" Amboi , kau melawa sangat ni pehal ? Ops lupa . Ni mesti kes nak pikat Shahir ni " kata Airis selamba ketika mengikat rambutnya .
Hari ini merupakan hari kedua untuk majlis amal . Majlis tersebut akan diadakan 3 hari berturut turut . Jadi sepanjang 3 hari itu , mereka terpaksa menatap wajah yang sama sahaja
" Diamlah kau " marah Tasnim . Marah marah manja aje . Dia mengenakan selendang nude , tshirt hitam dan jeans straight cut berwarna hitam . Lawa apanya ? Macam biasa lah .---
Hari ini , Tasnim pula yang ditugaskan dalam urusan masak memasak . Dia ingin menyediakan nasi goreng kampung resepi keluarganya turun temurun . Yang lain hanya bersetuju memandangkan semalam mereka sudah menyediakan hidangan barat . Jadi apa salahnya kalau hari ini makan hidangan tempatan , bukan ?
Oleh kerana Shahir telah membuat onar dengan Tasnim semalam , dia harus menjadi pembantu setia Tasnim . Dia pula tidak menolak . Ikhlas .
" Assalamualaikum " sapa seseorang yang berdiri di hadapan gerai mereka .
Serentak mereka semua berpaling . " Waalaikumussalam " . Salam dijawab setelah melihat si penyapa .
Rayyan . Salah seorang pelajar kolej tersebut merangkap peminat Airis .
" Eh Ray . Awal datang ? Nasi goreng tak siap lagi . Ada makanan ringan ni aje " sapa Afiq . Mereka memang mengenali Rayyan memandangkan Rayyan juga antara hot stuff di kolej mereka .
" Laa harini nasi goreng pula ? Aduh boyot la perut aku kalau macam ni " ujar Rayyan sambil mengusap perutnya . Tak boyot pun sebenarnya . Dia dahla kurus kering , boyot apa jadahnya .
" Takpe la . Kasi gemuk sikit badan tu . Ni tak , macam lidi kering je aku tengok kau " perli Adryan pula .
Rayyan mencebik . " Tahulah kau ada six packs tapi tak payahlah kutuk aku . Emm actually semalam siapa yang masakkan pasta tu ? " soal Rayyan yang masih setia berdiri di hadapan gerai .
Airis yang sedang menjalankan urusan jual beli terhenti seketika . Ingin mendengar ucapan seterusnya .
" Kenapa ? " soal Afiq .
" Best gila duh . Mak aku punya pun tak sesedap tu . " puji Rayyan .
Airis cuba menyembunyikan kembang di hati . Ahaks . Tak sangka ada orang puji .
" La yeke ? Mestilah sedap . Bakal orang rumah aku kut yang masak . Kan sayang ? " gurau Adryan . Dikerling Airis yang berdiri di sebelahnya . Sempat lagi dia mengenyit mata kepada Airis .
Airis diam terpaku . Ya Tuhan , jantung aku nak gugur dah ni . Janganlah uji hati aku macam nu wahaj Adryan oii . Muka Airis sudah memerah .
Terlopong mulut kesemuanya . Tak sangka Adryan boleh bergurau sebegitu rupa . Yelah , Adryan dah lama tak bergurau dengan perempuan .
" Bakal orang rumah ? Siapa ? Jangan cakap Tasha please " Rayyan seakan merayu . Mana boleh si pujaan hatinya jadi orang rumah Adryan . Ini tak adil .
" Malangnya kau dah terlambat . Kitorang dah rancang nak kahwin lepas aku tamat master . Kan sayang ? " suaranya dileret sekali lagi . Dia memberi isyarat mata supaya Airis mengiyakan sahaja .
YOU ARE READING
Let Me Love You
RandomAdryan Benjamin - seorang lelaki kacukan yang mempunyai rupa yang tidak pernah gagal untuk menggetarkan hati sang wanita . Ditambah pula dengan suaranya yang merdu dan harta yang dimiliki . Namun , bukan senang untuk mendampingi sang jejaka ini dis...