Bab 20

4.1K 283 46
                                    

Bagi mereka yang nak feeling lebih, boleh tekan music di atas 😊😊.

Farisya memandang ke jalan raya. Eh, macam kenal je rantai tu.

Mata Farisya membulat. Ya Allah, betullah. Ni loket dia. Air mata gembiranya mengalir.

Namun Farisya tidak sedar bahawa dia kini berada di tengah jalan. Sebuah treler membunyikan hon. Farisya menoleh namun langkahnya terpaku.

"Allah." tutur Farisya sebelum dilanggar. Darah berada di merata tempat. Orang ramai sudah mula mengerumuni tempat kejadian.

Rantai tersebut masih digenggam erat oleh Farisya.

"Ya Allah, Haziq....." bisik Farisya. Dia ternampak bayangan arwah kawannya Haziq sedang tersenyum memandangnya.

Farisya tersenyum sebelum nafasnya terhenti dan pandangannya gelap.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Haziq berbaring malas di sofa rumahnya setelah pulang dari menghantar Dahlia. Serius dia benci perempuan gedik tu. Siaran di televisyen ditukar-tukar. Bosannya......

Tiba-tiba remotenya terjatuh. Siaran di televisyen ialah berita TV 12.

"Berita terkini. Seorang gadis yang berusia 16 tahun maut digilis treler dalam satu kejadian di ibu kota sebentar tadi. Mangsa yang bernama Tengku Farisya Ellina cedera parah dibahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa dikatakan cuba mengambil seutas rantai di tengah jalan sebelum dilanggar oleh treler tersebut. Pemandu treler telah ditahan bagi siasatan lanjut. "

Haziq terkedu. Benarkah apa yang didengarinya. Telefonnya berdering.

"Haziq, Farisya dah tak ada." tangis Aisyah di dalam telefon. Aisyah berasa menyesal dengan sikapnya. Dia langsung tidak mempunyai kesempatan untuk meminta maaf kepada Farisya.

Telefon di tangannya terlepas. Ya Allah, ujian apakah ini? Haziq menangis teresak-esak.

Jenazah Farisya telah selamat dikebumikan selepas solat Asar. Hujan turun mencurah-curah membawa perasaan sedih kenalan Farisya.

Sepajang pengurusan jenazah Farisya, semuanya berjalan lancar sahaja tanpa halangan. Jenazahnya juga ringan diusung ke tanah perkuburan.

Walaupun hujan turun namun tahan di kawasan perkuburan tidak lecak. Urusan pengebumian jenazah Farisya juga berjalan lancar.

Haziq redha walaupun sedih dan pahit diterima. Pasti ada hikmah disebaliknya. Doa untuk Farisya terus dikirim agar gadis tersebut aman disana.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

5 bulan kemudian.....

Pelajar tingkatan 5 sibuk menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Haziq, Farhan, Ammar dan Putra berjuang bagi mendapat keputusan yang cemerlang walaupun hanya peperiksaan percubaan.

Love Song | ✔️Where stories live. Discover now