Patung Robert

3.3K 216 0
                                    

Kisah Patung Hantu - Robert Si Patung
Inilah Chucky yang dalam filem tu..

Lewat 1800an, seorang lelaki bernama Thomas Otto
berpindah bersama keluarganya ke sebuah rumah
agam yang kini dikenali sebagai Rumah Artis (Artist House)
di sudut jalan Eaton dan Simonton di Key West, Florida
(USA). Keluarga Otto dikenali sebagai keluarga yang sangat
tegas dengan orang gaji mereka dan kekadang, mendera
mereka.

Mereka mengupah seorang wanita untuk menjaga anak lelaki
mereka, Robert. Suatu hari, Puan Otto kononnya telah
menyaksikan wanita ini melakukan amalan ilmu hitam di
belakang rumah mereka lalu memecatnya.
Sebelun wanita ini meninggalkan mereka, dia telah memberi
Robert sebuah patung yang kelihatan agak hidup bertinggian
3 kaki, bermata butang, berambut manusia (dipercayai milik
Robert) dan penuh dengan jerami.

Patung-patung yang menyerupai kanak-kanak tidak didengari
pada masa kini, tapi yang ini, terbukti yang istimewa. Robert
menamakan patung itu 'Robert', sempena namanya dan
sering memakaikan Robert (si patung) pakaiannya. Robert, si
patung menjadi temannya yang boleh dipercayai. Dia
membawa Robert (si patung) ke pekan untuk membeli
belah. Robert (si patung) juga akan duduk di meja makan di
mana Robert akan memberinya makan senyap-senyap jika
ibu-bapanya tidak memandang. Robert (si patung) akan
diletakkan di katil bersama Robert pada waktu malam. Tidak
lama kemudian, hubungan ini mula menjadi aneh.

Tak lama kemudian lagi, Robert memutuskan untuk dipanggil
Gene, nama tengahnya setelah dimarahi oleh ibunya. Dia
memberitahu 'Robert' adalah nama patung tersebut, bukan
namanya. Gene sering didengari berbual bersama Robert di
bilik mainannya. Gene akan berkata sesuatu dengan cara
keanak-anakan dan respon boleh didengari dengan suara
yang jauh lebih rendah. Kekadang Gene akan berasa sangat
gelisah, merisaukan orang-orang gaji dan ibunya.

Objek-objek isi rumah akan ditemui terbuang di seluruh bilik,
mainan-mainan Gene menjadi rosak atau cacat dan ketawa
kecil kedengaran. Bila perkara ini berlaku, Gene selalu cakap
"Robert yang buat!". Tetapi. Gene jugalah yang dihukum
namun sentiasa bertegas ia adalah salah Robert. Kerosakan
ini semakin menjadi-jadi dan banyak orang gaji berhenti kerja
dan yang baru diambil bekerja. Saudara-mara keluarga Otto
berasa sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu. Atas
saranan seorang kakak/adik nenek Gene, ibu-bapa Gene
menyimpan Robert si patung di dalam kotak dan
menyimpannya di loteng. Di sinilah patung itu tinggal
selama bertahun-tahun.

Selepas kematian ayahnya, iaitu Thomas Otto, Gene
mengkehendaki rumah zaman kanak-kanaknya. Dia
memutuskan untuk tinggal di rumah agam itu bersama isteri
barunya. Gene telah menjadi seorang artis, dan merasa
rumah itu luas dan akan menyediakan tempat untuk dia
melukis. Dia pergi ke loteng dan membersih habuk mainan
zaman kanak-kanaknya yang dia telah terjumpa.(patung). Dia menjadi tertarik dengan patung itu walaupun isterinya tidak berpuas hati. Gene akan bawa Robert itu bersama ke mana sahaja mereka pergi.

Ia juga akan duduk di kerusi kecil kegemarannya
sementara Gene dan isterinya tidur berdekatan. Bilik turet
menjadi tempat Gene selepas isterinya memindahkan semula
Robert si patung ke loteng. Rumah tangga mereka
semakin teruk dan isteri Gene kononnya menjadi gila dan
meninggal dunia dengan sebab yang tidak diketahui. Gene
juga meninggal dunia selepas itu.

Kononnya Robert akan menyerang orang, kadang-kadang
mengunci mereka di loteng. Orang-orang yang lalu-lalang
mendakwa terdengar ketawa kejam dari Bilik Turet. Untuk
beberapa masa, Robert kekal di rumah itu seorang diri
sehinggalah sebuah lagi keluarga lain membeli rumah agam
itu dan mengubah suai rumah itu. Robert sekali lagi disimpan
ke loteng tetapi selalu dijumpai di seluruh rumah agam itu.
Pada satu malam tertentu, Robert ditemui di kaki katil pemilik
rumah itu sambil berketawa kecil. Ini sudah cukup untuk
membuatkan mereka melarikan diri dari rumah itu.

Robert kemudian dipindahkan ke Muzium East Martello di
Key West, di mana ia duduk bertenggek di dalam sebuah
kotak kaca. Walaupun di tempat baru, Robert dipercayai tidak
berhenti dengan perbuatan mengancamnya. Pelawat dan
pekerja-pekerja mendakwa mereka pernah nampak Robert si
patung bergerak sendiri. Senyumannya telah diketahui
berubah ke pandangan marah. Ada seorang pekerja sudah
membersihkan Robert, lalu menutup semua lampu dan
meninggalkan muzium kerana hari sudah malam.

Keesokannya, dia kembali dan mendapati lampu-lampu itu
terpasang. Robert dalam posisi berbeza dari malam ia
dibersihakan dan terdapat habuk-habuk baru di kasutnya. Ada
yang mengatakan, Robert juga akan menyumpah anda. Jika
anda ingin mengambil gambarnya, kenalah meminta
kebenarannya secara sopan. Ia akan menganggukkan/
menggerakkan kepalanya tanda membenarkan. Tetapi, jika
tidak dan anda tetap mengambil gambarnya, sumpahan akan
terkena kepada anda dan sesiapa sahaja yang menemani
anda ke muzium itu. Perkara sama akan terjadi jika anda
mempermainkannya.

Sehingga hari ini, Robert kekal di Muzium East Martello
dengan berpakaian kelasi dan memegang singa patung,
meneruskan perbuatan mengancamnya....

@Taeboh-

Smiley CreepyPasta | MalayWhere stories live. Discover now