Maka hari yang dinanti nanti pun tiba . 16 May 2016 . Hari dimana majlis amal itu akan diadakan .
Tasnim dan Airis bangun awal untuk bersiap ke tapak booth . Setelah bersiap , mereka mula mengangkut barang barang ke dalam kereta suzuki swift milik Airis . Airis sempat meminta izin papanya untuk membawa keretanya ke kolej .
Hari ni Airis berpakaian simple sahaja . Tshirt lengan panjang berwarna hitam dipandankan dengan palazzo bootcut warna kulit . Rambutnya yang panjang diikat tocang . Senang nak buat kerja nanti . Tasnim pula , jeans Levi's-nya dan tshirt berwarna putih . Tudung bawal crepe yang tersarung di kepala juga berwarna putih .
---
Airis mengeluarkan barang barang yang diperlukan dengan bantuan Adryan , Afiq , Shahir , Qayyum , Mia dan juga Tasnim .
Pada mulanya semua memandangnya dengan pelik .Tapi setelah dijelaskan oleh Adryan bahawa dia dan Tasnim akan turut serta dalam jualan ini semua mengangguk faham setelah melopong untuk 10 saat kerana tidak percaya .
Tasnim ditugaskan untuk menguruskan bahagian air . Mia dan Qayyum pula jaga makanan makanan ringan seperti kek , kuih dan macam macam lagi yang sudah siap ditempah . Shahir pula jaga baju yang akan dijual atas bantuan adiknya . Afiq dan Adryan pula asyik kesana kemari aja kerjanya .Maklumlah pagi pagi ni pelanggan tak ramai lagi jadi suasana agak lengang .
Airis apa lagi ? Masaklah ! Sedang dia memasak , dia memerlukan bantuan seseorang . " Somebody help me please " Airis berteriak kecil . Tangannya masih lagi memegang periuk untuk dibuat kuah pasta .
" Ya ? Nak apa ? " tanya Afiq dan Adryan serentak yang masing masing sudah berada di sebelah kiri dan kanan Airis .
Airis menggaru kepalanya yang tak gatal . Aduh , panggil sorang dua yang datang .
" Err saya nak minta bantuan sorang aje " kata Airis serba salah .
" Eh Fiq , biar aku tolong. Kau pergilah rehat " kata Adryan kepada Afiq .
" Eh tak apalah , biar aku yang tolong .Kau rehatlah . Lagipun kau nak nyanyi lepas ni takut kau penat suara kau rosak pula nanti " ujar Afiq beralasan
" Eh tak apa . Aku dah biasa buat kerja dapur ni . Kau pergilah rehat " Adryan masih tak mahu beralah .
" Tak apalah , aku nak juga cuba cuba buat kerja dapur .Kau dah biasa buat kan , kau rehatlah " sangkal Afiq lagi .
" Eh .. " belum sempat Adryan membalas lagi , Airis terlebih dahulu berteriak kecil " Stop ! " kusut kepalanya mendengar dua orang sahabat ni nergaduh dari tadi . Dahlah dia yang duduk di tengah . Mahunya bernanah telinganya .
Shahir , Tasnim , Mia dan Qayyum hanya memerhati drama free pagi itu dengan senyap . Tak sangka sampai macam tu sekali .
Tasnim memecah sunyi di booth tersebut " Meh sini tolong aku sorang " pintanya . Permintaan Tasnim hanya dipandang sepi oleh Adryan dan Afiq .
" Ya , awak nak minta tolong apa ? " soal Shahir yang telah mendapatkan Tasnim .
Aik ? Lain yang dipanggil lain yang datang ? Apa apa jelah . Bicara Tasnim sendiri .
" Tolong ambilkan air tong tu " arah Tasnim sambil menunjukkan tong air yang berada agak jauh darinya .
Shahir hanya diam menurut perintah . Dia sempat menyuruh Qayyum tolong jagakan baju untuknya .
YOU ARE READING
Let Me Love You
RandomAdryan Benjamin - seorang lelaki kacukan yang mempunyai rupa yang tidak pernah gagal untuk menggetarkan hati sang wanita . Ditambah pula dengan suaranya yang merdu dan harta yang dimiliki . Namun , bukan senang untuk mendampingi sang jejaka ini dis...