Makhluk Merangkak Di Ruang Tamu

1.6K 127 2
                                    


Hari ini Author nak kongsi kisah yang seram. Sorry au readers sebab pendek cite ni dh lama so x ingat sangat bila storyback en.

Cerita ini berlaku ketika abang saya berumur 15 tahun. Pada malam tersebut hujan turun dengan agak lebat. Kesejukkan malam membuat beliau tersedar dari tidur kira-kira pada pukul 3.00 pagi.  Abang keluar dari bilik dan menuju ke tandas. Semasa dalam perjalanan ke tandas beliau ternampak ibu yang duduk seperti sedang melipat baju.

Semasa dalam perjalanan ke tandas, beliau perasan bahawa ibu tidak mengikat rambutnya dan memakai baju yang agak pelik. Tetapi kerana abang tak tahan ingin ke tandas, beliau jalan tanpa menghiraukan semua itu.

Sejurus selepas habis menunaikan hajat, abang ingin kembali ke bilik untuk sambung tidur, dia nampak ibu masih lagi ditempat yang sama dan seolah-olah tidak bergerak. Abang tercegat di ruang tamu sambil memerhatikan ibu.

Setelah beberapa saat abang mula memanggil: “ibu, ibu, ibu buat apa tu? Kenapa ibu tak tidur lagi?” Makhluk yang disangkakan ibu itu mula mengeluarkan suara yang menyeramkan. Abang memberitahu yang beliau tidak dapat bergerak, terkaku di tempat

Makhluk itu perlahan-lahan memusingkan kepalanya ke arah abang sambil mengeluarkan suara yang menyeramkan. Makhluk yang tidak berwajah itu mula merangkak ke arah abang. Abang menceritakan yang beliau ingin pekik meminta tolong tetapi tidak boleh mengeluarkan suara. Abang hanya terkaku dan makhluk itu semakin menghampirinya.

Pada waktu pagi, Ibu yang seperti biasa bangun pada jam 5 pagi untuk siapkan sarapan nampak abang pengsan di ruang tamu. Setelah dikejutkan beliau terpekik terlolong sambil menggigil.

Smiley CreepyPasta | MalayWhere stories live. Discover now