND SATURD...