Bab 2

106 6 0
                                    

Muka Airis tak payah nak cakap . Dah terlajak excited dah gamaknya . Mana taknya , Adryan si jejaka idaman hati approve follow request dekat instagram babe ! Siap follow back lagi . Siapa tak kembang ?

Ye la , selama ni dia hanya mampu stalk Adryan dari account rakan rakan Adryan sahaja . Hampeh , kan ? Tapi jangan risau , lepas ni dia takkan kesunyian lagi . Muahahaha . Dia mula ketawa jahat . Tak tahu apa kaitan sebenarnya . Takpa janji dapat tenung muka Adryan banyak banyak .

Tangannya mula gigih scroll account milik Adryan . Hmm ada 167 posts . Banyaknya . Mamat ni memang minat selfie ke hape . Takpa janji hensem . Bicaranya seorang diri .

Terlalu excited dengan apa yang terjadi sehingga dia ' turn on post notification ' lagi . Hang tau apa ? Angau punya pasal .

Tiba tiba , ip6snya berbunyi menandakan Adryan ada noti yang masuk . Ahaaa , Adryan post gambar baru bak hang .

Em . 2 minutes ago . Peh baru 2 minit dah 85 likes . Bapak ah hot stuff . Keterujaannya mula pudar sebaik sahaja matanya tertumpu pada gambar yang baru dipost oleh Adryan .

Gambar Adryan dengan seorang gadis dan seorang wanita setengah abad . Em kalau nak tilik muka , memang muka Adryan ada iras wanita tersebut . Muka mereka iras iras cina . Mak dia kut . Getus hati Airis .

Dia lihat pula gambar gadis tersebut . Gadis tersebut berada di sebelah kanan wanita tua tadi manakala Adryan pula berada di sebelah kiri wanita tersebut . Wajah gadis tersebut terlihat begitu girang . Gadia tersebut mengenakan tudung bawal berwarna hitam bersama stripe black and white long sleeve tshirt . Dipadankan juga dengan skinny jeans putihnya bersama sneakers yang juga berwarna hitam putih . Stylo habis . Memang padan dengan Adryan . Mereka seolah olah berpakat kerana Adryan mengenakan topi putih , long sleeve black tshirt bersama jeans putih dan sneakers yang juga berwarna hitam putih .

Entah kenapa gadis tersebut terlihat mesra sekali dengan ' ibu Adryan ' . Siap peluk dari tepi lagi manakala Adryan hanya meletakkan tangan di bahu ibunya . Nak kata adik Adryan muka tak sama . Memang sah muka tak sama . Cuma mata je sama . Walaupun muka Adryan nampak macam cina tapi matanya tidak sesepet ibunya . Anak matanya pula berwarna biru . Siapa yang tak tergoda bhai ?

Takkan awek dia kut . Tapi dari tadi aku duk scroll gambar dia memang banyak sangat gambar dia dengan gadis tadi . Dan paling menyakitkan hati , gambar gambarnya semua nampak mesra .

Dia mula like post tersebut . Sempat dibaca caption yang diletakkan oleh Adryan . @adbenjamin92 - having great time with my queen and princess 👑 💕 . Peh princess siak . Terbako hati eden . Sabar Airis sabar . Kau tak tahu lagi siapa dia . Jangan tuduh melulu . Pesan Airis pada dirinya sendiri sambil mengurut dadanya .

Tangan lincah scroll untuk melihat komen komen yang ditinggalkan oleh followers Adryan .

@fuadhaleem34 - peh goals la .
@laurafatehah - cute couple 😇
@afiq_abdaziz - kirin salam dekat princess 💞
@qayyumalfateh_956 - @afiq_abdaziz eh eh suka hati dia ja . Princess Amanda aku punya okay 😒😏
@syedshahir67 - ^ eii perasannya . Dah sah sahlah Amanda pilih aku kan ? Jangan berangan boleh tak ? Buat semak je .

Airis tergelak kecil membaca komen komen sahabat Adryan . Aduh parahlah diorang ni . Tapi takkan Adryan tak jeles bila kawan kawan dia cakap macam tu . Tapi logik juga sebab dorang gurau je plus dorang kawan dah lama jadi benda ni semua mungkin hanya small matter bagi Adryan .

Dia kembali membaca komen komen seterusnya .

@adbenjamin92 - @afiq_abdaziz @qayyumalfateh_956 @syedshahir67 dah tak payah nak gaduh dia aku punya .
@amaendakirana - thankyou for da treat okay prince . i love youu 💕 and @afiq_abdaziz salam diterima , amanda kirim salam balik hihi
@adbenjamin92 - @amaendakirana my pleasure baby 😘 // jangan macam macam dengan afiq okay 😠
@aqilafarzanaaa - ^ jeles siak 😩😩😩
@afiq_abdaziz - auch kecil tapak tangan seluruh jiwa raga abang tadahkan @amaendakirana // @adbenjamin92 kau jeles pehal ?
@qalishnoah - ni la spesies tak ingat gang
@ashmikhaell - amboi bestnya keluar . aku makan maggie ja kau tau tak ?
@adbenjamin92 - @qalishnoah - ala tak payah nak sentap sangat lah oii // @ashmikhaell hahahaha nasiblah .

Eh ' Amanda ' komenlah . Laju tangan Airin membuka account gadis tersebut . Peh ramai gilak followers dia 711k siak . Aku ni 481k je . ( rekaan semata )

Ala dia private la pulak . Ni malas ni . Ala nanti natilah aku stalk . Aku kena cari jalan lain untuk tahu hubungan dorang ni .

----------------

Adryan terkekeh kekeh ketawa membaca komen komen di gambarnya . Adoi lawakla adik beradik aku ni . Duduk satu rumab pun nak main balas balas komen . Adoyai .

Klik

Pintu biliknya dibuka membuatkannya terkejut . Terus dia diterkam oleh abang dan adik lelakinya . " Woi tak reti nak ketuk pintu ke ? " soalnya .

" Ala bilik kau je pun . Kalau kau tengah bogel pun apa aku kisah . Masa kecik kecik dulu aku jugak yang mandikan kau .Aku dah puas tilik dah . Tak payah nak cover malu sangatla " kata abang sulungnya , Adam Qalish bersahaja sambil berbaring atas katilnya.

Adik lelakinya , Ashreeq Mikhael dah bantai gelak dengar statement abang mereka . Adryan terdiam tak tahu nak kata apa . Kalau dia lawan pun belum tentu menang .Abangnya ini ada saja modal nak membalas .

" Lawakla kau long . Ada can nak masuk lawak solo ni hahahha " kata Ashreeq .

" Apa kecoh kecoh ni macam best je . Nak join jugak " sampuk Amanda yang baru masuk ke bilik Adryan .

" Ni pehal buat reunion kat bilik aku ni " rungut Adryan

" Ala lek ah bro . Dulu kita .. " belum sempat Adam menghabiskan kata katanya , Adryan telah memotong .

" Dulu kita kongsi bilik empat orang waktu kecik . Apa nak bising . Kau nak cakap macam tu tadi kan long ? " tanya Adyan sambil angkat kening ala Ziana Zain kepada Adam .

" Haah . Pandai pun . Tak sia sia mummy daddy hantar pergi belajar jauh jauh kat Jepun sana " sambut Adam .

" Long , kalau kau suruh budak umur 5 tahun pun dia boleh jawab tahu tak ? Asyik ulang ayat sama aje " desis Adryan .

" Abang Am , Abang Ash adik laparlah . Jom keluar " pujuk Amanda sambil mengusap perutnya . Siap buat muka tak bersalah lagi .

" Apa ?! " bergema bilik tersebut apabila tiga orang teruna tersebut bergabung suara menyoal Amanda . Ketiga tiga mereka memandang Amanda dengan pandangan tak percaya .

" Adik cakap apa dik ? Adik lapar ? Ya Allah adik , tadi adik dah bantai dua pinggan nasi kut dik . Agak agaklah dik . Abang ni dah terlajak kenyang dah ni . " kata Adryan .

" Alaa nak buat macam mana dah perut ni nak lapar . Jom la Abang Am , Abang Ash , adik tahu abang lapar .Jomlah kita lepak mamak jap . Pekena mee goreng dia cun jugak " sekali lagi Amanda mengajak abang sulung dan abang ketiganya . Kalini siap tarik tarik tangan lagi .

" Adik ni ada bela jin ke dik ? Adik , adik tahu tak adik ni perempuan .Jaga body tu sikit . Kesian suami adik nanti " kata Adam

" Ala adik punya metabolism tinggilah . Adik makan banyak mana pun keding macam ni jugak " balas Amanda .

" Hmm memandangkan abang dengan along tengah lapar , jom kita makan " sambut Ashreeq sambil memeluk bahu abang sulung dan adik perempuannya .

" Jom " sahut Adam dan Amanda . Mereka mula meninggalkan bilik Adryan .

" Woi mana aci . Aku nak ikut jugak " laung Adryan sambil mengejar adik beradiknya .

" Tadi kata kenyang " sambut Adam pula .





Let Me Love You Where stories live. Discover now