Tidak dinafikan wujudnya manusia seperti bekas teman lelaki Anis yang menggunakan khidmat benda-benda mistik bagi tujuan membalas dendam. Namun, mujur Anis menceritakan kejadian yang berlaku pada dirinya kepada keluarga yang akhirnya membantu menyelesaikan masalah tersebut.
INI adalah bebenang. Aku nak buka cerita kisah seram antara aku dengan kawan-kawan kena kacau semasa kitorang dalam perjalanan ke Gunung stong. Tapi ini adalah makhluk yang dihantar sendiri oleh ex boyfriend aku. Memang agak kelakar bunyinya. Bulan puasa ini tak mau tipu-tipu ye.
Bismillahirrahmanirahim. Since ramai yang nak tahu kisah seram makhluk halus yang ex-bf aku hantar pada akua, baiklah aku akan cerita. Sebenarnya aku tak pandai sangat mengarang. InshaAllah, kisah dan pengalaman yang aku kongsikan ini dapat menjadi pengajaran kepada korang semua.
Sehari sebelum aku ke Gunung Stong, aku ada bergaduh dengan ex-bf. Aku bengang time tu, aku minta sepupu aku temankan aku. Yelah, sebab masa itu aku down tahap gila nak mampos. Aku perlukan orang untuk tenangkan aku. So kitorang boraklah apa yang terjadi semua.
Haa, kitorang bergaduh sebab masa itu dia kantoi dengan aku yang dia ada orang lain. Sudahlah kantoi dengan classmate aku sendiri. But it's okay, aku dah lama redha. Benda ini pun dah lama berlalu. Okey, time tu aku memang bengang gila. Kawan aku, call nama dia 'Putry' (nama samaran) jelah gais.
Aku dah pelik, yelah kami dah lama tak contact kan. Bermulalah perbualan kami.
Putry: "Beb, kau kat mana? Free tak malam esok?"
Aku: "Aku kat rumah je, free. Asal beb?" selamba aku jawab, padahal masa tu memang tak ada mood langsung nak keluar rumah, yelah tengah broken kan.
Putry: "Aku nak ajak kau pergi hiking esok, tapi malamlah beb kita bertolak."
Aku: "Dekat mana? Pukul berapa?"
Putry: "Dekat Gunung Stong, pukul dua pagi. Aku datang ambil kau. Aku ajak member aku juga tau."
Aku" Okey, aku on. Jumpa malam esok Put."
Malam itu jam 12 malam, BF aku call chat banyak kali, aku tak angkat. Aku off phone aku. Aku pesan pada Putry kalau ada apa-apa, call nombor cousin aku. Cousin aku dah tak sedap hati. Yelah, aku nak keluar malam-malam dengan keadaan aku yang tak berapa okey. Dia risau sangat, takut apa-apa terjadi pada aku.
Aku tengah pack baju masa itu. Tepat jam 2 pagi, Putry call aku. Katanya dah sampai di depan rumah. Masa itu aku pandang saja cousin aku di pintu rumah sambil melambai tangan padannya, nak menunjukkan pada dia yang aku okey.
Seingat aku, kitorang naik kereta Perodua Alza, semua ada lima orang termasuk aku. Tiga lelaki, dua perempuan. Aikal, Reza, Isey, Putry dan aku. Ini Putry punya member la. So diorang semua berumur 19 tahun ke atas, kira masa itu aku under age. So aku masuk kereta, jam 2.15 pagi kitorang gerak ke Gunung Stong.Untuk kitorang pergi ke tempat itu agak mengambil masa sikit sebab kitorang banyak singgah menyinggah. Yelah, nak pergi hutan kan, nak-nak lagi gunung. Nak kena beli barang-barang keperluan apa semua. Sampai di kedai runcit, aku tak turun dan stay dalam kereta. Aku kirim dengan member aku. Tiba-tiba ex-bf aku mesej.
Anis, aku cakap aku nak selesai malam ini, kau pergi juga. Kau tunggu, kau ingat kau boleh lari dari aku." katanya.
Aku tak cuak langsung sebab aku fikir apa saja yang dia boleh buat? Dia di Pahang dan aku di Kelantan, kau rasa dia mampu buat apa saja?
Since ramai yang tak tahu, ex-bf aku ini jenis yang terlalu obses dengan cinta. Walaupun dia tahu dia punca masalah, tetapi dia masih tak nak lepaskan aku. Tambah pula aku yang sangat degil dan dia baran. Memang susahlah kan nak dapat kesefahaman di antara kami.
YOU ARE READING
Smiley CreepyPasta | Malay
HorrorAMARAN!! ORANG YG LEMAH SEMANGAT ATAU MENGANDUNG DISARANKAN JGN BACA !! +baca citer ni malam2 amat digalakkan +Do not COPYRIGHT +RABU DAN AHAD AUTHOR PUBLIC HOLIDAY 🙆♡ +ACTIVE NOW 💙 UPDATE IN PROGRESS ( MONDAY, TUESDAY, THURSDAY, FRIDAY AND SATURD...