Bab 22

106 7 0
                                    

" Airis " laung Adryan sebaik sahaja dia melihat kelibat Airis . Namun Airis langsung tidak menghiraukan panggilan tersebut . Dia tetap meneruskan langkahnya .

Keadaan Airis sudah membaik membolehkan dia menghadiri kuliah pada pagi ini . Lagi pula dia memang tidak suka asyik berbungkus aja atas katil . Sakit belakangnya nanti .

Sekali lagi Adryan melaung nama Airis dan Airis berdecit . Langkahnya dihentikan . Kalau diikutkan hati mahu saja dia meneruskan langkah kakinya , namun apabila dia perasan yang banyak mata sedang menumpukan perhatian terhadap mereka menyebabkan dia berhenti melangkah . Dia tidak mahu gosip gosip liar tentangnya tersebar ke seluruh warga kolej tersebut .

Perlahan lahan Adryan menghampiri Airis yang sudah masam mencuka . Sejujurnya Adryan tidak tahu apakah kesalahan yang telah dia lakukan sehingga Airis melayannya srbegitu . Airis nampaknya benar benar marahkannya kerana Airis akan mengelak setiap kali mereka bertembung . Malah Airis dan Tasnim tidak ikut sama ke kafe pada pagi tadi .

" Nak apa ? " soal Airis dingin srbaik sahaja Adryan betul betul berdiri di hadapannya . Sungguh dia menyampah melihat muka Adryan tika itu . Langsung dia tidak sangka yang Adryan sudah pun dimiliki oleh kerana sifat lelaki tersebut yang nampak begitu bebas .

Rasa bersalah juga tersemat di dalam hatinya apabila terkenangkan wajah isteri Adryan . Pasti wanita itu sungguh menyayangi Adryan . Dia bersalah kerana pernah menyimpan perasaan terhadap lelaki itu .

" Kenapa awak larikan diri dari saya ? Saya ada buat salah ke ? Kalau saya ada buat salah saya minta maaf tapi at least awak bagitahulah saya apa salah saya " ujar Adryan lembut . Tidak guna berkasar kerana ia tidak akan menimbulkan perdamaian kelak

Airis buat muka . Lagi mahu tanya ke apa salah dia ? Dah tahu yang dia tu suami orang , kenapa masih lagi bagi harapan pada wanita ? Hatinya kecilnya mengutuk .

Dia bagi harapan atau kau yang salah menilai ? Dia hanya nak berkawan tapi kau yang terlajak mencintai dia . Satu lagi suara hatinya meluahkan rasa .

Ya , Airis mengaku yang dia juga bersalah dalam hal ini .

" Tak . Awak tak ada salah apa apa pun . Saya yang salah . Saya pergi dulu " Airis berkata sebelum meninggalkan Adryan yang masih terkulat kulat tidak mengerti . Kata hatinya menyuruhnya mengejar Airis namun kakinya seolah olah digam . Langsung tidak mahu bergerak . Akhirnya dia hanya memandang Airis dari belakang .

Sebaik sahaja melangkah , Airis mata Airis meluncur laju . Dia menyeka air katanya dengan kasar .

Kenapa aku jadi lemah macam ni ? Kenapa air mata ni selalu aja keluar bila berhadapan dengan lelaki bernama Adryan Benjamin ? Kenapa ? Rintihnya sendiri .

Tanpa mereka berdua sedari , setiap perlakuan mereka tadi diperhatikan oleh seseorang . Seseorang yang cukup terluka melihat air mata si gadis jatuh hanya kerana seorang lelaki bernama Adryan .

---

Adryan berjalan ke balkoni biliknya . Punggung dilabuhkan di atas kerusi rotan yang tersedia di situ . Angin malam yang sejuk menyapa kulitnya . Namun tidak cukup untuk membuatkan hatinya tenang .

Dia buntu . Entah mengapa Airis bersikap begitu terhadapnya . Puas dicari silapnya namun masih tidak dijumpainya .

" Amboi , jauhnya termenung . Fikir apa ? " soal Tuan Ahmed Noah atau nama sebenarnya Noah Hartford sambil tersenyum sebelum menarik kerusi rotan yang berada di hadapan Adryan dan melabuhkan punggunya .

Adryan tersentak . Dia tersenyum melihat daddynya . Walaupun daddy sudah berkahwin dengan ibu hampir 27 tahun , namun pelatnya masih kedengaran .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Let Me Love You Where stories live. Discover now