Cerita Sebenar Disebalik The Conjuring 2

5.4K 300 30
                                    

Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman,Anneliese Michel menjalani kehidupan normalsama seperti gadis seusianya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman,
Anneliese Michel menjalani kehidupan normal
sama seperti gadis seusianya.
Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel
ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang
kuat.
Gadis ini dikenali sebagai seorang yang periang
dan disukai ramai. Namun, itu semua sebelum
Anneliese ditimpa penyakit misteri yang
bermula pada tahun 1968.
Pada mulanya, doktor mengatakan gadis ini
sekadar menghidap penyakit batuk kering. Dia
diberikan rawatan di Hospital Mittelberg,
Jerman. Setelah sembuh, Anneliese dibenarkan
pulang semula ke rumah.
Seperti biasa, Anneliese memulakan
persekolahan di sekolah menengah
Aschefenburg. Semuanya bermula dengan lancar
sehinggalah Anneliese tiba-tiba diserang
penyakit misteri. Anneliese menghadapi
kesukaran untuk bertutur.
Dia juga sukar berjalan dan sering berpaut pada
meja, kerusi atau apa-apa sahaja yang berada
dalam capaiannya untuk berdiri.
Pada tahun 1973, Anneliese mula ditimpa
kemurungan yang serius. Perubahannya
mendadak dan disedari oleh orang-orang
disekelilignya.
Keadaan itu berlanjutan agak lama sehinggalah
dia mengadu melihat bayangan misteri yang
menyeramkan dan sering menghantui dirinya.
Anneliese sering menggambarkan bahawa dia
melihat raut misteri wajah syaitan pada dinding
rumahnya. Anneliese menyatakan bahawa
syaitan itu mempunyai tujuh tanduk dan
mahkota.
Bukan itu saja, ahli keluarga juga pernah
beberapa kali melihat Anneliese dalam keadaan
tercampak, seperti dibaling ke tanah.
Yang misterinya, tidak kelihatan sesiapa pun
yang memperlakukan gadis itu sedemikian rupa.
Pernah suatu hari, sewaktu mereka sekeluarga
sedang menikmati makan malam, kedua-dua
tangan Anneliese secara misteri membengkak
secara mendadak sebelum dia terlambung ke
belakang daripada kerusi yang didudukinya.
Gadis itu hanya mampu menjerit meminta
pertolongan.
Josef dan Anna tahu ada benda misteri berlaku
dan menggangu Anneliese. Apatah lagi keadaan
gadis itu semakin buruk setiap hari. Dia mula
mengamuk dan melakukan perkara pelik dan
misteri termasuklah menjilat air kencingnya
sendiri.
Anneliese memakan lalat, labah-labah dan juga
pernah menelan kepala burung yang sudah mati.
Pada ketika yang lain, gadis itu akan merangkak
masuk ke bawah meja dan menyalak seperti
anjing selama dua hari.
Menjerit dan mengoyakkan bajunya sudah
menjadi aktiviti misteri yang dilakukannya
setiap hari.
Tidak sanggup melihat anak gadis mereka
terseksa, pasangan suami isteri itu bertindak
menghubungi paderi, dengan harapan paderi
akan menggunakan cara alternatif untuk
memulihkan keadaan misteri yang dialami
Anneliese.
Sebelum bersetuju memberikan khidmat
exorcism kepada Anneliese, Paderi Arnold
pernah membawa gadis itu bertemu ramai
doktor untuk merawat penyakit misteri itu
namun buntu.
Menurut doktor, Anneliese menghidap sejenis
sawan dan hanya diberikan pil bagi membantu
menenangkan dirinya.
Dua orang paderi yang mulanya tidak percaya
Anneliese dirasuk terdiam apabila mereka
menyaksikan sendiri bagaimana gadis itu
dilambung dan dihempas secara misteri ke lantai
tanpa ada sesiapa yang mengangkat atau
mencampakkannya.
Melihatkan keadaan misteri yang mengganggu
gadis itu, pada tahun 1975, ketua paderi
dikawasan tersebut telah memberi kebenaran
kepada Paderi Arnold Renz dan Paderi Ernst Alt
untuk menjalankan ritual exorcism (pengusiran
syaitan) terhadap Anneliese.
Rawatan berlangsung selama 10 bulan untuk
merawat penyakit misteri tersebut. Dalam
tempoh itu, sebanyak 67 kali ritual tersebut
dijalankan.
Setiap minggu, beberapa kali gadis itu menjalani
kaedah spiritual yang menyeksakan. Kesemua
ritual untuk menghalau gangguan misteri itu
turut dirakamkan dalam bentuk audio.
Anneliese turut menghadapi kecederaan lutut
yang serius sepanjang menjalani proses
exorcism. Gadis ini perlu melutut lebih daripada
600 kali setiap kali ritual yang memakan masa
berjam-jam lamanya.
Hasil daripada ritual untuk menghalau gangguan
misteri tersebut, kedua-dua paderi mendakwa
dapat mengesan enam jenis syaitan yang telah
merasuk Anneliese iaitu Judas, Lucifer, Hitler,
Nero, Fallen Priest dan Cain.
Sekalipun telah berpuluh-puluh ritual dijalankan
untuk menghalau syaitan misteri yang dikatakan
merasuk tubuh gadis itu, semuanya gagal.
Anneliese terus hidup terseksa dan akhirnya
meninggal dunia pada 1 Julai 1976, selepas lapan
tahun bertarung dengan 'penunggu misteri' yang
menguasai dirinya.
Hasil bedah siasat mendapati kematian misteri
Anneliese Michel disebabkan kekurangan air dan
zat makanan. Dia juga menghidapi demam panas
dan Pneumonia ketika itu. Berat badan
Anneliese sewaktu kematiannya hanyalah lebih
kurang 30 kilogram.
Dua tahun selepas peristiwa misteri itu,
mahkamah memutuskan kedua-dua ibu bapa
Anneliese beserta dua paderi yang merawatnya
didapati bersalah atau tuduhan menyebabkan
kematian Anneliese. Kesemua mereka
dipenjarakan selama enam bulan.
Selepas lebih 30 tahun kematian Anneliese yang
begitu misteri, banyak pihak yang semakin
meragui dia benar-benar dirasuk. Mereka
mempersoalkan ubat-ubatan yang diberikan
kepadanya.
Ramai yang bersetuju bahawa Anneliese
mungkin menderita kerana penyakit
schizophrenia atau sejenis gangguan mental. Jika
diberikan rawatan yang betul, mungkin
Anneliese masih boleh diselamatkan.
Namun, dari sudut lain pula, tiada siapa mampu
menerangkan kejadian misteri bagaimana gadis
itu dilambung dan dihempas ke tanah.
Begitu juga dengan rakaman audio yang
memperdengarkan suara misteri yang pelik
Anneliese yang dikatakan berbicara dalam
bahasa kuno lama yang sudah tidak digunakan
lagi ketika itu.
Sehingga kini, persoalan misteri apa sebenarnya
yang membunuh Anneliese masih menjadi tanda
tanya. Tiada jawapan tepat yang dapat
diberikan.
Malah, kisah misteri yang menimpa Anneliese
turut diangkat ke layar perak menerusi filem
seram, The Exorcism of Emily Rose yang
ditayangkan pada tahun 2005.

Sedikit Gambar turut Dilampirkan👇


Sedikit Gambar turut Dilampirkan👇

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Smiley CreepyPasta | MalayWhere stories live. Discover now