Misteri Patung Okiku
Patung Okiku adalah antara patung yang paling misteri di
dunia kerana rambutnya yang kerap memanjang.
Walaupun agak mistik dan misteri, namun patung Okiku tidak
begitu 'kejam' jika dibandingkan seperti patung Annabelle dan
Robert si Patung ....tapi sebenarnya, memang tidak kejam
pun.......buat masa ini.Walaupun tidak pernah menyerang sesiapa, misteri patung
Okiku telah memberi banyak tanda tanya dan persoalan
kerana patung ini seperti 'hidup' atau 'bernyawa'.Mari kita baca sejarah atau kisah sebenar patung Okiku....
Patung Okiku adalah sebuah patung berukuran 40cm yang
dipakaikan Kimono. Patung tersebut dinamakan "Okiku"
sempena nama seorang kanak-kanak perempuan yang
bernama "Okiku".Patung Okiku pada mulanya dibeli pada tahun 1918 oleh
seorang lelaki berusia 17 tahun (ketika itu) yang bernama
Eikichi Suzuki.Patung Okiku dibeli olehnya di sebuah kedai yang dipanggil,
Tanuki-koji, antara kedai yang terkenal di Sapporo - ketika
Eikichi melawat Sapporo untuk pameran marin.Eikichi membeli patung itu untuk adik perempuannya yang
berusia dua tahun (ketika itu) yang bernama Okiku. Sudah
tentu, Okiku suka dan sayang patung tersebut dan bermain
dengannya setiap hari.Namun, Okiku telah jatuh sakit pada tahun kemudiannya dan
meninggal dunia. Patung Okiku pula diletakkan di sebuah
'altar' di mana keluarga Suzuki bersembahyang padanya.
Suatu hari, keluarga Suzuki mendapati patung Okiku seperti
hidup apabila rambut patung tersebut semakin bertambah
panjang. Mereka menganggap roh Okiku telah berada di
patung itu membuatkannya seperti bernyawa.Pada tahun 1938, keluarga Suzuki berpindah ke Sakhalin
manakala patung Okiku disimpan di kuil Mannenji di pekan
Iwamizawa, Hokkaido. Di sanalah patung Okiku berada
sehingga ke hari ini.Rambut patung Okiku pula masih memanjang sehingga sami-
sami di kuil itu terpaksa memotongnya. Misteri patung Okiku
pula masih belum diketahui tetapi sebuah kajian saintifik
yang pernah dilakukan terhadap rambut patung Okiku dahulu
menyatakan rambut patung Okiku itu mirip dengan rambut
kanak-kanak kecil.
YOU ARE READING
Smiley CreepyPasta | Malay
HorrorAMARAN!! ORANG YG LEMAH SEMANGAT ATAU MENGANDUNG DISARANKAN JGN BACA !! +baca citer ni malam2 amat digalakkan +Do not COPYRIGHT +RABU DAN AHAD AUTHOR PUBLIC HOLIDAY 🙆♡ +ACTIVE NOW 💙 UPDATE IN PROGRESS ( MONDAY, TUESDAY, THURSDAY, FRIDAY AND SATURD...