Bab 22

4.5K 260 51
                                    

"Rania, aku nak minta maaf sebab marah kau." tutur Ayien sebaik sahaja mereka pulang dan masuk ke dalam bilik.

( Bilik Ayien dan Rania )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Bilik Ayien dan Rania )

"It's ok lah Ayien, aku pun minta maaf sebab berkasar dengan kau." ucap Rania.

Mereka berdua berpelukkan. Seperti orang biasa kata, kembar ni memang rapat walaupun mereka selalu gaduh. Instinct dan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain sangat kuat macam akar yang bertaut.

"Tadi Ammar jumpa kau kan." soal Rania selepas melepaskan pelukkan.

"Haah." balas Ayien pendek.

"Kau tak bagitau lagi ke?" Rania terkejut. Aduh, parah ni.

"Dia sekadar kawan aku jelah. Aku mengalah." tutur Ayien sebelum mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.

Rania menggigit bibir. Apa aku nak buat ni? Rania berfikir.

Ting, Aisyah.

Telefonnya dikeluarkan. Nombor Aisyah didail.

"Assalamualaikum. Aisyahhhhh."

"Waalaikumussalam, pehal Rania. Macam teruk je bunyinya

"Kau tahukan, Ayien nak pindah sekolah."

"Tahu. Kenapa? Dia pindah esok ke?"

"Taklah. Dia. Tak. Confess. Lagi. Kat. Ammar."

"Habis yang lepas sekolah tadi tu? "

"Diorang cuma berbual je wei. Panas pulak hati aku."

"Ok Rania aku ada plan, camni..."

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Haziq, kau tak usha Zandra ke?" soal Ammar.

"Nanti jelah, aku nak fokus kat trial dulu." Haziq kembali membaca notanya.

Entah kenapa Haziq rasa macam Zandra ni ada kaitan dengan Farisya. Tapi Farisya tak ada siblings, so siapa Zandra ni....

"Kalau camtu aku masuk line dululah." gurau Ammar.

"Kau tengok gaya si Zandra tu. Dia dari sekolah paling disiplin dalam negara. Kau rasa dia layan ke couple2 ni?" ucap Haziq. Saja nak downgrade member.

"Ye tak ye jugak kan. Ish, sayang gila." Ammar menumbuk telapak tangannya.

"Dah... Baca buku kau tu. Terbiar tu." Haziq menunjuk ke arah buku bio Ammar.

Love Song | ✔️Where stories live. Discover now