( gambar di atas hanyalah hiasan 😄 )
Lagu Good Boy dari GD dan Taeyung bergema di dalam studio.
Chill sedang melakukan gerak tari yang mereka cipta sendiri berdasarkan rentak lagu.
Sebaik saja tamat lagu kesemua mereka terduduk.
"Seriously, berapa lama kita pause dance routine?" soal Ammar, keletihan.
"Sepanjang tahun Am, kalau ada pun kita cuma buat choreography biasa je." beritahu Farhan. Dia juga penat, stamina belum ok lagi kot.
"Sumpah la wei, sekejapnya dah nak dekat SPM." Ammar sudah berbaring.
"Kan. Macam baru semalam je kita tangkap Aisyah dalam bilik muzik." Haziq barbaring juga.
"Time flies faster than we think. Aku tak sangka yang dah 3 tahun kita jadi kawan." kata Putra.
Mereka semua termenung memikirkan kejadian dulu-dulu. Kenangan manis dan pahit disimpan erat agar menjadi memori.
"Lepas SPM kau nak buat apa Put?" tanya Farhan yang bersandar di dinding studio.
"Aku masuk MIT. Aisy kata dia tetap tunggu aku." tutur Putra sayu. Sebenarnya berat rasanya dia ingin meninggalkan Aisyah.
"Aku pun dapat tawaran MIT, tapj aku tolak sebab aku nak uruskan syarikat Ayah aku. By time nanti in shaa Allah aku tetap sambung belajar." terang Haziq pula.
"Farhan kau sibuk tanya Putra, kau nak buat apa lepas SPM?" soal Ammar.
"Aku amik tawaran local collage or universities je. Maybe UTM, medical engineering."
"Betul ke Farhan? Aku tak percaya. Kau top student kot, takkan kau tak fly mana-mana?" soal Ammar seraya bengun dari perbaringan.
"Aku boleh je fly overseas tapi adik-adik aku siapa nak jaga?". Ammar tersentak, macam mana dia boleh lupa perihal masalah sahabatnya itu.
Syed Farhan Daniel, anak yatim tanpa ibu. Setelah kepergian ibunya akibat barah 4 tahun lalu, dia kini menggalas tugas menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Sebab tu kalau lepak bersama pada hujung minggu atau selepas sekolah Farhan kerap kali menolak. Sebagai abang kedua, dia amat menyayangi adik-adiknya yang seramai 3 orang itu. Abang sulungnya sudah bekeluarga namun masih mengambil berat tentang mereka semua.
"Takpe lah Farhan, rezeki Allah itu ada di mana-mana je." ucap Haziq.
"Aku dah terima surat tawaran Harvard. Lepas SPM terus fly pergi sana." ujar Ammar sayu.
"Lepas SPM terus? Cepatnya Am." Putra terkejut.
"Yup, aku amik speed classes then bila new student masuk baru belajar sama dengan diorang. Itu yang buatkan aku ada kelebihan." ucap Ammar.
"Apa-apa pun, kita tetap sahabat, Chill selamanya." ucap Haziq.
TBC
YOU ARE READING
Love Song | ✔️
Fiksi Remaja• Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori Penulis Debut • Kisah Tengku Aisyah Dellina, The Chill dan Farisya. Pertemuan Aisyah dan The Chill di bilik muzik membawa perubahan yang drastik dalam hidupnya. Identiti rahsianya sebagai pewaris tungg...