Bab 5

98 6 0
                                    

Airis membelek calendar remindernya . Emm esok 19 April , ada event apa eh ?

Airis menggaru kepalanya sendiri . Tangannya pantas menekan pada tarikh tersebut .

Kaki pula dihala ke katil . Dihenyakan badan di atas katil dengan penuh nikmat . Peh lega urat saraf kejap .

Matanya membulat sebaik sahaja melihat ' event ' yang dikatakan tadi .

19 April 2016 - Birthday Ardyan .

Pantas dia menepuk dahinya . Adoi macam mana boleh lupa pulak ni ? Getus dirinya sendiri .

Mata kemudiannya dikerling ke arah yang tangan yang elok terletak di pergelangan tangan kirinya . Baru pukul 12 tengahari . Sempat lagi ni .

Krekkk

Pintu pintu yang dibuka menarik perhatian Airis untuk memandang ke arah pintu . Dilihat sekujur tubuh Tasnim terbongkok bongkok di hadapan pintu bilik mereka sambil membuka kasutnya .

" Assalamualaikum " sapa Tasnim seraya melangkah masuk ke bilik . Badan yang lenguh direhatkan di atas katil . Letih siak pangkat tangga sampai ke tingkat 4 . Dia turun bawah pun semata mata nak pergi makan . Rasa tak berbaloi pun ada dengan tenaga yang habis 2 kali ganda .

" Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh . " jawab Airis panjang lebar .

" Aik jawab panjang panjang ni biasanya ada apa apa ni ? Kau nak apa haa ? Tolonglah aku penat sangat ni . Jangan paksa aku buat kerja kerja yang memenatkan buat masa sekarang " keluh Tasnim dengan nafas yang masih belum teratur sepenuhnya .

Airis tersenyum lantas beralih ke katil Tasnim . Dipandang muka Tasnim yang keletihan itu dengan penuh pengharapan . Dia menggenggam erat tangan Tasnim sebelum memujuk " Tasnim ..... Em aku kan ... Em aku plan nak keluar pergi mall sekejap . Sekejap je . Kau temanlah aku eh ? Kesian aku . Takkan aku nak pergi sorang sorang "

Haa tudia . Siap muncung muncung lagi mulut tu pujuk beria punya pasal .

Tasnim mengeluh " haa aku dah agak dah . Kau tu bukan boleh percaya sangat . Kalau dah namanya perempuan bila jumpa mall mesti tak ingat nak balik . Lagipun aku letih la weh "

" Ala kalini aku janji . Sekejap je .Lepas beli barang kita terus balik . Dinner aku belanja " ujar Airis . Siap angkat tangan lagi tanda berjanji .

Dengar je perkataan belanja , Tasnim bingkas bangun dari baringnya . Dia duduk sambil membetulkan tudung di kepala . Haa nampak tak penat punya pasal tudung pun tak ingat nak buka .

Dia pandang muka Airis . Bukan apa , nak cari kejujuran tu ada ke tidak ? Manalah tahu Airis membohong aje .Tapi melihat muka Airis yang bersungguh membuatkan dia percaya .

" Okay deal . Malam ni aku nak dinner dengan Nasi goreng usa , fish n chip dengan fresh orange boleh ? Tapi sebelum tu kau nak beli barang apa ? "

" Okay kecik punya hal lah . Kalau kau nak tambah nasi goreng ayam lagi satu pun takpa . Err nak beli hadiah " Airis dah serba salah . Kepala yang tidak gatal digaru .

" Aku minta betul betul baru tahu . Em hadiah ? Birthday siapa ? Birthday Mama kau ? Eh tak mungkin . Birthday papa ? Tak mungkin , birthday papa kau bulan 11 . Birthday aku pun tak jugak . Birthday aku bulan 12 . Emm jap aku fikir " lama Tasnim termenung memikirkan tentang ' tuan punya ' hadiah yang bakal diberikan oleh Airis .

Airis dah kecut perut .Digigit bibir bawahnya . Kepala pun dah tertunduk . Tak mampu nak buat eye contact dengan Tasnim . Dia tahu pasti dirinya akan dibebel oleh Tasnim jikalau gadis itu tahu .

" Kau jangan cakap untuk Adryan ? " duga Tasnim . Dipandang anak mata Airis betul betul .

Airis hanya membatu . Maknanya ya lah tu . Tasnim mengeluh .

Let Me Love You Where stories live. Discover now