Loceng rehat berbunyi. Aisyah dan Farisya berjalan menuju ke DS (Dewan Selera).
Sebaik sahaja mereka menolak pintu masuk DS, mereka berdua dihujani tepung. Kedengaran hilai tawa dari Teez, geng gedik 5 orang gadis. Fin, Yana dan Yani, Gloria, Dania dan ketuanya Wawa.
"Tengku Farisya, kami minta maaf. Kami bercadang untuk kenakan Aisyah je." ucap Wawa sambil membantu Farisya membersihkan bajunya.
Ahli Teez yang lain juga membantu Farisya namun tiada siapa membantu Aisyah. Farisya menempis tangan-tangan Teez.
Dia mengambil sebuah(?) tin minuman yang belum dibuka dari seorang pelajar dan menggenggamnya. Kemik dan airnya melimpah keluar.
Teez tergamam. Farisya menarik tangan Aisyah keluar dari DS.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Aisy, sini aku tolong kau.". Faisya menolong Aisyah membersihkan pakaiannya yang bertepung.
Riak wajah Aisyah tetap tenang. Dia sudah biasa diperlakukan sebegitu. Farisya lega(?) melihat Aisyah yang tabah dengan dugaan seperti itu.
"Farisya, It's ok. Aku ada bawa baju lebih, nanti aku salin." tutur Aisyah.
"Biar aku ambilkan. Kau tunggu kat sini." balas Farisya.
"Tapi kau pun bertepung..." risau.
"Baju aku memang putih plus aku pakai tudung so, kesan tepung ni tak nampak sangat." ucap Farisya yakin.
Benar, Farisya memakai baju kurung putih, tudung putih dan kain sekolah kelabu. Jadi kesan tepung hanya melekat di blazernya.
Aisyah mengangguk.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
POV Haziq
Peristiwa yang berlaku pada waktu rehat tadi benar-benar mengejutkanku. Tak sangka gadis pujaan hatiku seganas itu.
Eh, gadis pujaan hatinya. Aku tersenyum sendiri.
"Ziq, kau nampak tadi. Budak baru tu sumpah kuat gila." ujar Ammar kagum.
"Tak pernah ada budak perempuan macam tu." Farhan.
Berdasarkan gosip budak perempuan kelasku, nama gadis itu Tengku Farisya Ellina dari kelas 4 Cambridge. Dia merupakan kaum kerabat diraja Selangor.
Jika diikutkan peristiwa tadi, pasti Farisya tidak mempunyai baju kurung ganti kerana kebanyakan pelajar perempuan memakai skirt ke sekolah dan bukannya baju kurung.
Aku membuka lokerku. Nasib baik baju kurung kakakku masih kusimpan. Kakakku merupakan bekas pelajar di sekolah ini dan dia memakai baju kurung ke sekolah.
Bukk.
Seseorang telah melanggarku. Baju kurung kakakku terjatuh di lantai.
"Sorry sangat-sangat. Saya nak cepat. Maaf sebab tak perasan." gadis yang melanggarku bersuara. Mestilah gadis, dah suara perempuan.
"Lain kali, jalan tengok de.. " aku mati kata-kata.
Gadis yang melanggarku ialah Farisya.
"Saya minta maaf sangat. Kalau ada apa-apa boleh call saya. Maaf saya nak cepat" tutur Farisya sambil memberikan kad nombornya. Fuh kecik-kecik dah ada kad.
"Kejap. Farisya kan? Nah ambil baju kurung ni." kataku sambil menghulurkan baju kurung kakakku.
"Terima kasih, saya pergi dulu ya." balas Farisya malu-malu. Tangannya menyambut baju kurung dariku dan terus berlalu.
YOU ARE READING
Love Song | ✔️
Teen Fiction• Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori Penulis Debut • Kisah Tengku Aisyah Dellina, The Chill dan Farisya. Pertemuan Aisyah dan The Chill di bilik muzik membawa perubahan yang drastik dalam hidupnya. Identiti rahsianya sebagai pewaris tungg...