Bab 14

5.6K 333 51
                                    

Kereta Lamborghini Veneno putih memasuki pekarangan Zealous Highschool. Pemandunya seorang gadis berkaca mata hitam keluar selepas memarkirkan keretanya.

Pelajar yang baru tiba ke sekolah berbisik-bisik mengenai kehadiran gadis tersebut.

Farisya hanya tersenyum mendengar desas-desus dari pelajar. Mungkin mereka tidak mengenalinya. Dia berlalu ke pejabat.

Seketika kemudian, Aisyah tiba di sekolah. Dia berasa pelik melihat sebuah kereta berada di tempat parkir kebiasaannya. Huhu, terpaksa dia parkir kereta agak jauh dari bangunan sekolah.

Aisyah menarik beg sekolah guccinya dan berlalu ke kelasnya. Jaga pemilik kereta tu, desis Aisyah.

( Baju Sekolah Aisyah)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Baju Sekolah Aisyah)

Aisy, tau tak ada budak bertudung masuk sekolah ni." gosip Rania sebaik saja Aisyah duduk di mejanya.

"Urgh, kau nak tau tak ada orang amik tempat parking aku. Ish siot la." adu Aisyah geram.

"Lamborghini Veneno kan?" soal Ayien.

Aisyah mengangguk lemah.

"Tulah kereta budak tu." ucap Rania.

"Ish, harap je bertudung tapi amik parking lot orang lain." marah Aisyah. Dia mengenggam penumbuk.

"Good morning Aisyah, Ayien and Rania." tutur Dahlia ceria.

"Kenapa muka masam ni, tak elok pagi-pagi masam nanti rezeki lari." usik Dahlia.

"Lia, tau tak ada budak perempuan bertudung baru masuk sekolah kita." beritahu Ayien. Cis, gigih betul kembar berdua ni sebarkan cerita.

"Tahu, tadi aku nampak dia dalam office. Menyampah aku tengok muka dia." Dahlia rolleyes.

Bahagian koridor tiba-tiba menjadi riuh. Mereka berempat berdiri di hadapan pintu bagi melihat apa yang berlaku.

Seorang pelajar perempuan bertudung dan memakai rayban hitam berjalan di koridor bersama timbalan pengetua, Puan Sakinah.

Tiba di hadapan kelas 4 Cambridge mereka berdua berhenti.

"Selamat pagi Puan Sakinah." ucap mereka berempat serentak.

"Selamat pagi. Ni saya bawakan kawan awak. Aisyah, awak kenalkan Farisya?" ucap Puan Sakinah.

Aisyah terkejut, terpaku dan semua ter yang sewaktu dengannya. Farisya membuka raybannya.

"Miss me Aisy?" tanya Farisya.

Farisya kini semakin anggun dan menawan. Dia juga sudah pandai bergaya.

Aisyah memeluk erat Farisya. Rindu.

"Isya, I miss you damn much." esak Aisyah. Nasib baik dia pakai maskara kalis air.

Aisyah meleraikan pelukannya dan mengesat air matanya.

"Farisya, welcome back. Let me introduce you to my new friends. Ni Ayien, Rania dan Dahlia." ujar Aisyah sambil menunjuk kearah mereka bertiga.

"Hai, saya Farisya." perkenalan Farisya.

Mereka bertiga memandang sakrastik kepada Farisya.

"You are wearing hijab, tau tak ni sekolah private? We wear our uniform bukan baju kurung sekolah biasa." ucap Rania sinis.

"It's my responsible to cover my aurat daripada terdedah kepada api neraka." jawab Farisya pedas.

Hampir semua, salah semua pelajar perempuan berasa terpukul. Yelah mereka pakai uniform sekolah dan tak pakai tudung.

"Aisyah, did you heard that. Huh, bajet mulia. Make your mind Aisyah, she or us?" tanya Dahlia.

Aisyah buntu.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Haziq, Farisya dah balik!!" laung Farhan dari depan pintu.

Haziq terus bergegas mendapatkan Farhan.

"Serius la wei." ucap Haziq.

"Cepat ikut aku." tutur Farhan sebelum berlari keluar kelas. Haziq hanya menurut.

Kelihatan Farisya sedang berhadapan dengan Dahlia, Rania dan Ayien. Aisyah hanya berdiri di tepi.

"Hei perempuan, kalau nak jaga sangat aurat tu pergi dekat sekolah biasalah." tengking Dahlia.

"Huh, muka bajet malaikat kau ni, tah-tah dah beratus bf." ucap Rania sinis.

"Hei, aku pun tak hingin la nak sekolah kat sini. Kalau bukan sebab aku rindu Aisyah dah lama aku amik tawaran Universiti Oxford." balas Farisya. Semua terkejut.

"Kenapa, terkejut? Sorry lah tahap kepintaran aku tak sesuai dekat sini." ucap Farisya sakrastik.

"Apa kecoh-kecoh ni? Masuk kelas sekarang." arah Farhan.

Semua pelajar masuk ke kelas kecuali Farisya. Dia berdiri di koridor sambil mengenggam tangannya. Ergh, sakitnya hati.

"Hai Farisya, kenal lagi tak kitorang?." tegur Farhan setelah pelajar masuk ke kelas.

Farisya berpaling dan tersenyum melihat Farhan dan Haziq.

"Aku belum amnesia nak lupa korang." gurau Farisya.

"Kau masuk kelas 4 Cambridge ke?" soal Haziq.

"Haah, tapi tak jadi pula. Aku nak tukar kelas. Kelas form 6 pun takpe." ujar Farisya sebelum melangkah menuju ke pejabat.

"What, form 6? Seriuslah." ucap Farhan tidak percaya. Haziq juga terkejut.

"Yelah, ingat offer U Oxford tu untuk pelajar biasa je ke?" provok Farisya.

"So betullah yang pasal Oxford tu?" tanya Haziq. Terkejut sebenarnya tapi cover.

"Aku ni tak lah jahat mana nak tipu orang." Dush, Haziq dan Farhan sentap.

"Korang tak ada class ke?" soal Farisya kepada Haziq dan Farhan. Lagi tadi mamat dua orang ni asyik ikut dia je.

"Yelah, ok bye Farisya nanti rehat kita jumpa lagi." ujar Haziq. Sebelum berlalu ke kelas.

Farisya tersenyum sebelum masuk ke dalam pejabat.






TBC
💞PROMOTE💞

Obsesi by BTOVIXX

Love Song | ✔️Where stories live. Discover now