Chill hanya memandang Aisyah yang berbalut kepalanya. Aisyah pengsan akibat kekurangan darah.
Cikgu Qaif sudah menguruskan Daus dan Syara serta meminta Chill menjaga Aisyah
"Ibu tolong, Aisy takut. Aisy nak ibu..." tutur Aisyah dalam tidurnya. Tubuhnya menggigil dan berpeluh. Jelas sekali dia trauma dengan kejadian tadi sehingga mengigau.
"Shhh, takpe kau ok. Aku ada kat sini." bisik Haziq ke telinga Aisyah. Aisyah berhenti menggigil dan kembali lena.
"Siapa nak jaga budak ni wei? Aku nak balik." tutur Farhan dingin.
"Biar aku je yang jaga dia. Takut dia mengigau lagi." balas Haziq.
"Kita gilir-gilirlah Ziq, lepas kau aku pula." kata Putra.
"Aku belikan korang makanan ok. Pastu aku teman kau jaga dia." ucap Ammar.
"Settle. Cepat sikit eh Putra, Ammar. Farhan baliklah aku tahu komitmen kau." ujar Haziq.
Farhan hanya mengangguk lemah. Ahli Chill yang lain beredar meninggalkan Haziq dan Aisyah
Haziq termenung memikirkan perkara tadi.
Flashback..
" Wei darah."
"Aku rasa dia cedera teruk nk"
"Apa kita nak buat ni?"
"Banyak siot darah keluar."
Tiba-tiba Cikgu Qaif, guru muzik Zealous Highschool masuk.
"Eh siapa ni?" soalnya
"Kami pun tak tau cikgu, dia terlanggar kerusi tadi lepastu terhantuk dekat bucu dinding"
"Cepat bawa dia ke bilik sakit"
"Baik cikgu!"
End Flashback.....
Haziq menoleh ke arah katil. Dia terkejut. Kosong. Lekas dia berlari keluar mencari gadis itu namun hampa.
Ammar yang baru tiba terlihat Haziq berlari seperti mencari sesuatu. Haziq yang duduk di waqaf ditegur.
"Ziq, asal ni? Apa yang kau cari?" tanya Ammar. Makanan yang dibawa dipegang erat.
"Budak perempuan tu hilang wei. Tadi aku berangan kejap, toleh balik katil dah kosong." ujar Haziq sambil meraup mukanya. Menyesal kerana terleka tadi.
"Takpe, esok kita cuba cari dia lagi." pujuk Ammar.
Haziq hanya mengangguk kecil.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Aisyah menarik nafas lega. Berjaya juga dia lari dari mereka berempat. Kereta miliknya yang diparkir di luar kawasan sekolah dipandu ke kondominiumnya.
Setibanya dia di kondonya, dia terus membersihkan diri dan solat. Dia berdoa agar dijauhkan dari perbuatan orang yang jahat.
Selesai solat, dia memandang ke arah blazer bersulam nama Haziq yang diletakkan di dalam bakul. Blazer itu tersarung di tubuhnya sejak di bilik rawatan sekolah.
Blazer itu dicapai, kotoran darah yang berada di blazer itu dicuci menggunakan tangannya. Setelah selesai di menjemurnya di bilik jemuran supaya cepat kering.
Bilik jemuran dilengkapi dengan kipas yang boleh mengeringkan pakaian dalam masa yang singkat.
Sementara menunggu blazer tersebut kering,Aisyah menyediakan makan malamnya yang ringkas. Sandwich tuna dan hot caramel latte.
Semasa menikmati sandwichnya matanya meliar melihat kondonya yang sunyi. Dia mengeluh. Sudah 3 tahun dia menetap di sini, bagi menyembunyikan identitinya sebagai pewaris takhta negeri.
Bukan dia tidak mahu tapi jika dia mewarisi takhta, dia akan dihantar menyambung pelajaran di luar negara.
Walaupun dia dibuli dan dibenci di Zealous highschool namun, dia gembira bersekolah di situ.
Pinggan dan cawan yang digunakan dikemas. Dia mencapai bahan-bahan bagi membuat cupcake dan terus mengadun.
Dia ingin membalas jasa Chill yang telah membantunya petang tadi dengan membuat cupcake. Selesai menyimpan cupcake itu di dalam peti ais, dia mengambil blazer Haziq dan memasukkannya ke dalam sebuah beg kertas.
Nombor pengetua didail.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Haziq tidak keruan di dalam kelas. Gadis semalam masih lagi tidak kelihatan. Dia mengeluh berat.
"Relexlah Ziq, aku rasa budak tu tak datang sekolah harini." pujuk Putra. Mereka sedar sikap Haziq yang lain sejak pagi tadi.
Perhatian kepada Haziq Anas, Farhan Daniel, Ammar Iman dan Putra Azlan tingkatan 5 Cambridge. Sila pergi ke bilik pengetua dengan segera.
Chill tersentak. Mereka segera mengatur langkah ke bilik pengetua sambil tertanya-tanya mengapakah mereka di panggil. Adakah mengenai peristiwa semalam?
Setibanya di bilik pengetua Haziq menarik nafas sebelum mengetuk pintu dan memulas tombol.
"Jemput masuk dan sila duduk di hadapan saya." arah En. Yusuff, pengetua Zealous Highschool.
"Jadi, kamu tahu kenapa kamu dipanggil?" soalan cliche jika masuk ke bilik pengetua.
Serentak mereka menggeleng. Lebih baik diam daripada berkata, fikir mereka seperti pelajar-pelajar biasa.
"Ini ada bungkusan buat kamu semua dari seseorang. Dia telah mengamanahkan saya untuk menyampaikan kepada kamu berempat." ucap pengetua tenang sambil meletakkan sebuah beg kertas dan kotak kecil di atas mejanya.
"Ini pula surat daripada pengirim. Dia minta awak semua baca dahulu sebelum membuka apa-apa.".Haziq menyambut sampul surat yang itu.
Terbeliak matanya melihat sekeping cek bernilai RM 8000 beserta sepucuk surat yang bertulisan kemas.
Assalamualaikum Chill,
Saya gadis biola ingin memohon maaf atas kecuaian saya kerana merosakkan biola di bilik muzik. Dengan itu saya menyertakan cek ganti rugi biola tersebut. Di dalam beg kertas itu terdapat blazer milik Haziq. Terima kasih kerana meminjamkan blazer tersebut kepada saya. Sebagai tanda terima kasih buat ahli Chill yang lain, saya buatkan cupcake coklat yang berada di dalam kotak kecil. Terima kasih atas segalanya.
Yang benar,
Gadis Biola.Aisyah yang berpakaian biasa dan memakai cermin mata hitam mengintai mereka di bilik pengetua sambil tersenyum.
TBC
YOU ARE READING
Love Song | ✔️
Подростковая литература• Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori Penulis Debut • Kisah Tengku Aisyah Dellina, The Chill dan Farisya. Pertemuan Aisyah dan The Chill di bilik muzik membawa perubahan yang drastik dalam hidupnya. Identiti rahsianya sebagai pewaris tungg...