Diganggu Lembaga xberkepala

3.1K 155 2
                                    

Di sebabkan jarak tempat keja saya jauh dari rumah. saya terpaksa menyewa di kawasan berhampiran tempat keja. 3 hari sudah saya menetap di kawasan flat tempat kediaman baru saya. mlm itu saya merasa ada sesuatu tak kena. tidur saya pun tak lena. dengan mata yang terlalu mengantuk sangat saya pun tertidur. seperti biasa saya sentiasa tutup lampu ketika tidur. tak berapa lama selepas itu, saya merasa di kejut seseorang. bila saya terbangun saya terasa badan tak boleh bergerak. saya melihat di atas siling ada sesuatu benda terbang berligar ligar di siling berpusing pusing di udara. sangka saya burung yang tersesat. tp pintu dan tingkap sudah saya tutup rapat. dengan cahaya samar dari luar tingkap saya melihat betul2 apa benda yang terbang itu.. bila benda itu berpaling melihat saya. YA ALLAH!!!! kepala org rupanya.. saya terus mengelabah ketakutan saya cuba hendak melepaskan diri tapi badan saya terasa kena ikat tak boleh bergerak ke kiri ke kanan. bila saya berpaling ke kanan sisi katil. saya melihat pula satu mahluk rupa seperti budak kecil melompat lompat atas katil betul2 sebelah kepala saya tidur. saya melihat dengan jelas tubuh dia bewarna hijau gelap telingga panjang bila dia memandang saya mahluk itu menyeringai nampak gigi dia tajam seperti ikan. saya tak putus2 membaca ayat kursi sehingga tujuh kali saya membaca baru saya melihat toyol dan jelmaan kepala itu keluar lari dari tingkap. walaupun tingkap sudah tertutup. saya terbangun termengah mengah sepanjang pagi saya tak brani hendak tidur lagi. pagi tu saya dapat merasa setan itu akan menganggu saya lagi. saya pun mencari batang kayu yang berduri dan di baca ayat kursi saya letak di tingkap dan pintu hadapan. sebab benda yang menganggu saya adalah penanggal memang takut pada benda yang berduri bila di baca lagi dgn ayat suci kepada kayu itu. sama juga dengan puntianak dan pelesit memang akan terluka dan tersangkut pada batang yang berduri itu. mlm itu saya tidur walaupun asyik tersedar saya dpt merasa yang penanggal itu berligar ligar di luar rumah dan tingkap tak dapat masuk sebab saya sudah letak batang kayu yang berduri. dan saya sudah membaca ayat suci dan meniup di empat penjuru rumah sebagai pendinding. setiap mlm juga saya sering mendengar bunyi budak bermain guli di luar rumah kadang bunyi guli itu beralih di tempat lain pula gangguan mula selepas jam 12 mlm sampailah ke pagi saya mendengar bunyi guli. kadang byak bunyi guli bayangkan bunyi guli seperti di letak dlm satu bekas besar selepas itu di selerak di atas lantai memang bising sampai sukar saya hendak tidur mlm. beberapa mlm selepas itu saya lewat balik sebab keluar dgn member balik pun jam 10 mlm. saya melihat rumah jiran sebelah saya ramai org, jiran saya ni bkn bragama islam. entah apa dia org buat seperti ada org bertandang ke rumah dia org. selalu juga saya melihat rumah jiran saya ni org datang. kadang bau kayu gharu bila saya melimpas di hadapan rumah dia. anak jiran saya itu menegur saya baru balik ke.?? saya senyum dan cakap ye baru balik kluar dgn kwn tadi. mlm itu tidur saya tersentak.. saya dpt mendengar bunyi seolah org memecah tembok. di hadapan pintu. dumm.. dumm.. dummmm.!!! sejurus itu saya merasa kawasan bilik saya berkabus gelap. saya melihat satu lembaga tanpa kepala berjalan terhuyung hayang ke arah saya dengan laju. saya tak sempat bangun lembaga itu terus mencekik saya. dlm saya bergelut dengan lembaga itu saya mendengar seperti nafas kerbau mendengus. saya terpandang melihat baju dia seperti sister di gereja. saya membaca beberapa potong ayat suci walaupun sukar saya gagahi juga. saya hentam lembaga itu dengan ayat kursi. saya mula takut tiba2 saya menjadi berani gara tiap mlm gangguan setan ni membuat saya jadi naik angin. saya tepis tangan lembaga itu. "kepala kau tak dpt masok badan kau pula sekarang nak cari hal dengan aku." rupanya kau ni dahulu asal seorang yang baik tp sayang kau di puja oleh manusia syaitan gila ilmu menjadikan kau hamba kepada mareka" marah saya kepada lembaga itu. dia seolah takut bila saya tahu asal usul dia. saya meniup beberapa kali lembaga itu dengan ayat suci sampai dia berpatah balik ke belakang dan hilang. saya sudah hilang sabar sebab sering di ganggu. nak di kejar mana dpt di kejar seperti kita mengejar org biasa. saat ni saya tumpu perhatian mencari dia secara ghaib bila dah nampak dia di luar rumah. nah ambik kau!! penumbuk angin dari aku belajar dengan panglima berantai. saya memberi amaran kepada lembaga itu. kau ganggu aku lagi siap kau. aku curi kepala kau pisahkan kepala kau dari badan. ingat aku tak reti buat.!! . saya lihat toyol bersembunyi di sebalik pintu. bila dia sedar di pandang saya cepat2 dia lari mcm budak. pagi itu saya cuti semasa saya sidai baju di luar bertembung dengan anak jiran sebelah. dia menegur saya. kakak org baru ye sini. ye.. jwap saya sambil senyum sampai ke telingga tapi hati gelisah tak boleh tidur mlm. kami pun berkenalan masing2 tanya asal duk mana nama siapa. saya tanya lah dia benda yang sering ganggu saya, sini berpuaka ke maklum lah saya org baru tak tahu menahu hal sini. dia tersenyum. itu kawan bapa saya. bapa saya dukun di sini dia bela toyol dan penanggal. ehhh!!! saya terdiam sebab terkejut. rupa2 nya selama ni belaan bapa dia ganggu saya. bapa saya tahu kakak ni bkn org sebarang sebab itu kawan bapa saya datang jengguk kakak nak gurau. bisik hati saya. ( kepala hotak hang gurau. tu setan mencari masalah dengan aku) bapa saya pesan jangan bunuh toyol itu dia budak2 kesian dia. tanya perempuan itu lagi. rupanya dia org tahu belaan bapa dia ganggu saya. saya senyum je dan meminta untuk masok ke dalam rumah. selepas semuanya sudah terjawap saya berhati hati2 mulai hari itu. sebab org sebelah saya ni belaan dia bukan2 mesti ilmu pun bukan2. walaupun saya ni jenis mlas nak peduli tentang ilmu ghaib yang ada pada saya dari arwah nenek saya. memang saya ambik tak endah saja. bila masalah datang akhirnya terpaksa juga saya menguatkan apa yang ada pada saya dan bersiap sedia dengan apa yang menganggu. beberapa hari selepas itu tiada lagi gangguan kepada saya. cuma saya sering terdengar bunyi guli bila detik jam 12 mlm. suatu hari ketika saya hendak masuk mandi saya ternampak belalang padi yang besar bewarna coklat hinggap di atas dinding. mana pula dtg belalang ni bisik hati saya. saya merenung tajam ke arah belalang itu saya seolah dapat mengagak ada sesuatu yang akan terjadi. siapa hantar kau!! buat apa kau sini.??? saya dah dpt tahu belalang itu adalah jelmaan di hantar seseorang. "aku di hantar tuan aku. untuk pergi ke jiran bersebelah kau ni." pergi kau setan.!! kalau kau dtg lagi aku bunuh kau. belalang itu seolah faham dan terus hilang. keesokan hari saya melihat jiran sebelah saya ni org melayu juga jatuh sakit tak boleh berjalan. saya hanya bergeleng kepala. kenapa lah sesama jiran hendak bermain ilmu hitam pula. saya hanya mampu melihat sahaja hendak membantu pun susah sebab jiran sama2. kebetulan saya lalu di hadapan pakcik itu saya pun bertanya. melihat dia terhencot hencot lalu keluar. kenapa ni kaki pakcik?? saya sengaja bertanya. entah lah nak. tiba2 sahaja bisa kaki pakcik ni badan semua sakit ni terasa kena cucuk badan pakcik. bila kena ni.? jawap saya. baru semalam nak. beberapa hari selepas itu saya melihat pakcik itu semakin teruk. saya dtg kepada dia. pakcik sudah pergi hospital?? sudah nak.. tapi doktor ckap semua sihat tak ada masalah. hairan pula pakcik. jawap pakcik itu sambil mengeleng kepala. sabar lah pakcik. macam ni saja. pakcik balik lah ke kpg pakcik. org terdekat di kpg pakcik byak yang ada ilmu pandai ubtkan. baik pakcik pergi segera... pakcik itu semacam hairan mcm mana saya tahu ada seseorang di kpg dia pandai ubtkan. memang saudara pakcik sendiri pandai ubatkan di kpg tapi pakcik tak ada masa hendak balik kpg dahulu. mana anak tahu??? saya hanya tersenyum. teka je pakcik.. sbln selepas itu saya jumpa pakcik lagi. dia sudah pulih seperti biasa. beberapa bulan selepas itu. dukun sebelah saya ni pun sudah berpindah jauh. gara anak dia berkerja di luar negara. selepas mareka berpindah tiada lagi gangguan bunyi guli pun sudah tiada lagi.

Smiley CreepyPasta | MalayWhere stories live. Discover now